Friday, February 18, 2011

Tun Dol masih kaki tidor


Khairy Jamaluddin menerima tauliah sayap askar payung terjun (paratrooper) semalam selepas berjaya menamatkan latihan asas intensifnya di di Zon Guguran (DZ) Padang Sanai, Padang Terap di Kuala Nerang

Sayap penerjunannya disampaikan oleh Tun Dol sendiri dalam satu Majlis Penutup Kursus Ahli Paracut Statik Siri APS/1/2011. Hadhir sama adalah isterinya Nori Abdullah bersama dua anaknya Jibreil Ali, 3, (kiri) dan Timor Abdullah, 2, (empat kiri).

mStar melaporkan Tun Dol menyatakan rasa terkejutnya apabila Khairy memaklumkan yang beliau berhasrat untuk menjalani latihan payung terjun.


Beliau turut menyatakan latihan ketenteraan akan menjadikan Khairy seorang warganegara dan manusia yang lebih matang dan baik.

Jelas sekali Tun Dol masih tidak dapat sembuh dari sakit tidornya.

Kini rakyat di kawasan yang diwakili Khairy di Rembau sudah menyampah benar dengan Khairy hingga tak sabar nak tendangnya dari menjadi wakil mereka di Parlimen.

Tatakala Pemuda UMNO sedang sibuk dengan persediaan untuk pilihanraya dan pelbagai PRK, Khairy hanya membuang masa dengan latihan ketenteraan.

Latihan wataniah tidak akan menjadikan Khairy kelihatan lebih patriotik atai nasionalis kerana dia seorang Melayu Liberal yang terlampau korup dan membelakangkan kepentingan agama ISlam, bangsa Melayu dan Bumiputera amnya dan negara Malaysia.

Khairy adalah ejen kepada kepentingan Singapura dan UK. Penglibatannya memasuki tentera hanya membahayakan saja keselamatan negara.

3 comments:

Anonymous said...

Aku setuju. Imposter ni bukannya apa, nak cari publisiti murahan. Weiiii, kitorang kenal bebenar la sapa luuu... Tok sahlah nak berlakun. Dengan Maya Karin boleh laa..

Anonymous said...

DAH BANYAK KALI AKU CAKAP SURUH JA DSN SEPAK MAMAT LAHABAO SEKOR NI

Anonymous said...

Apakah yang telah disumbangkan oleh kitol kpd UMNO.Kitol bersama Tun Dol telah melemahkan pertubuhan keramat kaum pribumi.Hai bangsaku jangan dibiarkan petualang melemahkan keutuhan pusat graviti negara tercinta.kitol dan kuncu2nya patut dinyahkan dari parti keramat selama2nya.