Monday, December 6, 2010

Menteri proksi Kitol tembak kaki UMNO


Kerajaan seringkali menembak kaki sendiri dan ia berlaku lagi semalam.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 5 sen. Baca mStar sini.

Kenaikannya tidak banyak, hanya 5 sen, tetapi implikasi politiknya cukup besar.

Bukan kenaikan 5 sen yang akan menjadi isu, tetapi kegagalan berpegang kepada janji bahawa tiada kenaikan untuk tahun ini bakal menjadi bahan politik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob awal bulan lepas membuat kenyataan berikut:
“Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan (pada harga petrol RON 95) sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui.”
- Berita Harian Nov 4hb 2010 sini

Ron 97 naik dua hari sebelum PRK Galas. Ron 95 dan gula naik tak sampai 12 jam Najib lancar laporan MEB yang berasaskan model pendapatan tinggi.

Pendapatan belum naik tapi harga barang dinaikkan dulu.

Apakah kerajaan dan Kementerian terlepas pandang janji ini?Atau Menteri proksi Kitol sabotaj UMNO?


Petikan dari Jelapang

3 comments:

Anonymous said...

tak boleh cakap gak bro...minyak naik bukan keputusan kecil...mustahil menteri boleh naikkan harga tanpa najib tau...mesti najib dh setuju baru harga boleh naik

Wake UP! said...

Kalau ini satu cubaan mensabotaj Datuk Seri Najib, maka tindakan segera dan tegas harus diambil terhadap si kitol dan menteri proksi si kitol.

Anonymous said...

KALAU DAH TAHU HARGA MINYAK TAK MENENTU MENTERI JANGAN LAH PANDAI BERJANJI BAHAWA TAHUN INI HARGA MINYAK TIDAK AKAN NAIK . BILA DAH BERCAKAP ORANG AKAN INGAT BILA KES INI BERLAKU MENTERI HANYA TAHU DIAM CEKUP TELUR SAHAJA . INILAH ORANG CAKAP MUNAFIK . KESAN NYA KEPASA SELURUH PARTI . SOKONGAN ORANG RAMAI MULA NAK SOKONG BN KINI KIAN PUDAR .

KALAU TAK RETI NAK JADI MENTERI ... LETAK SAJA JAWATAN JGN BUAT MALU .