Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....Malangnya orang yang bukan diberi penghormatan Tun tapi diletakkan Tun pada surat beranak ini pasti merupakan Tun yang paling biadap dan sudah melampau dalam dunia:
* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.
Bacalah apa dikatakan berikut:
Ini kira low blow dan melampaui batasan dalam mendedahkan rahsia peribadi yang berlebihan dan tidak ada kaitan dengan isu.Inikah yang Tun Faisal kata sebagai "saya masih mahu berpegang kepada etika"?
Melihat sikap Tun Faisal dalam menangani isu dan kritikan, khususnya reaksinya sebagai budak-budak dan pengampu Hishamuddin dalam berhadapan dengan kritikan terhadap Hishamuddin yang rata-rata dianggap akarumbi dan awam sebagai "pemimpin tiada telor dan pondan", ada baik Tun Faisal usah bermimpi dan bercita-cita lebih dari yang ada.
Dia tidak matang dan langsung tiada finesse dan temperament untuk jadi pemimpin masa depan negara. Dicadangkan dia pencen dari politik. Lagi pun, pemimpin Pemuda di peringkat nasional jarang sekali dapat naik sangat.
Tak payah beranganlah Tun Faisal.