Thursday, April 29, 2010

Tiga Malaun Di Hulu Selangor

Apo nak dikato, BN dah menang di Hulu Selangor.

Semua pihak sepatutnya bergumbira, tapi bilo den baco post-mortem di MyKMU, habih tegak segala bulu.

Jadi den poi la siasat, apo cerito sebanarnyo dengan bertanya sama otai-otai Hulu Selangor. Tup-tup, yang keluar ado tigo namo, Tun Faisal, Abdul Rauf Yusoh dan Zaharin Sang Kelembai.



Masing-masing nak cari kesempatan untuk julangkan sendiri punya namo. Blog ini pada suatu ketika dahulu pernah membela Tun Faisal. Tapi kalau korang merapu, dengan botol brandy Zaid kepala korang den palu.

Tun Faisal si budak suruhan Hishamuddin tanpa segan silu mengaku para bloggers berada dalam dia punya tangan. Bangang ko apo budak Faisal sekor ni, tak payah la tunjuk eksyen kalau setakat boleh bela blogger UMB. Hakikatnya, para blogger otai layan Tun Faisal ni macam budak baru belajar dalam cyber warfare.



Pasal si Abdul Rauf Yusoh ni pulak, den tak nak cerito banyak. Apa yang den dengar, si Rauf ni banyak bagi kontrak kat Bangla untuk buat kerja pilihan raya.

Ye la kot, kalau ambil Bangla, upah dua tigo posen pun depa tak komplen. Ada lebih bajet "kot-kot" boleh la masuk sendiri punya poket. Den tak tuduh, cuma nak ingat-ingatkan, sebab anak tempatan Hulu Selangor dah tak tahan.


Si Zaharin pulak, aduh ... memang buat den tergelak. Sang Kelembai mintak duit sana sini kononnya untuk menggerakkan unit komando yang terdiri daripada 41 "pejuang" UMNO Wilayah. Apa la yang den boleh bangga ngan UMNO Wilayah kalau dalam PRU lepas hanya tinggal satu kerusi.

Satu pengajaran untuk UMNO. Sebenarnya ramai lagi bloggers dan pekerja pilihan raya yang memberi sumbangan atas dasar perjuangan, bukannya dasar duitan. Tapi jika UMNO masih memberi tanggung jawab kepada manusia hanya tahu untuk maraih kuasa dan juga ringgit Malaysia, BN akan sekali lagi kecundang dalam PRU akan datang.

Apa yang den minta, ketepikan Khairy dan juga segala manusia yang sebangsa dan sebangsat dengannya.

Wednesday, April 21, 2010

KJ selalu minum bersama Zaid Ibrahim



Zaid Ibrahim bohong. Dia masih minum wine!!!!

Malaysiakini - portal pro pembangkang dan kaki putar alam yang sentiasa beri ruang pada Khairy dan tidak putarbelit kenyataannya - melaporkan berikut:

Khairy: Buang bahan kempen provokatif


Malaysiakini.com Apr 19, 10


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengarahkan anggota Pemuda BN supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.


Sejak kempen bermula hujung minggu lalu, bahan-bahan menyerang pemimpin Pakatan Rakyat muncul di kawasan pilihan raya kecil itu di mana pengundian akan berlangsung Ahad ini.


Ini termasuk gambar 'tabiat minum' calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan gambar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tulisan huruf besar 'Pengkhianat Negara' di sebelah logo BN.


Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Khairy mendakwa serangan peribadi itu bukan modus operandi BN.


Khairy juga menafikan kain rentang dan poster berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kempen BN.


Sebaliknya, Khairy berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya dan ia bukan dimulakan oleh pihaknya tetapi oleh pihak lain.


Di samping itu, katanya, Umno juga harus menjauhkan diri daripada amalan-amalan seumpama itu.
Melucukan bagi Khairy untuk membuat arahan sedemikian kerana dia tidak ada kuasa dalam mana2 PRK untuk mengarah sesiapa. Peranan Pemuda sedikit dan jentera tak boleh diharap.

Bukan setakat itu, Khairy tidak dibenarkan turun berkempen kerana dia dilihat liabiliti kepada pengundi. Takpa, kemungkinan besar Malaysiakini spin dengan tokok tambah.



Bab Khairy dan Hishamuddin marah pasal permainan hentam peribadi Zaid kaki botol adalah kerana dua-dua gambar minum arak. Gambar kedua-duanya pun ada di Internet dan dengar-dengarnya akan disebarkan sebagai risalah oleh AMK sebagai membalas.

AMK janganlah macam gitu. Ini permainan blogger lawan blogger. Let's keep it at that. Tahap parti, mereka perlulah keep it clean.

Kita boleh faham kenapa Hishamuddin nak tegur tapi jangan kata blogger2 ini bukan blogger pro UMNO. Kalau tidak pasal mereka ini, dah lama persepsi terhadap UMNO bertambah buruk. Bloger yang selamatkan UMNO. Jangan cakap macam gitu gaya. Respek sikit ye ...

Yang Khairy marah, sebenarnya ada cerita lebih dari yang Malaysiakini.com laporkan.

Zaid Ibrahim dan Khairy ada banyak kaitan bersama.

Zaid naik Menteri bawah kabinet Pak Lah atas pilihan Khairy. Dia sendiri yang talipon Zaid pagi hari Pak Lah nak umumkan kabinet baru lepas PRU12.

Masa Itu, Zaid keluar pergi main golf pagi2. Dia balik nampak miss call dalam talipon dari Khairy. Dia talipon kawan dahulu sebelum talipon Khairy kembali untuk beritahu kawan dia bahawa dia rasa dia akan dilantik Menteri.

Betul pun.

Tengahhari itu dia diumum akan dilantik Senator dan Menteri JPM jaga kehakiman. Ini semua perancangan dan pakatan Khairy dan Zaid untuk memalukan Dr Mahathir menggunakan kes Lingam dan krisis kehakiman 1986.

Pak Lah penakut tak berani nak buat enquiry betul-betul dan akhirnya Zaid main beri saja duit keapda hakim tanpa asas. Zaid kelihatan bodoh bila dihentam blogger. Ini jadikan dia frust. Ego Zaid besar dan semua kena ikut cara dia.

Pemikiran Zaid dan Khairy banyak persamaan. Baca buku Zaid Ibrahim berjodol "Saya pun Melayu" dan terserlah persamaan pemikiran mereka berdua. Ini sudah kira asas untuk kata Khairy lebih sesuai dalam Parti Kena Rebah.



Tengok gambar buku Zaid betul2.Muka Zaid betul-betul macam anak India.

Maknanya Zaid dan Khairy sama mamak. Zaid asal anak mamak estet di Kuala Krai tapi sekarang bergaya macam orang aristocrat. Khairy masih muka mamak dan anak duta tapi pariah perasan aristocrat.

Zaid kata dia sudah taubat dari minum. Ada betul dan ada tidak betul.

Bila Zaid enggan jawab soalan Rosli Agendadaily bila dia berhenti minum, sebabnya adalah Zaid dah kurang minum tapi minum bila di ajak minum oleh Khairy. Asal diajak Khairy, Zaid akan ikut minum.

Bila gambar superimpose tunjuk Zaid minum Jack Daniel, blogger tu tidak buat homework. Zaid anak mamak perasan orang putih ini minum wine. Itu pasal rumah dia ada wine cellar untuk simpan wine mahal-mahal yang lama-lama meningkat harga sebagai collectible.


Pariah yang kaki minum whisky Jack Daniel adalah Khairy.

Itulah sebab Khairy marah konon tidak suka main tembak pribadi. Satu kerana Zaid adalah rakan rapatnya. Kedua kerana dia kaki minum dan ini kan memantul balik kepadanya kerana Husin Lempoyang sudah dedahkan gambar Khairy kaki minum. Ketiga, dia pun tembak peribadi Anwar.

Senang saja Khairy untuk jawab balik. Kata saja macam Haji Hadi, kamu baru balik Haji. Lagi baik, kamu cakap dah lama tidak minum. Harap orang percaya kerana kami tidak percaya.

Masaalah kamu adalah kalau Hishamuddin guna alasan itu, senang orang percaya. Gambar Hishamuddin dah lama. Khairy orang tak percaya kerana dia masih kelihatan di Work in Progress di Bangsar.
Hehehe ... apa nak buat.

Dah memang kau Khairy adalah kaki hasad dengki dan liability UMNO, orang menyampah dan tak mahu percaya langsung dengan kau. Nasib nasib ...

Wednesday, April 7, 2010

Pertemuan Sulit YB Rembau dan YB Balik Pulau

Semalam bertempat di bangsar Shopping Complex (BCS) sekitar jam 6.30 petang, sumber kami memberitahu, mereka terserampak dengan Khairy dan Yusmadi disana. Apabila disedari pertemuan itu wajah Khairy kelihatan pucat lesi.

Setelah pemberi maklumat kami membuat penyiasatan didapati, memang ada pertemuan di antara Khairy dan Yusmadi dilakukan di BSC, dari sumber yang sama juga kami difahamkan bahawa ini bukan kali pertama mereka bertemu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah mengapa perlu Khairy bertemu dengan seorang ahli parlimen pembangkang yang sangat rapat dengan Anwar? Apa yang mereka bincangkan? Mungkin mereka berbincang tentang isu APCO? Adakah pertemuan mereka mengenai isu 1Malaysia diambil dari 1Israel?

Umum mengetahui, sejak beberapa minggu yang lalu, Anwar dan Khairy membuat lakonan di sidang Dewan Rakyat dengan saling berbalah sesama sendiri. Kami juga pernah menyiarkan artikel mengenai skrip lakonan mereka berdua. Klik sini

Kami juga difahamkan Khairy telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan ahli parlimen bebas, Zul Nordin. Tetapi Khairy tidak berjaya berbuat demikian kerana Zul Nordin sangat sibuk, ini juga menimbulkan satu lagi persoalan, mengapa Khairy beriya-iya benar mahu berjumpa dengan Zul Nordin? Apakah Khairy juga terlibat dalam skandal merosakkan nama Perdana Menteri melalui isu Altantuya? Seperti yang diketahui umum, Khairy memang tidak suka pada Perdana Menteri dan Isteri.

Kami di Anak Omak merasa sangat hairan dengan tindak tanduk Khairy sejak seminggu-dua ini, pertemuan semalam di antara Khairy dan Yusmadi membuktikan bahawa Khairy memang sedang merancang atau sudah pun melakukan sesuatu yang tidak baik buat UMNO dan Perdana Menteri.

Isu APCO yang menjadi hangat sejak kebelakangan ini juga banyak menimbulkan persoalan tentang penglibatan Khairy, bermula dari Khairy mengulangi semua hujahan yang telah dibacakan oleh Anwar di Parlimen hingga ke Sidang Akhbar yang telah diadakan beliau tidak berapa lama dulu. Mengapa Khairy nampak begitu ghairah sekali dalam isu APCO ini?

Adakah pertemuan Khairy dan Yusmadi semalam berkisar tentang rancangan mereka untuk menggunakan isu APCO pada pilihanraya kecil di hulu Selangor nanti? Apakah yang sedang dirancang oleh Khairy dan rakan-rakan beliau dari parti pembangkang?

Kami biarkan anda menilai sendiri segala persoalan yang telah kami timbulkan.

Sekian

Stone Gold