Monday, July 18, 2011
Si Lembab Tun Faisal nak menyamun
Apa sebab Tun Faisal ini perlu memberi kenyataan di atas di portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insiders amat menghairankan?
Sudahlah tu Komandan UMB berkata dia sudah bersedia dan hanya meminta bahan dari Putrajaya. Terus digunakan Malaysian Insiders sebagai tajuk. Alamak ai ... sungguh memalukan.
Ini yang menjadi bahan bantai Dinturtle, HHalem, dan Flying Kick.
Kalau sudah bersedia, buat apa nak minta-minta lagi dari Putrajaya. Lagi pun, mana lojiknya pasukan penulis meminta bahan yang tersedia untuk menulis? Itu hanya menunjukkan pasukan UMB ini tidak tahu menyelidik, mencari bahan tulisan dan menghidu berita.
Sebagaimana wartawan, seorang blogger perlulah ada kebolehan dan kemahiran untuk lakukan semua itu. Blogger yang baik pandai membina rangkaian dan mencari sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Dengan sumber yang diberi UMNO dan kedudukan rasmi sebagai blogger rasmi UMNO, adalah memalukan jika mereka tidak boleh lakukan ini semua. Ini hanya menunjukkan lembabnya Tun Faisal dan pasukan UMBnya.
Tidakkah dia tahu bahawa blog atau portal yang ada branding UMNO atau mana-0mana parti politik tidak laku?
Kalau sudah perlu macam-macam, maknanya belum sedia. Macam mana tun Faisal boleh mengaku banyak yang telah dilakukan adalah hasil kejayaan UMB.
Semua orang tahu UMB diketepikan dari mula Hulu Selangor dan dilihat tidak releven oleh blogger-blogger "pro." Blogger-blogger "pro" yang bebas ini yang menaikkan tahap perang siber hari ini di blog hingga sampai ketahap yang disegani hari ini.
Bukannya usaha UMB yang Tun Faisal mahu mengaku. Ianya usaha individu yang fed-up dengan borokrasi, lebab dan penyelewengan Tun Faisal.
Dari meminta-meminta dari Putrajaya macam subsidi mentaliti, sekurang-kurangnya UMB boleh ambil maklumat-maklumat yang berlambak ada di laman-laman Kementeriaan dan olahkan sebagai penerangan tentang polisi kerajaan dan menjawab serangan pembangkang.
Kalau mereka ikhlas mahu kerja untuk parti, mereka boleh jadi badan penyokong kepada blogger-blogger bebas dalam menyebarkan maklumat.
UMB boleh seragamkan koordinasikan blogger-blogger pelbagai parti dalam BN.
Ini juga menunjukkan UMB gagal sebagai pasukan blogger untuk mencari peranan dan keupayaan tersendiri dalam blogosphera.
Mulanya mereka cuba merendahkan blogger-blogger ulung sebagai hanya mengejar rating. Akhirnya mereka juga terikut-ikut cara-cara yang sama dan hanya tahu berbalah sesama blogger.
Ternyata mereka kecetekan ide untuk cari jalan yang efektif dalam perang psikologi di dunia siber. Padanlah blogger-blogger bawah naungan UMB ketinggalan dalam rating Alexa, populariti, dan keberkesanan dalam operasi pilihanraya kecil.
Paling memalukan, beberapa bulan yang lepas ini, banyak blogger-blogger baru yang dapat naik dalam rating Alexa. UMB tetap kebelakangan.
Kalau dikatakan demikian Tun Faisal akan kata ada blog bawah naungan UMB seperti MIM, Pisau dll berada dalam top 10. Mereka ini semua naik hasil kekuatan mereka dan bukan kekuatan UMB. Mereka beri naungan pada UMB dan bukan UMB beri naungan pada mereka.
Pendikata, mereka naik sama-sama kerana tahu bekerjasama dengan blogger bebas. Mereka tidak bawa sikap nak jadi boss tapi tak tahu apa dan berdendam seperti Tun Faisal bila bersama rakan-rakan blogger lain.
Sebab itu jugalah ramai-ramai blogger-blogger bebas malas nak ikut dan kerjasama dengan UMB yang hanya pameran ego Tun Faisal yang lembab dalam hal kerja psywar tetapi mahu tunjuk-tunjuk kuasa dan sifat bossy.
Sebenarnya, masaalah Tun Faisal adalah disebabkan dia mempunyai perkiraan lain dalam setiap gerak langkahnya. Sebab utama dia tidak dapat maklumat adalah kerana dia tidak diyakini dan dipercayai oleh ramai pihak.
Di antara budak-budak Hishamuddin yang kebanyakkan lembab, Tun Faisal tidak lembab dalam hal menyamun. Dia sendiri terlibat dalam banyak projek maklaml komputer sekolah yang gagal kerana banyak makan atas makan komisyen hingga gagal.
Tidak hairan, kenyataan Tun Faisal ini bertujuan untuk menunjukkan kepada bapak-bapak pemimpin dalam parti bahawa dia bekerja tapi banyak kekangan untuk dia bergerak dengan efektif. Dengan taktik demikian, dia harap akan ada bantuan tersalur dan akhirnya UMB tidaklah bertambah hari bertambah gagal. Kalau bantuan itu bantuan wang, lagi masyukkk ....
Ada baiknya UMB dipindah dari bawah Pemuda dan diletak bawah Penerangan UMNO supaya koordinasi lebih baik. Ianya tidak akan berkembang bawah Tun Faisal atau mana-mana sayap.
Permainan penerangan, propaganda dan perang psikoloji bukan permainan untuk kanak-kanak lembab yang mahu menyamun macam Tun Faisal, tetapi bagi mereka yang lebih profesyenal, dan berpengalaman serta mempunyai kebolehan analitikal dan kreatif.
Kalau nak meminta maklumat, maknanya dia masih tahap amateur atau novice (baru belajar).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yang jadi penyamun adalah blogger blogger itu sendiri yang tak tahu malu pau menteri sana sini yang mengaku dialah blogger yang paling handal dalam malaysia sedangkan jadi angjing kurap kat tepi jalan melalak kiri kanan.....bila t ak dapat habuan nak gigit lak tuan tu sendiri..... sedangkan kalau tanpa Tun Faisal dia orang nii tak terkenal macam nii.... waii sudah laa blogger blogger sedar lah diri jgn sampai di bogel kan oleh org lain lak
bro jangan jadi bodoh...baca betul.
Post a Comment