Dua kemalangan baru-baru ini yang melibatkan MP PKR Tian Chua dan ADUN DAP Ng Sue Lim mengingatkan kami akan kemalangan yang melibatkan bekas MB Perak, Dato Tajul Rosli pada Februari 19hb, 2010 sebelum itu. mStar melaporkan berikut:
Bekas Menteri Besar Perak Kemalangan, Penunggang Motosikal MautApa kena mengena tajuk cerita dengan kemalangan maut yang melibatkan Tajol Rosli?
GERIK: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.
Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. - BERNAMA
Hahaha ... disinilah kami nak mula cerita. Kisahnya Tajol dilihat bersama dengan Dato Patrick Lim, bekas taukeh Equine Capital dan kroni wali tidor di sebuah rest house di Grik Perak.
Seorang pekerja rest house berasa ingin tahu lalu mengambil gambar mereka berdua dari jauh dan hantar dengan MMS kepada seorang rakan yang teribat dalam politik. Bila rakannya lihat hamba allah dalam gambar itu Patrick Lim, mengaruk dia.
Dia pun call Tajol Rosli dan terus balun, "Suda suda la ... apa lagi nak disamun."
Baru diketahui bahawa bahawa Tajol berada di Grik, kawasan dia pun untuk cuba dapatkan tanah balak seluas 600 ekar untuk tujuan perniagaan.
Kawan ni mengandaikan Pak Lah atau sekarang orang gelar sebagai Tun Lah yang talipon Tajol minta tanah untuk Patrick Lim. Siapa tak ingat Tun Dr Mahathir gelar Patrick Lim sebagai Patrick Badawi.
KeTuLah punya rapat dengan Patrick hingga tak boleh disentuh. Lihatlah apa jadi pada Terengganu dengan masjid kristal, pulau duyong dan Monsoon Cup dll yang semuanya adalah samunan besar2an ke atas Wang Ihsan.
Sebut Patrick, sebut juga Anak Omak yang rapat dengan Patrick dan macam Raja di Terengganu.
Tajol Rosli rapat dengan KeTuLah dan masih melayan kerenah dan kehandaknya. Itu yang kawan tu geram. Tak habis2 KeTulah ni mengaut.
Dahlah masa nak berundur macam2 permintaan dan syarat dikenakan kepada Najib. Scomi dapat projek Petronas berbillion opakai "direct nego". Mana lagi tanah berdekatan Carcosa untuk KeTuLah bina rumah. Gamen yang bina taau duit sendiri?
Macam-macam permintaan untuk si polan ini itu dikekalkan Menteri. Dipercayai KeTuLah yang minta letak Zahid Hamidi yang tak boleh diharap sebagai Menteri Pertahanan.
Ini KeTuLah nak menyamun lagi tanah di Grik lagi. Pencen ambik, elaun parlimen ambik. Pergi Parlimen tidak. Masih nak mengaut lagi.
Tajol Rosli jadi serba salah akibat dari panggilan talipon tu. Dia menjadi nervous dan hingga hilang keyakinan untuk memandu.
Kenapa dia tak pakai driver? Takut driver tahu ke???
Tajol Tajol ... sudah-sudah lah tu. Sudahlah membantu penyamun dan sudahlah mengkucar kacir UMNO Perak. Nak UMNO kalah lagi ke?
7 comments:
Guys, KJ's top cybertrooper has 'revealed' to me KJ's latest achievement,
nak tau ape bacalah di SINI
I guarantee you will like this posting
If you don't laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today
Kalau betul la kata anak omak patutlah BN kalah pada PRU 12
Ya Allah
terima kasih Anak Omak.......
yang Tajul di langsung tiada pendirian.....perak haru biru di buatnya
rupa rupanya tak cukup cukup lagi.....
alhamdulillah najib pilih zamry
aku hanya boleh beristigfar....
Dollah, dollahh....maanusia yg mencari Al Ghazali..pijak semut tak mati.
HEI BODOH YANG KENCANA MERMAID SDN BHD MOKHZANI AMBIK DARI PEMASIHAT PETRONAS APA PULAK???????
Kimak punya hamid si anak Pak Lah tu ambik projek dari Petronas untuk Scomi kau dah lupa ke? Siapa yang sapu berbillion ringgit duit petronas kalau bukan anak beranak syaitan ni?
Adik tajol yg jadi nc kat sebuah ipta pun apa kurang.Ada beberapa orang pensyarah yg dia tak suka diterminate dan diturunkan pangkat sesuka hati dia.Bayangkan kezaliman yg dilakukan,apa nasib keluarga2 pensyarah ini?hilang segala2.Tapi Allah mendengar doa org2 teraniaya.Tak sangka dgn Perak sendiri tersungkur jatuh ke pembangkang.Padan muka.
Post a Comment