Wednesday, June 23, 2010

Satu habuk pencalunan tidak dapat untuk pertahan Timbalan Presiden FAM

Malaysia Instinct

Membaca ruangan sukan Utusan Malaysia hari ini membuatkan penulis ketawa terkekeh-kekeh... Apa taknya... menantu kesayangan Tun Lah Badawi yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri sebelum usia 40 tahun, YB Khairy Jamaluddin gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Apa yang mungkin membuatkan ramai yang gembira ialah KJ yang dinobatkan sebagai Timbalan Presiden FAM dalam usia paling mjuda akibat ramai yang 'kecut telur' mahu bersaing dengannya pada pemilihan penggal lalu, kali ini langsung gagal mendapatkan sebarang pencalonan.

Baca berita ini:

Sultan Ahmad Shah dijangka mengekalkan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang Kongres pemilihan badan induk itu bagi penggal 2010-2014 yang akan diadakan di Hotel Glenmarie & Resort Shah Alam, 31 Julai ini.

Sultan Ahmad Shah satu-satunya calon yang menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut selepas menerima 18 daripada 19 pencalonan daripada gabungan persatuan bola sepak negeri dan ahli bersekutu badan induk itu.

Ini bermakna Sultan Ahmad Shah terus memegang jawatan sebagai Presiden FAM sejak memegang jawatan itu pada 1984.

Bagi dua jawatan Timbalan Presiden pula, penyandangnya Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak mempertahankan jawatan yang dimenangi pada kongres 2007 setelah beliau tidak mendapat sebarang pencalonan.

Bagaimanapun, seorang lagi penyandang jawatan itu, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad adalah antara enam calon yang akan bertanding jawatan tersebut dalam senarai yang dihantar kepada FAM.

Lima calon lain yang disenaraikan untuk bertanding ialah bekas penyandang jawatan itu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut sama ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, sebanyak 12 pencalonan diterima dan ini bakal menyaksikan perebutan paling sengit untuk jawatan tersebut.

Dua penyandangnya iaitu Datuk Kapten Gulzar Mohamad dari Persatuan Bola Sepak Sarawak (PBS) dan Ahamad Muhamad dari Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Bagaimanapun, dua lagi penyandangnya Che Mat Jusoh dan Naib Presiden KAFA, Affandi Hamzah akan mempertahankan jawatan yang dimenangi pada kongres yang lalu.

Che Mat Jusoh bagaimanapun menolak untuk bertanding jawatan yang disandangnya itu kerana mengambil keputusan merebut jawatan Timbalan Presiden.

Antara calon lain yang turut disenaraikan untuk mengisi empat jawatan itu ialah Setiausaha FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin; Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Subahan Kamal.

Turut mendapat pencalonan ialah Datuk Mokhtar Ahmad, Datuk Lawrance Gimbang, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim dan Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim.

Pencalonan diterima daripada 14 ahli gabungan persatuan bola sepak negeri termasuk dua daripada Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (ATM) dan Persatuan Bola Polis Diraja Malaysia.

Tiga ahli bersekutu ialah Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMMM), Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) dan Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia.

Sikit komen ... Pemuda tak boleh buat ke? Ade telor ke Razali budak Hishamuddin Auw?

No comments: