Tuesday, March 30, 2010
Hebat skrip yang dilakunkan KJ dan Anwar di Parlimen
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno dan juga merangkap ahli parlimen Rembau Negeri Sembilan membina "imej" baru dengan secara konsisten mengecam Anwar Ibrahim.
Namun yang pelik adalah setiap kecaman Khairy, ada sahaja isu baru yang dilempar Anwar, sehingga isu itu membuatkan pihak kerajaan perlu menjawab. Kesimpulannya setiap persoalan yang Khairy timbulkan, pasti ada sahaja isu baru atau lama yang dibangkitkan oleh Anwar.
Antara Khairy dan Anwar ibarat reaksi fizik, aksi dan reaksi, aksi pasti ada tindak balas.
Semasa ucapan Anwar di Dewan rakyat pada 17 Mac lalu yang memakan masa 3 jam, Anwar menyentuh, bahawa syarikat beer negara di punya oleh orang UMNO, Khairy mencelah supaya Anwar menyebut siapa orang UMNO itu, Anwar menjawab anak Tun Mahathir.
[Jelas sekali Khairy berniat memalukan Dr Mahathir. Mirzan ada membeli saham dalam konglomorat terbesar Philipines iaitu San Miguel. Ianya bermula sebagai syarikat bir tetapi kepentingan dalam bir sudah dikurangkan ke hanya 15%. Kegiatan utama San Miguel kini adalah dalam IT, elektronik, hartanah dan lain-lain.]
Demikian juga kini, apabila Anwar membangkit isu APCO Worlwide, di mana Anwar mendakwa bahawa APCO menasihatkan Najib untuk melahirkan konsep 1Malaysia. Anwar juga mendakwa, bahawa APCO juga merupakan Penasihat Mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak untuk melahirkan konsep 1Israel.
Semasa ucapan Anwar di Dewan Rakyat itu, Anwar juga mendakwa bahawa APCO adalah diterajui oleh orang Yahudi antaranya Mantan Duta Israel ke German dan Amerika.
Apabila Khairy membidas Anwar mengenai dakwaannya bahawa APCO mempunyai peranaan terhadap kelahiran 1Malaysia, maka Anwar membalasnya bahawa sebenarnya perlantikan APCO oleh kerajaan Najib didalangi oleh Khairy melalui, kawan rapat Khairy Omar Mustapha melalui syarikat Ethos Consulting. Anwar mendakwa bahawa Omar Mustaphalah yang memperkenalkan APCO kepada Najib.
Bagi menjawab dakwaan Anwar tersebut, Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap selektif dalam mendedahkan maklumat mengenai APCO Worldwide sedangkan Ketua Umum PR itu juga didakwa mengenali dan bersahabat dengan tokoh-tokoh dalam syarikat perunding tersebut.
Khairy berkata, maklumat berkenaan tidak didedahkan Anwar yang ingin membina imej yang baik di gelanggang antarabangsa.
Tambahnya, Anwar mengaitkan kerajaan dengan isu APCO untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu-isu yang menyentuh peribadi ahli parlimen Permatang Pauh itu.
Katanya lagi, Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana APCO terlibat menasihati negara dalam membentuk gagasan 1Malaysia.
Jelasnya, 1Malaysia mula disebut oleh Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulung sebaik menjadi Perdana Menteri, sedangkan kontrak lantikan APCO itu dibuat pada Ogos tahun lalu.
Mengulas mengenai peranan Ethos Consulting, Khairy berkata perkara itu sengaja dibangkitkan oleh Anwar untuk memburuk-burukkan imej beliau.
Sumber: Blog Apa yang tersirat
Lakunan mereka layak dihadiahkan Academy Award dengan skrip terbaik kepada penulisnya. Kenapa kita katakan demikian? Tunggu den dodahkan cerito disebalik APCO yang mano ado kojosamo Anwar dan Khairy.
Sunday, March 28, 2010
Khairy benci Melayu, Kena sindir di Mesyuarat Agung Perkasa
Pengguna-pengguna Tweeter tahu akan kegelisahan dan kebencian Khairy terhadap Perkasa. Dia tidak suka agenda yang dibawa oleh Perkasa. Dia tidak suka Dr Mahathir menyokongnya. Dia tidak suka pada bangsanya sendiri sebenarnya
Pencacainya yang dibayar gaji sibuk hentam Perkasa dan Ibrahim Ali. Bukan setakat itu, pencacai blogger upahan Khairy menyamar sebagai komentar pembangkang mengacau blog2 pro UMNO. Ini jelas boleh dikesan. Tatakala pembangkang sudah malu nak main cerita Altantunya, mereka ketinggalan bas dok main benda tu lagi.
Berbalik cerita Perkasa, ini semua kena tahulah. Masa demo di Australia, Khairy hati Abu Lahab ni kacau usaha blogger dan Perkasa untuk buat demo. Perkasa mengalah kasi dia peluang. Mereka tak panggil orang.
Bagai nak gila KJ bawa orang hingga exco dari Sabah pun diterbangkan. Hebatlah tapi KJ telah menjadikan dirinya bertambah dibenci dikalangan blogger pro UMNO.
Masa Jumaat dia pula nak buat hero lagi. Perkasa tak sempat untuk join sama PAS berdemo isu karikutur Nabi di Sweden lalu hanya pergi ke Kedutaan dan serahkan surat saja. Pengikut dan penyokong Perkasa adalah dalam 60 orang datang.
KJ ingat dia boleh ambil tempat Perkasa dan UMNO/PAS dapat berdemo sama dalam satu isu kepentingan bersama lepas Jumaat. PAS yang sudah lebih terancangdan teratur serta cukup masa buat pengumuman dapat kumpulkan dalam 300 orang. Agak2 beapa KJ dapat kumpulkan? 20 orang saja campur reposter ... kah kah kah ...
Itulah sokongan untuk KJ.
Semalam di Mesyuarat Perkasa, Ibrahim Ali sindir tentang seorang pemimpin muda. Sapa lagi kalau bukan KJ. Suratkhabar Perkasa pun tibai KJ.
Bawah ini satu artikel di laman web Agenda Bangsa . Tibai lagi KJ!!!
Ada orang sayang kau macam tu KJ????
Takde kan? Maknanya orang sayang Mukhriz dan benci kamu, penghancur UMNO! Jangan mimpi nak jadi Menteri. Mintak2 Razali dan Mukhriz naik full Minister ... suka aku nak ketawakan KJ.
Pencacainya yang dibayar gaji sibuk hentam Perkasa dan Ibrahim Ali. Bukan setakat itu, pencacai blogger upahan Khairy menyamar sebagai komentar pembangkang mengacau blog2 pro UMNO. Ini jelas boleh dikesan. Tatakala pembangkang sudah malu nak main cerita Altantunya, mereka ketinggalan bas dok main benda tu lagi.
Berbalik cerita Perkasa, ini semua kena tahulah. Masa demo di Australia, Khairy hati Abu Lahab ni kacau usaha blogger dan Perkasa untuk buat demo. Perkasa mengalah kasi dia peluang. Mereka tak panggil orang.
Bagai nak gila KJ bawa orang hingga exco dari Sabah pun diterbangkan. Hebatlah tapi KJ telah menjadikan dirinya bertambah dibenci dikalangan blogger pro UMNO.
Masa Jumaat dia pula nak buat hero lagi. Perkasa tak sempat untuk join sama PAS berdemo isu karikutur Nabi di Sweden lalu hanya pergi ke Kedutaan dan serahkan surat saja. Pengikut dan penyokong Perkasa adalah dalam 60 orang datang.
KJ ingat dia boleh ambil tempat Perkasa dan UMNO/PAS dapat berdemo sama dalam satu isu kepentingan bersama lepas Jumaat. PAS yang sudah lebih terancangdan teratur serta cukup masa buat pengumuman dapat kumpulkan dalam 300 orang. Agak2 beapa KJ dapat kumpulkan? 20 orang saja campur reposter ... kah kah kah ...
Itulah sokongan untuk KJ.
Semalam di Mesyuarat Perkasa, Ibrahim Ali sindir tentang seorang pemimpin muda. Sapa lagi kalau bukan KJ. Suratkhabar Perkasa pun tibai KJ.
Bawah ini satu artikel di laman web Agenda Bangsa . Tibai lagi KJ!!!
Melayu jenis apa yang "SKEPTIK" dengan agenda MEPERKASA BANGSA?Mukhriz datang ke Majlis perasmian Perkasa. Punya ramai orang nak salam dan bergambar dengan dia.
Simpan lah TELUR tu....duhai KP UMNO Malaysia!
Mengapa Perkasa WUJUD? Kerana PEMUDA sudah hilang sifat KEJANTANANNYA untuk menyuarakan agenda bangsa. Jika tidak mampu jangan pula PERLEKEH PERKASA!
Semalam Malaysiakini membawa cerita mengenai KJ dan pandangan beliau terhadap PERKASA.
Kata KJ, PERKASA sebagai sebuah pertubuhan yang konon-kononnya membawa PERJUANGAN BANGSA , hanyalah sebuah PERJUANGAN yang penuh RETORIK semata-mata.
Bahasa INGGERISnya, sebuah PERTUBUHAN yang tiada substance, dan sokongan yang semakin besar diterim aoleh PERKASA di serata pelusuk negara dikalangan warga Melayu hatta ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan oleh termakan dengan retorik PERKASA yang memperjuangkan agenda bangsa Melayu.
KJ juga dipetik sebagai berkata UMNO dan PERKASA berbeza dan tidak sama dan tidak saling melengkapi.
Disini saya amat bersetuju dengan KJ bahawa ya benar kedua-duanya UMNO dan PERKASA tidak sama,
UMNO sebuah parti politik dan Perkasa adalah sebuah NGO Melayu. BENAR dan tepat sekali,
Tetapi untuk memperkatakan UMNO berjuang untuk memperkasa bangsa dan memajukan Melayu sementara Perkasa hanya untuk mempertahankan agenda Melayu ada tidak benar.
Perkasa muncul sebagai satu Pertubuhan yang membawa unsur-unsur " check and balance" di dalam senario politik terkini, dimana parti-parti baik UMNO, PAS dan PKR yang ditunjangi MELAYU , dok terkinja-kinja cuba mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga sanggup "barter-trade" hak-hak dan kesitimewaan Melayu.
Disinilah peranan sebenar PERKASA sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab agar parti-parti politik bertunjangkan kepimpinan MELAYU baik UMNo, PKR dan PAS tidak sesekali lari dari tangunngjawab terhadap agenda bangsa sendiri.
Buat KJ, jika tidak mampu , jangan perlekeh. Baik dok senyap, dan simpan telur baik-baik!
Ada orang sayang kau macam tu KJ????
Takde kan? Maknanya orang sayang Mukhriz dan benci kamu, penghancur UMNO! Jangan mimpi nak jadi Menteri. Mintak2 Razali dan Mukhriz naik full Minister ... suka aku nak ketawakan KJ.
Monday, March 22, 2010
Anwar, Kalimullah, Khairy dan Malaysian Insider
Semua orang tahu bahawa bekas Penasihat New Straits Times Kalimullah Hassan adalah di belakang kelahiran portal berita Malaysian Insider sewaktu Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Kelahirannya adalah merupakan pakatan Ketua Pemuda UMNO Khairy, Zaki (pendek), Kamal dan beberapa orang lagi di tingkat empat dengan Kalimullah sebagai perancang utamanya.
Mereka ini adalah merupakan golongan yang cuba memperbaiki hubungan antara UMNO dengan Anwar Ibrahim selepas di bebaskan dari penjara kerana rasuah dan liwat di samping berusaha untuk meruntuhkan imej Tun Dr.Mahathir.
Sebaik sahaja Anwar di bebaskan Kalimulllah telah menulis sebuah rencana di dalam NST dengan terjemahannya dalam Berita Harian meminta semua pihak melupakan semua cerita lalu untuk memulakan hubungan baru dengan Anwar Ibrahim.
Ini diikuti dengan tindakan Khairy menghantar pasport antarabangsa kepada Anwar untuk berubat keluar negara yang dibiayai oleh proksinya Nazri Abdullah bekas Ketua Pengarang Berita Harian (sebenarnya Nazri adalah banker Anwar).
Nazri Abdullah sering bertemu dengan Kalimullah di London bagi merancang pemulihan politik dan imej Anwar. Kali juga berjaya mendapat kerjasama Datuk Wong Chun Wai Ketua Pengarang The Star yang sering memberikan interviu kepada Anwar dan memberikan banyak publisiti yang bertujuan mengingatkan orang ramai terhadap kehadiran Anwar dalam arena politik tanah air. Kalimullah sering menggunakan nama Abdullah Badawi dalam arahannya kepada Datuk Wong.
Dengan bantuan Kalimullah jugalah maka AirAsia mendapat ruang bergerak yang begitu luas sehingga tidak perlu membayar hutang kepada Malaysian Airport Berhad malah hampir berjaya memujuk Abdullah untuk pembangunan lapangan terbang tambang murah di kawasan Khairy Jelebu.
Oleh kerana baru-baru ini ada pihak yang mendedahkan hubungan politiknya dengan Anwar dan blogger Raja Petra, Kalimullah telah menampakkan ketakutannya dan membuat penafian bahawa beliau berada di belakang Raja itu dan juga Nazri Abdullah dalam usaha untuk menjatuhkan Najib.
Bagaimanapun Kalimullah terus baling batu sembunyi tangan. Malaysian Insider terus menjalankan kerja-kerja jahat untuk menjatuhkan imej UMNO yang dipimpin oleh Najib.Ada sahaja peluang yang akan menampakkan orang Melayu sebagai rasis, jahat dan ekstremis maka ia mempromosikannya.
Sekarang Malaysian Insider mendapat dorongan dan biayaan dari syarikat-syarikat Milik Kerajaan(GLC) dalam usahanya memburukkan UMNO. Syarikat-syarikat itu ialah CIMB, MAS, Celcom, Proton di samping Nokia, Maxis, DIGI, Nokia, Singapura Toursim Board, Tiger Airways dan AirAsia dan beberapa lagi . Mereka inilah yang memberikan wang iklan untuk membiayai portal berita Kalimullah ini.
Bagaimanapun syarikat -syarikat Milik kerajaan ini tidak pula membantu Utusan Malaysia dan juga Berita Harian yang berhempas pulas membantu kerajaan khususnya pimpinan Datuk Seri Najib.
Apakah untuk mencegah CIMB supaya tidak terlibat menyokong Malaysian Insider pun tidak boleh di lakukan oleh Najib? Apakah Najib tidak mempunyai kuasa untuk mencegah syarikat- syarikat GLC menjadi alat tanpa sedar kepada seorang yang mengkhianati kepentingan dan perjuangan UMNO ketika diberikan tanggungjawab penting di NST?.
Sumber: Malaysia Aktif
Monday, March 15, 2010
Pak Mertua belum pencen dari mengaut
Dua kemalangan baru-baru ini yang melibatkan MP PKR Tian Chua dan ADUN DAP Ng Sue Lim mengingatkan kami akan kemalangan yang melibatkan bekas MB Perak, Dato Tajul Rosli pada Februari 19hb, 2010 sebelum itu. mStar melaporkan berikut:
Bekas Menteri Besar Perak Kemalangan, Penunggang Motosikal MautApa kena mengena tajuk cerita dengan kemalangan maut yang melibatkan Tajol Rosli?
GERIK: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.
Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. - BERNAMA
Hahaha ... disinilah kami nak mula cerita. Kisahnya Tajol dilihat bersama dengan Dato Patrick Lim, bekas taukeh Equine Capital dan kroni wali tidor di sebuah rest house di Grik Perak.
Seorang pekerja rest house berasa ingin tahu lalu mengambil gambar mereka berdua dari jauh dan hantar dengan MMS kepada seorang rakan yang teribat dalam politik. Bila rakannya lihat hamba allah dalam gambar itu Patrick Lim, mengaruk dia.
Dia pun call Tajol Rosli dan terus balun, "Suda suda la ... apa lagi nak disamun."
Baru diketahui bahawa bahawa Tajol berada di Grik, kawasan dia pun untuk cuba dapatkan tanah balak seluas 600 ekar untuk tujuan perniagaan.
Kawan ni mengandaikan Pak Lah atau sekarang orang gelar sebagai Tun Lah yang talipon Tajol minta tanah untuk Patrick Lim. Siapa tak ingat Tun Dr Mahathir gelar Patrick Lim sebagai Patrick Badawi.
KeTuLah punya rapat dengan Patrick hingga tak boleh disentuh. Lihatlah apa jadi pada Terengganu dengan masjid kristal, pulau duyong dan Monsoon Cup dll yang semuanya adalah samunan besar2an ke atas Wang Ihsan.
Sebut Patrick, sebut juga Anak Omak yang rapat dengan Patrick dan macam Raja di Terengganu.
Tajol Rosli rapat dengan KeTuLah dan masih melayan kerenah dan kehandaknya. Itu yang kawan tu geram. Tak habis2 KeTulah ni mengaut.
Dahlah masa nak berundur macam2 permintaan dan syarat dikenakan kepada Najib. Scomi dapat projek Petronas berbillion opakai "direct nego". Mana lagi tanah berdekatan Carcosa untuk KeTuLah bina rumah. Gamen yang bina taau duit sendiri?
Macam-macam permintaan untuk si polan ini itu dikekalkan Menteri. Dipercayai KeTuLah yang minta letak Zahid Hamidi yang tak boleh diharap sebagai Menteri Pertahanan.
Ini KeTuLah nak menyamun lagi tanah di Grik lagi. Pencen ambik, elaun parlimen ambik. Pergi Parlimen tidak. Masih nak mengaut lagi.
Tajol Rosli jadi serba salah akibat dari panggilan talipon tu. Dia menjadi nervous dan hingga hilang keyakinan untuk memandu.
Kenapa dia tak pakai driver? Takut driver tahu ke???
Tajol Tajol ... sudah-sudah lah tu. Sudahlah membantu penyamun dan sudahlah mengkucar kacir UMNO Perak. Nak UMNO kalah lagi ke?
Saturday, March 6, 2010
Diam-diam Omak poei jumpo Ku Li
Susu dan kopi, Omak atau Mamak
Den tak cayo tapi ni botul berlaku.
Kito ingat macam yo lah KJ cari peluang mengontam Ku Li untuk dapek diterimo Najib. Dio panggil Ku Li sebagai 'duri dalam daging.' Ramai tergolak donga si "duri dalam daging" panggil Ku Li sedemikian.
Apo jaso dio nak panggil orang tuo sedemikian? Kono keliliang.
Orang yang nak balun Ku Li pun tahan brake bilo KJ dah balun. Tak mahu dilihat macam buek kojo samo dengan dio.
Budak2 exco Pemudo macam Tun Faisal dilihat ado terikut. Tak tahulah arahan KJ atau Hishamuddin atau pendirian sendiri.
Jauh dari pandangan ramai, ruponya KJ hantar Omak jumpo Ku Li macam mintak maaf.
Kata sumber yang boleh cayo ni, Dato Rahmah tak dirancang poei jumpo Ku Li. Dia tempek ikut Marina Yusof yang ada appointment dengan Ku Li.
Tercongang Ku Li bilo Marina bawak orang tak beritahu. Nak tolak tak boleh pulak pasal Ku Li kona Dato Rahmah ni dan arwah suaminyo.
Langsung Ku Li bawak lagi beberapa wanita lain ikut sama dalam perjumpaan itu. Tengok caro orang lama berhati2.
Nampaknya Omak pado si Anak Omak taklah act macam dahulu. Kuaso dah takdo. Sekarang soda dio susah nak jumpo sampai kono main curi2.
Dalam bilik pejabat Ku Li yang dikatakan macam pejabat Obama, Dato Rahmah dikatakan berkato, "Anak sayo baru nak belajar berpolitik. Tengok-tengokkanlah ..."
Hai kesinun pulak ai. Dahlah dia ngontam Ku Li, Omak pulak datang macam minta maaf dan mintak pulak bimbing anaknya. Memang Omak tak malu.
Yang jadi persoalan sekarang, kenapo KJ buat pendirian dan diam2 poei hantar Omak cakap macam itu. Serangan KJ takdo pun bukan ado kesan pada Ku Li.
Adakah dia macam cuba hantar passport lagi? PM bukan Dolah lagilah ...hoi!
Kesian exco yang poei turut mengontam Ku Li. Sudah kono sodomi oleh KJ ...
Usahlah kau berangan KJ, macam jugo Najib, Ku Li pun taknak kek kau. Kalaulah dio naik PM, yang mano den pun tak cayo dio akan, tak raso jugo kau Montori.
Subscribe to:
Posts (Atom)