Friday, May 28, 2010

T Mohan kutuk UMNO tapi Khairy diam saja


Siapa T Mohan (sahabat baik Khairy0 nak ugut UMNO, BN?

Jika kelmarin anak Samy Vellu, Vell Paari buat hal dengan menuduh UMNO terlibat hendak menjatuhkan bapanya, semalam Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula, yang baru setahun jagung dalam politik berkata, MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika dakwaan itu benar.

Memang kurang ajar betul si Mohan ni. Siapa dia nak ugut UMNO dan siapa dia nak ugut BN?

Apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan UMNO dan BN, bahkan apa yang dia tahu tentang sejarah perjuangan MIC sehingga sesuka hati nak mengeluarkan kenyataan BUSUK seperti itu?

Apa masalah Mohan sehingga nak paksa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari pelancaran gerakan menyingkirkan Samy Vellu itu?

Suka hatilah siapa nak sewa dewan itu yang dia nak sakit hati sangat kenapa?

Selama ini pun dah beribu kali orang menyewa dewan di PWTC tapi kenapa pula kali ini dia beriya-iya sangat nak tahu siapa yang hendak berbuat demikian?

Dia CEO PWTC ka? Dia ada share dalam PWTC ka? PWTC tu harta dia ka?

Mohan berkata demikian bila mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.

Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.

Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.

Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.

Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.

‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau (Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?

‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.

Sekali lagi Unta Belang nak tanya, siapa dia nak minta polis tidak keluarkan permit untuk perhimpunan itu?

Dia SB kah? Dia OCPD ka? Dia Ketua Polis Negara ka?

Mengenai dakwaan dia boleh bawa 14,000 ahli Pemuda MIC untuk menyokong Samy Vellu, Unta Belang nak tanya sikit, kenapa baru sekarang nak bawa 14,000 ahli itu, masa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kenapa tak bawa?

Kenapa masa di Hulu Selangor tempoh hari, UMNO saja yang bersungguh-sungguh, masa tu kenapa tak kerahkan 14,000 ahli yang dikatakannya itu untuk sama-sama membantu jentera BN memenangi kerusi tersebut?

Nampaknya selaku Ketua Pemuda BN, Khairy kenalah ajak si Mohan ni masuk Askar Wataniah.

Dah tak terkawal rasanya disiplin si Mohan ni. Nanti lagi dibiarkan, dia pun sama merapu macam Vell Paari juga

Sekurang-kurangnya bila dia masuk Askar Wataniah, dia boleh faham bagaimana pentingnya kita menjaga disiplin dalam setiap perbuatan kita , tingkah laku kita serta lidah kita.

Kalau tak nak masuk Askar Wataniah pun takpa, Pandu Puteri boleh buka keahlian untuk T. Mohan.

Lagipun setakat berani keluar kenyataan di surat khabar saja tak cukup untuk jadi Ketua Pemuda, apatah lagi jika mempunyai akal yang pendek lagi dangkal seperti abang Mohan kita tu

Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya!

Dipetik dari Malaysia Instinct

Tuesday, May 25, 2010

Melantik Khairy Menteri hanya memenuhi kehendak Pembangkang

Setakat hari ini, siapakah pihak yang menyokong Khairy?

Blogger yang mula sekali sokong Khairy adalah Sakmongkol. Bekas ADUN dari kawasan Pekan ini tak faham-fahamkah bahawa Najib dan Rosmah menyampah dengan budak yang cuba sabotaj kenaikkan Najib menjadi Perdana Menteri?

Kalau dibaca tulisan Sakmongkol, pandangannya mirip liberal macam Khairy dan Zaid Ibrahim. Pemikirannya pun macam pembangkang. Dia berpotensi menjadi ahli PKR.

Kemudian diikuti oleh seorang penyokong Ku Li bernama Aspan Alias. Sebut Ku Li mengingatkan kita kepada pembangkang Semangat 46. Cara Aspan tulis seolah-olah tiada apa-apa boleh dilakukan. Khairy akan pasti naik jadi Menteri kerana dia Ketua Pemuda.

Siapa kata Ketua Pemuda pasti jadi Menteri? Tak akan orang Ku Li ini tak ingat banyak orang dalam sejarah UMNO yang pegang jawatan KP tapi tak dapat jadi Menteri? Zahid Hamidi pun tak dapat merasa jadi Timbalan Menteri langsung.

Kalau dibaca tulisan bekas aktivis Semangat 46 ini, semua benda tidak betul. Yang betul hanya dirinya. Komen tidak dikasi lepas dan cara dia berfikir adalah untuk kembali ke zaman Tun Abdul Razak. Jelas out-dated dan ketinggalan bas.

Masa PRK Hulu Selangor, dia sokong pembangkang. Dah terbiasa jadi pembangkang masa zaman S46 hingga tidak boleh dibuang.

Blogger-blogger bangang yang diupah Khairy masih boleh menyuarakan sokongan lagi tapi akhbar online yang sudah mula mengompangkan perlantikan Khairy kononnya sebagai Menteri Belia dan Sukan. Yang anihnya, mereka yang sokong semua portal pro-pembangkang macam Malaysia Today, Malaysia Insiders, Malaysiakini, dan lain-lain.

Kenapa pula portal online pembangkang yang suka sangat Khairy jadi Menteri?

Selain itu, mereak-mereka yang menulis mengenai kenaikkan Khairy adalah surat-suratkhabar Cina seperti Guan Ming, dan beberapa akhbar Cina. Cina sekarang sokong pembangkang. Sama juga berlaku, pembangkang mahu Khairy jadi Menteri.

Kenapa ini berlaku?

Ini adalah sesuatu yang blogger Setia Kat Wang tidak boleh sedar kerana sudah ditogokkan Jack Daniel hingga tidak boleh memahamai bahawa mereka mahu UMNO terlungkup dengan perlantikan Khairy.

Cara Khairy beroperasi adalah untuk merosakkan. Banyak perkara yang dilakukan yang boleh berjaya tetapi sengaja digagalkan Khairy supaya kegagalan itu menjadi orang ramai membenci dan melemahkan UMNO.

Pembangkang mahu Khairy jadi Menteri supaya dia boleh lakukan lebih banyak jahanam kepada kerajaan.

Khairy sepatutnya menguatkan Pemuda UMNO. Dia yang mahu jawatan itu tetapi tidak ada apa-apa yang dilakukan. Akibatnya Pemuda UMNO sudah serupa tiada lagi wujud. Yang tinggal hanya mereka yang syok sendiri.

Khairy boleh hidupkan Pemuda UMNO tapi dia tidak mahu. Najib sudah berkali bercakap padanya supaya satu padukan Pemuda UMNO tapi dia masih berdegil. Dia lebih sanggup membuang masa untuk mengikuti latihan askar wataniah.


Kenapalah tiada askar yang tidak "tertembak" Khairy masa latihan? Askar tersebut layak diberi pingat gagah perkasa kerana jasa dan keberaniannya.

Sebagaimana yang kita katakan, setiap yang Khairy lakukan adalah untuk membawa kersoakkan. Kenapa dia mahu masuk askar wataniah? Ini mesti tidak lain dan tidak bukan untuk menyusup masuk askar dan menjahanamkan institusi askar pula.

Harap Dato Najib tidak melakukan kerja silap untuk memilih Khary menjadi Menteri. Jahanamlah Malaysia. Kalau dia naik jadi Perdana Menteri, baik semnua rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain.

Dengan demikian, kami blog Anak Omak menyatakan sokongan dengan meletakkan poster2 atas sebagai menyatakan trentangan akan perlantikan Khairy sebagai Menteri.

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa Blok L dan M ditukar jadi Blok KJ, kemudian Blok CA?

Blok minyak yang diberi Dolah Ti Do kepada Brunei dipanggil nama Blok L dan M. Sebaik saja diambilalih Brunei, nama Blok minyak itu ditukar menjadi Blok K dan J. Macam Blok KJ.

Lagi menarik Blok KJ sudah ditukar nama menjadi Blok CA1 dan CA2. Adakah ini bermakna Current Account 1 dan 2?

Kenapa perlu blog Anak Omak mahu kaitkan dengan KJ dan Current Account?

Sebabnya mudah kerana cara negotiation yang dibuat secara bersorok-sorok dan diam-diam antara Dolah Tido dan Sultan Brunei hanya menimbulkan syak wasangka bahawa tidak menolak kemungkinan ada satu rasuah maha besar telah berlaku.

Cuba google artikel Straits Times Singapore 2003 yang melaporkan Tun Dr Mahathir berjanji mahu selesaikan isu Limbang dan tuntutan bertindih dua blok minyak ini yang hampir menimbulkan konflik tentera antara Malaysia dan Brunei.

Dalam laporan itu berkata Dr Mahathir ada membuat kenyatan bahawa kita akan cari jalan penyelesaian yang win-win atau sama-sama untung. Antara yang disebut Dr Mahathir adalah production sharing minyak tersebut.

Bila sebut production sharing, mestilah explorasi dan pengambilan minyak dibuat oleh sebuah syarikat usahasama antara Petronas dan Brunei Oil, sebagai contoh. Cara yang sama kita buat dengan Vietnam.

Bila bersetuju, maka JV antara Murphy Oil dan Petronas terpaksa dihentikan. Tetapi apa yang berlaku adalah blok minyak diambilalih oleh Brunei Oil dan Total (dari France).

Dolah Ti Do, Petronas dan Wisma Putra kata ianya adalah satu commercial arrangement yang mana Petronas akan membangunkan blok minyak itu bersama dengan Brunei selama 40 tahun.

Kenapa jika bangunkan minyak bersama kita kena masuk lagi proposal dan negotiate dengan pihak Brunei Oil dan Total. Bukankah itu bermakna Petronas bukan buat production sharing dengan Brunei dan hanya jadi kontraktor.

Tentu bukan namanya production sharing jika Malaysia hanya meraih keuntungan dari minyak ini selama 40 tahun kerana kalau production sharing, bukankah sampai telaga itu kering? Katalah mungkin ada perjanjian yang ada masa tapi kenapa ditetapkan masa 40 tahun terhadap Malaysia?

Konon khabar berkata Dolah Ti Do yang memandai buat perjanjian sendiri dengan Sultan Brunei. Ini yang pelik kerana sepatutnya isu sempadan ada jawatankuasanya dan pakar2 dalam hal hal ehwal luar Negara dan survey yang terlibat dalam negotiation dan bukan perdana menteri kaki tido dan cakap merepeik.

Satu lagi perkara yang dipersetujiui memang pertukaran limbang for oil. Tapi Sultan meminta usah diberitahu Brunei akan henti menuntut Limbang. Survey yang dikatakan telah dibuat hanya akan justify apa yang sudah dipersetujui dan sempadan telah di lukis.

Kalau ikut alas an bahawa persempadanan akan ditentukan oleh survey tanah dan laut, kenapa diberi blok KJ siang2?

Kami syak bahawa ada baksyish telah bertukar tangan yang membolehkan Dolah Ti Do - yang suka buat2 bodoh tapi tak bodoh dalam bab wang dan benda2 mungkar – bersedia menggadaikan telaga minyak bernilai lebih US$100 billion senang-senang.

Ada kontrak tertentu akan diberikan kepada Dolah Ti do direct dari Brunei Oil-Total JV. Ini yang membuat Dolah Ti Do setuju tak payah cara production sharing. Kalau production sharing Petronas-Brunei Oil, SPRM boleh masuk siasat. Pihak berkuasa boleh basuk tengok buku dan surat2 dalam syarikat JV yang ada kepentingan Malasyia.

Petronas hanya diperingkat kontraktor maka SPRM tak boleh tengok apa berlaku di peringkat Brunei Oil dan Total yang berlaku hanky panky. Sebagai kontraktor, Petronas tak boleh cakap banyak tapi kena ikut perjanjian dengan Brunei Oil-Total.

Selain itu kami syak bahawa Sultan Brunei telah sogok Dolah Ti Do dengan sejumlah wang yang membolehkan Dolah bangun dan sedia gadaikan harta warisan negara kepada Brunei. Adalah penasihat yang setuju.

Penasihat yang Dolah Ti Do dengar hanyalah …. anak Kamaluddin dan menantu hantu Khairy Jamaluddin.

Itulah ceritanya disebalik Blok KJ atau Blok Current Account.