Cepat-cepatlah masuk PKR..
Happy Valentine's Day ..... Hahahaha, tak habis-habis soal Valentine tak ikut ugama. Dari zaman aku sekolah lagi dah jadi isu. Sampai sekarang masih dibincangkan. Tiap kali nak dekat 14 Feb, benda ni timbul. Zaman aku muda dululah, yang duk sibuk kata tak sambut Valentine ni orang single dan bagi yang ada couple, jenis yang control macho pun kata tak nak sambut. Kalau sambut maknanya duit terbang dan 'terikat'. Kecewalah pulak awek lain ... senang2 cakap je tak suka sambut.
Sebenarnya kita banyak terikut2 dengan orang hal Valentine ni. Bunyinya pun sedap ... macam velentino, italy tuh....Tak silap aku, Valentine yang ori takde kena mengena pun dengan hari kekasih. Atas sebab2 yang aku malas nak cek, ia diromantikkan. Dan atas sebab2 komersil, ia dipromosikan secara besar2an sebagai Hari Kekasih dimana ia melibatkan 'hadiah' antara pasangan kekasih. Ada hadiah pakai duit, ada hadiah tak pakai duit hahahahaha....
Kalau diberikan alasan untuk mengeratkan kasihsayang antara suami isteri memanglah takde masalah, tapi orang pertikaikan pulak kenapa nak kena sambut hari tertentu .... malas aku nak komen bagian tu. Bila dah jadi laki bini, ikut pandai dioranglah .... Tapi isu yang sering ditimbulkan adalah bila yang belum kawin berlagak macam dah kawin atas nama Hari Valentine. Lesen besar tuh ..... Hari Valentine dah tukar jadi Hari Pengorbanan ! Belum kira pesta2 dan acara2 yang pasti melibatkan hal2 yang haram.
Tak perlu explain panjang2, inikan blog politik. so..... sekarang kita masuk bab politik.
Bila Pas mula timbulkan perkara, aku senyum dah. Nampak sangat angle politik dia. Macam formula LGE dan Melayu , Pas pun ada formula dia - Apapun yang Pas buat semua ada kaitan ngan politik. Yang aku nampak, Pas pasang jerat nak perangkap Umno.
Umno relaks je. Diluar jangkaan Pas, Dap pun melenting. ( atau berlakon ? ) Kerajaan tak masuk perangkap bila JAKIM keluarkan kenyataan Islam tidak menganjurkan Valentine ( macamlah orang tak tahu.... ) dan Muhyiddin sambut dengan mengatakan nasihat itu untuk umat Islam saja. Ng Yen Yen pulak melenting , bodohnya.... macamlah dunia baca Harakah ! sampai pelancong takut nak datang Malaysia.
Betullah... pemimpin Mca kena hadir kursus cara2 permainan politik Pas. Tapi takpelah, itu bukan benda yang aku nak tulis. Bila JAKIM dan Muhyiddin dah main beregu baaaiiik punya kasi cover line, tiba-tiba muncullah Mamat sorang ni, berlagak tunjuk betapa liberal pemikirannya, betapa open minded cara Islamnya yang moden, betapa hard-up nya dia kepada pujian orang kafir.
Siapa lagi kalau bukan orang yang terang2 kata Melayu kena bodek cina untuk mendapatkan sokongan mereka kalau mahu Melayu terus relevan..... - Ketua Pemuda Umno, KJ.
It’s all right to observe Valentine’s Day, says Khairy - The Star 12/2
(Terjemahan saya )
Katanya - selagi orang tak buat maksiat, OK kalau nak sambut Valentine.
Masalahnya lebih ramai yang buat maksiat dari yang tak buat. Bukan maksiat beromen dan main je, tu yang berpesta minum arak, berdisko bla bla bla.... pendekkata lebih baik tak sambut dari disambut. Tak ada ruginya kalau tak sambut pun. Yang KJ bersungguh nak pertahankan tu apasal ? Dia nak sambut ngan bini dia, sambut jelah. Tak payah nak cerita kat paper.
Tak payah nak tunjuk pandai bab ugama kalau tak tahu. KJ masih Ketua Pemuda Umno merangkap Ketua Pemuda BN. Ke sengaja nak sabotaj ?? Tak cukup dengan tu, siap sindir lagi kalau nak haramkan Valentine, kenapa tak haramkan sambutan Tahun Baru 1 Januari ?
dahla keduanya bawa maksud yang berlainan tapi yang lebih penting ( takkan KJ tak tahu benda ni ? ) Pas memang tak sambut mana pun 1Januari !!
Adoi bodohnyalah Ketua Pemuda Umno ni ..... Aku ingat lebih baik tarikh persaraannya dari politik dianjakkan kedepan .... esok ke, tak pun sempena Hari Valentine 14 Februari 2011 sebelum KJ mendatangkan lebih banyak masalah yang tak diundang.
Korang sambunglah pulak .... teruklah ko kena KJ ...
dinturtle
4 comments:
AKU DAH LAMA TUNGGU CERITA KAU BRO,,,TQ
AKU HERAN NAPE DS NAJIB TAK TENDANG LAHABAU SEKOR NI, ADA MENYUSAHKAN ORANG JA...SILAP2 BERULANG LAGI TRAGEDI PRU12 KALAU DIBIARKAN HANTU NI BERCAKAP
apa la bebal sangat si lahabau ni. Belajar sampai oxfart pun tak guna juga kalau otak letak kat buku lali. Aku yg ada diploma ni pun tahu apa itu valentine day.
Aku rasa bukan valentine Day je lahabau ni sambut, April Fool pun dia sambut.
Hahaha. I'm sure that fool sure sambut April Fool.
anak omak ni sape ha, kenapa marah sangat ngan KJ , apa yang awak nak sebernarnya.Saya rasa awak ni menjadi orang suruhan .berapa upah yang awak dapat.
Post a Comment