Thursday, April 28, 2011

KJ dendam Taib Mahmud tidak beri syer Aluminium Smelter


Budak bodoh pun tahu bahawa masa yang paling tidak sesuai untuk menuntut seseorang pemimpin turun adalah selepas parti baru menang pilihanraya dengan cemerlang. Mandat baru baru diperolehi dan target minima dua pertiga majoriti telah dicapai semasa pilihanraya Sarawak baru-baru ini.

Entah apa ke biol si Khairy, dia suruh Taib turun sehari selepas Taib berjaya memimpin Barisan Nasional Sarawak untuk memenangi PRN ke 13. Khairy ingat dia boleh samakan bapa mertua bodohnya yang jadi penyebab 4 negeri jatuh ke pembangkanh dan BN hilang dua pertiga majoriti.

Perbuatan Khairy nampak sangat macam dia ini adalah keldai kaum Cina kerana sebahagian besar kaum Cina bandar di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu menuntut Taib turun dengan cara mengundi DAP. SUPP yang kalah teruk tidak bising tapi Khairy dan MCA dari Semenanjung pula yang memandai-mandai.


MCA dah jelas nak condong kepada DAP dan asyik menyalahkan semua orang melainkan diri sendiri dari kehilangan pengaruh dikalangan pengundi Cina. .

Ketua Pemuda PBB bagi Zon Kuching Zone, Wan Hamzah Wan Paie dan Timbalan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos menempelak kenyataan Khairy yang tidak tepat pada masanya.

Sedarlah diri, kamu tiada sokongan massa seperti Mukhriz untuk tegur orang suruh turun. Orang benci pada kamu.

Sebenarnya tersirat dipojok hati Khairy adalah dendam lama yang mahu dilakukan terhadap Pehin Sri Taib Mahmud.

Khairy pernah cuba nak dapatkan syer dalam Aluminium Smelter yang mahu dibina oleh kumpulan Syed Mokhtar dengan pelabur dari Timur Tengah..Aluminum Smeltter memerlukan banyak tenaga elektrik dan amat sesuai untuk Bakun.

Semasa itu Khairy dan Kamaluddin sabotaj usaha itu dan projek itu di KIV sementara menunggu hala tuju projek Bakun lebih jelas.

Ketika itu, Khairy cuba masuk nak dapatkan syer dan katanya dia cuba nak pujuk Taib Mahmud untuk usahasama dengannya tapi tak dilayani..Si bahalol dari Rembau cuba pula nak bawa group lain dan bukan Smelter lain, tapi jumlah kuasa tidak mencukupi.

Itu yang tersirat disebalik tuntutan berhenti. Entah siapa dia dah labur masa dan pengaruh di Sarawak. Pastinya Khairy tak dapat apa-apa dari Sarawak sepanjang ketidoran bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri.

2 comments:

opisboi said...

kah..kah..kah 1 berok 1 pariah asik moraban lah ekau

Anonymous said...

La...patutla dia marah sangat kat Pehin...balas dendam rupanya..
Sebijik mcm oerangan Nuar Berahim.