Monday, March 22, 2010

Anwar, Kalimullah, Khairy dan Malaysian Insider


Semua orang tahu bahawa bekas Penasihat New Straits Times Kalimullah Hassan adalah di belakang kelahiran portal berita Malaysian Insider sewaktu Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Kelahirannya adalah merupakan pakatan Ketua Pemuda UMNO Khairy, Zaki (pendek), Kamal dan beberapa orang lagi di tingkat empat dengan Kalimullah sebagai perancang utamanya.

Mereka ini adalah merupakan golongan yang cuba memperbaiki hubungan antara UMNO dengan Anwar Ibrahim selepas di bebaskan dari penjara kerana rasuah dan liwat di samping berusaha untuk meruntuhkan imej Tun Dr.Mahathir.

Sebaik sahaja Anwar di bebaskan Kalimulllah telah menulis sebuah rencana di dalam NST dengan terjemahannya dalam Berita Harian meminta semua pihak melupakan semua cerita lalu untuk memulakan hubungan baru dengan Anwar Ibrahim.

Ini diikuti dengan tindakan Khairy menghantar pasport antarabangsa kepada Anwar untuk berubat keluar negara yang dibiayai oleh proksinya Nazri Abdullah bekas Ketua Pengarang Berita Harian (sebenarnya Nazri adalah banker Anwar).

Nazri Abdullah sering bertemu dengan Kalimullah di London bagi merancang pemulihan politik dan imej Anwar. Kali juga berjaya mendapat kerjasama Datuk Wong Chun Wai Ketua Pengarang The Star yang sering memberikan interviu kepada Anwar dan memberikan banyak publisiti yang bertujuan mengingatkan orang ramai terhadap kehadiran Anwar dalam arena politik tanah air. Kalimullah sering menggunakan nama Abdullah Badawi dalam arahannya kepada Datuk Wong.

Dengan bantuan Kalimullah jugalah maka AirAsia mendapat ruang bergerak yang begitu luas sehingga tidak perlu membayar hutang kepada Malaysian Airport Berhad malah hampir berjaya memujuk Abdullah untuk pembangunan lapangan terbang tambang murah di kawasan Khairy Jelebu.

Oleh kerana baru-baru ini ada pihak yang mendedahkan hubungan politiknya dengan Anwar dan blogger Raja Petra, Kalimullah telah menampakkan ketakutannya dan membuat penafian bahawa beliau berada di belakang Raja itu dan juga Nazri Abdullah dalam usaha untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun Kalimullah terus baling batu sembunyi tangan. Malaysian Insider terus menjalankan kerja-kerja jahat untuk menjatuhkan imej UMNO yang dipimpin oleh Najib.Ada sahaja peluang yang akan menampakkan orang Melayu sebagai rasis, jahat dan ekstremis maka ia mempromosikannya.

Sekarang Malaysian Insider mendapat dorongan dan biayaan dari syarikat-syarikat Milik Kerajaan(GLC) dalam usahanya memburukkan UMNO. Syarikat-syarikat itu ialah CIMB, MAS, Celcom, Proton di samping Nokia, Maxis, DIGI, Nokia, Singapura Toursim Board, Tiger Airways dan AirAsia dan beberapa lagi . Mereka inilah yang memberikan wang iklan untuk membiayai portal berita Kalimullah ini.

Bagaimanapun syarikat -syarikat Milik kerajaan ini tidak pula membantu Utusan Malaysia dan juga Berita Harian yang berhempas pulas membantu kerajaan khususnya pimpinan Datuk Seri Najib.

Apakah untuk mencegah CIMB supaya tidak terlibat menyokong Malaysian Insider pun tidak boleh di lakukan oleh Najib? Apakah Najib tidak mempunyai kuasa untuk mencegah syarikat- syarikat GLC menjadi alat tanpa sedar kepada seorang yang mengkhianati kepentingan dan perjuangan UMNO ketika diberikan tanggungjawab penting di NST?.

Sumber: Malaysia Aktif

6 comments:

Skandal Politik said...

Salam bro,

Aku nak tanya apa motif beruk itam terhegeh-hegeh macam betina sundal pi hantar paspot pada sifu CIFUT BABI?

sejarah hitam sekor beruk klik sini

x-reporter said...

Memang benar apa yang umum mengatakan, si beruk tu harus disingkirkan sebelum dia dapat mencapai objektifnya.

Skandal Politik said...

Salam bro,

Kalau mahu diri dibelasah sampai mampuih berilah cadangan agar peliwat tu masuk UMNO balik.

Sial punya si kitol beruk itam.

sejarah sekor beruk

Anonymous said...

Cepat lah Najib selesaikan dengan adeknya yang punya CIMB.

Bahaya amat dengan membetri sokongan secara tak langsung ini.

Depa dapat duit, tutuh pungkoq pulak.

Tak kan adek nak lawan abng kooottt..

Anonymous said...

Kami ingin berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami, harap tuan/puan dapat membantu kami dengan meletakan link kami pula di blog tuan/puan....Terima kasih

http://mybloghub.my/

Jim said...

Salam, Bro. Apa kena dgn KJ ni. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Kenapa dilayan sangat dengan dgn Anwar "The Mengkarung" Ibrahim tu. Tak tahu, Nuar ni bapak penipu, cakap pagi tak boleh pakai tengahari, masih kau nak berbuat baik lagi KJ. Kalu jgn haraplah Si Mengkarung ni jadi PM. Dia hanya jadikan kau Kambing Hitam saja. Saya masa dpn politik kau KJ. Kalau kau pun nak jadi PM bukan dgn berbuat baik dgn Si Mengkarung tu. Aku ikhlas, bro. Harap kau pun jgn jadi bangang mcm Si Mengkarung tu. Nanti jadi biawak pasir. Tak de harga. Kesian lu, bro. Bertaubatlah. Buat baik berpada-pada, huat jahat jgn sekali. Salam, bro.