Wednesday, June 9, 2010

Tahukah KJ cara nak kukuhkan Pemuda?

Malaysia Instinct

Semua pihak terutamanya saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian, Negeri dan Pusat harus sedar bahawa perlantikan Menteri adalah hak preogratif Perdana Menteri dan ia tidak seharusnya ada kuota berdasarkan jawatan dalam parti.

Sehubungan itu, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Saudara Hishamuddin Yahya, menggesa semua pemuda menghormati sebarang keputusan YAB Perdana Menteri tidak melantik Saudara Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet.

"Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya atas perlantikan Menteri. Justeru jika beliau berpendapat belum masanya Ketua Pemuda UMNO diberi sebarang jawatan kabinet maka ia merupakan satu keputusan berasaskan kepentingan negara dan parti.

"Tidak ada mana-mana pihak harus mempertikaikan keputusan ini kerana pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi juga keputusan melantik Menteri adalah hak Perdana Menteri. Jadi sekarang giliran Datuk Seri Najib pula memerintah kenalah ikut juga."

Hishamuddin turut mengingatkan Pergerakan Pemuda UMNO bahawa tugas mereka ialah bekerja menarik sokongan rakyat bukannya merengek meminta jawatan.

"Saya percaya jika Pemuda UMNO telah membuktikan bahawa ia mampu menjadi satu entiti yang kuat, berpengaruh dan komited kepada perjuangan parti, maka jawatan kabinet akan datang tanpa perlu dipinta.

"Saya kurang bersetuju dengan pandangan beberapa sahabat bahawa Pemuda UMNO perlu diperkukuhkan melalui pemberian jawatan kabinet. Sepatutnya pemuda UMNO memperkukuhkan diri terlebih dahulu sebelum layak dipertimbangkan untuk sebarang jawatan."

Hishamuddin juga kecewa dengan sikap sebahagian kepimpinan Pemuda yang lebih berminat membincangkan isu jawatan daripada bekerja mengukuhkan parti.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan beberapa penyokong Khairy Jamaluddin menggesa Perdana Menteri melantik Khairy ke kabinet. Antara yang melakukan gesaan terbuka ialah mereka yang dikenali sebagai penyokong kuat Ketua Pemuda tersebut seperti, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak.

Manakala dua lagi ketua Pemuda iaitu Saudara Norman, Ketua Pemuda Pulau Pinang dan Saudara Badrolhisham, Ketua Pemuda Kedah menegaskan melantik Menteri adalah hak Perdana Menteri yang tidak perlu dipersoalkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah meminta mana-mana pihak di dalam barisan Pergerakan Pemuda UMNO tidak sewajarnya memaksa Najib melantik Khairy Jamaluddin menyertai kabinet.

Syed Mehdhar berkata, tindakan memaksa Perdana Menteri seolah-olah memberi gambaran pemuda hanya mengutamakan jawatan dan kepentingan peribadi.

“Tidak timbul isu kenapa Khairy tidak dilantik menganggotai barisan kabinet dan dakwaan tidak ada wakil pemuda dalam kerajaan merupakan kenyataan dangkal untuk mengeruhkan keadaan,” tegasnya.

Beliau berkata, walaupun Khairy tidak menyertai kabinet tetapi beliau masih berperanan membawa masalah rakyat sejajar dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Wakil Rakyat, Menteri atau Timbalan Menetri kesemuanya bertanggungjawab kepada kepentingan rakyat, tetapi apabila kita terlalu mendesak mahukan jawatan, gambarannya seperti ada sesuatu yang dikejar,” tegasnya.

Katanya, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim telah diberikan mandat oleh Perdana Menteri menyertai kabinet dengan memegang potfolio Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Ini membuktikan Perdana Menteri tidak pernah meminggirkan peranan pemuda,” jelasnya.

Beliau kecewa kerana masih ada segelintir pemimpin pemuda UMNO peringkat negeri mengeluarkan kenyataan mengingatkan Najib supaya tidak melupakan Khairy berikutan rombakan kecil kabinet baru-baru ini.

Mereka (pemuda) ghairah keluarkan kenyataan menerusi portal berita pro-pembangkang mempertikaikan mengapa Najib tidak melantik Khairy menyertai kabinet,” tegasnya.

Menurutnya, ada pihak mengingatkan Perdana Menteri supaya “ jangan lupa KJ sampai tiga kali “ dan kenyataan ini amat tidak sopan diajukan kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Kenyataan itu berupa satu tekanan atau ugutan yang dibuat oleh segelintir kalangan pemuda terhadap Presiden UMNO, perlakuan itu amat biadap,” tegasnya lagi.

Syed Mehdhar menjelaskan, kuota jawatan Menteri atau Timbalan Menteri kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukan satu tradisi dan tidak semestinya dipenuhi dalam susunan kabinet Perdana Menteri.

Sebagai contoh katanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah dilantik sebagai Menterui atau Timbalan Menteri ketika memegang jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Zahid tidak pernah kecewa Perdana Menteri tidak melantik beliau menyertai kabinet, sebaliknya terus sabar berkhidmat dan bekerja keras untuk kepentingan parti dan rakyat,” tegasnya.

Akhirnya kata Syed Mehdhar, hari ini Zahid berada di dalam posisi kanan dalam hiraki kepimpinan parti sebagai seorang Naib Presiden UMNO dan mengetuai kementerian Pertahanan.

Beliau juga menyebut bagaimana Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pernah satu ketika tidak diberikan sebarang jawatan penting dalam kerajaan ketika menerajui Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Oleh itu tegasnya, tidak timbul kenapa Najib melanggar tradisi kepimpinan pemuda apabila Khairy tidak tersenarai di dalam barisan kabinet.

Sehubungan itu, beliau menasihati kepimpinan Pemuda UMNO supaya terus bekerja untuk parti dan melupakan agenda peribadi termasuk mengejar kedudukan dan jawatan.

Pemuda UMNO hari ini masih lompong, lemah, tidak ada kekuatan tersendiri dan masih gagal untuk menarik generasi muda menyertai parti, sebaliknya bertingkah sesama sendiri,” ujarnya.

Sepatutnya kata beliau, Pemuda UMNO harus membuktikan kepada pucuk pimpinan bahawa pemuda sentiasa memberika perkhidmatan terbaik kepada rakyat

“Kepimpinan Pemuda UMNO di bawah Khairy perlu kembali kepada semangat asal, kukuhkan semula semangat perpaduan dan berada dalam satu saf yang menjiwai perjuangan parti,” tegasnya lagi.

“InsyaAllah sekiranya kita selaku kepimpinan pemuda dapat mengembalikan kekuatan generasi muda untuk menyokong UMNO, saya yakin Najib tidak akan melupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,”.

3 comments:

Wake UP! said...

Kehadiran KJ dalam Pemuda bukan untuk memperkukuhkan tapi untuk melemahkan Pemuda.

Forced to stop proceeding to Gaza.

Anonymous said...

PEMUDA nak post kabinet untuk dapat projek dan biaya program?tanpa projek, betulkah kepimpinan akan longgar?ramai lari?

atau PEMUDA kukuhkan saf seterusnya diberi kepercayaan menganggotai kabinet

take your pick

Anonymous said...

stop menyondol lerr puak kj oii...muak dah la tengok muka berlakon tak sudah dia. dari berlakon menyondol kreta nori sampaila berlakon menyondol dlm wataniah. beribu ahli wataniah lain yg lebih lama & berjasa mengukuhkan pertahanan negara..kenapa tak highlight mereka tu???

ahli parti plastikware