Monday, September 28, 2009

Bukit Gantang! Anak Omak akan jadi Menteri?

Khairy akan masuk PAS, jila tidak dapat jadi Menteri?

Tatkala Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mat Hasan mula muncul dalam Majlis bersama Tun Dr Mahathir, orang tertanya-tanya apa nak jadi sekarang?

Bukankah Mat Hasan yang menghina Mukhriz di rumah rasmi Menteri Besar secara terbuka kerana mahu bertanding untuk hanya exco Pemuda pada tahun 2004? Dia menasihati Mukhriz supaya jangan nak cepat-cepat sangat.

Peliknya Mat Hasan yang pakar mengampu dan munafik tersohor sokong Khairy anak Omak yang belum pun mencecah umur 30 tapi terburu-buru mahu semua orang yang lebih senior buka jalan untuknya sebagai Naik Ketua Pemuda dan ada rancangan untuk Ketua Pemuda?

Anak Omak yang berjaya capai cita-cita nampaknya habuk pun tak ada sebagai Ketua Pemuda. Mana dia puji-pujian dari cybertropper Setiakawan yang meletakkan Khairy di tahap demi-god? Sana sini orang dalam UMNO kata Pemuda UMNO sudah tidak boleh diharap. Baik Wanita dan Puteri lagi. Macam-macam dikatakan mengenai Pergerakan Pemuda UMNO yang sudah lemah.

Kenyataan Khairy tanpa maklumat dari dalam mula menunjukkan kepintaran sebenar Khairy yang hanya terbatas. Dia sering menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat ramai dalam UMNO dan lebih condong kepada pemikiran pembangkang.

Macam mana jadi begini? Kenapa Khairy begitu jauh dari pemikiran ramai?

Antara sebabnya adalah politik Khairy yang seperti budak-budak berebut permainan dan tak henti takut orang lain cuit permainannya. Ini membuat Khairy kehilangan sokongan dan timbal balas dari bawah. Khairy menghabiskan masa politicking dari working.

Masa bawah Hishamuddin, dia diberi peluang berperanan. Kini dia dalam ketakutan pada Naibnya Dato Razali Ibrahim. Razali tidak dibenarkan bertemu pemuda di akar umbi. Semua jawatan dia atur orangnya saja. Ini kepimpinan seorang yang dalam paranoia.

Satu lagi seperti yang orang asyik perkatakan ialah Khairy hanya pandai buku teks. Dia tidak ada ide nak lakukan apa-apa aktiviti. Tanpa sokongan media seperti dulu, aktiviti Khairy tidak dapat perhatian media.

Dengan Mat Hasan cuba bercemolot dengan Mahathir, Khairy mula rasa bertambah keseorangan. Pejabat peribadinya yang dahulu begitu ramai staf pun dah tinggal tak sampai lapan. Yang pasti di simpan adalah akuantan Benggali perempuan pasal dia lawa.

Walaupun dia dapat mengukuhkan diri dalam Pemuda, itu hanya sementara. Dia kini dipencilkan pucuk kepimpinan parti.

Semalam Khairy muncul di rumah terbuka Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Md Isa. Khairy kelihatan kurus betul. Tidak tahulah kalau dia sudah puasa enam. Tidak hairan Khairy tengah susah hati dengan kedudukkannya yang dipencilkan.

Tidak tercapai cita-cita mahu jadi Menteri segera. Macam mana mahu dapat jadi PM sebelum 40, jika pada umur 32 dia masih belum dapat jadi Timbalan pun. Omak sudah tidak boleh tolong talipon serta jerit pada orang-orang yang menentang dan menahan Khairy lagi. Ada kena jerit balik.

Zahid Hamidi yang menjanjikan akan lobi Khairy naik Menteri sedang bermasaalah. November 10hb lepas kes Anwar mula, kes saman sivil terhadapnya bermula.

Terdedah kini cerita Zahid bersekongkol dengan Anwar dan PKR di PRU12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Orang dalam PKR kata Zahid membina jambatan dengan PKR untuk lari ke sana jika UMNO kalah pada PRU13. Dia pun sudah sah merupakan salah seorang yang mahu lompat pada Sepetember 16 tahun lepas.

Peluang itu ada jika Khairy berupaya tunjukkan kebolehan memperkuatkan Pemuda UMNO. Sudah enam bulan, kepimpinan Khairy pun sudah dipersoalkan. Pemuda nampaknya bertambah lemah dan dipanggil bacul. Hanya dipenuhi dengan kaki ampu yang bermimpi Khairy akan dapat naik.

Khairy hanya boleh berharap untuk kekal dengan pihak MT tukar umur untuk Ketua Pemuda dihadkan pada 45. Dia pastikan akan kekang orang lain dari cuba masuk jadi ketua Pemuda. Itu pun tidak mudah dengan mereka yang layak mengundi diperbesarkan jumlah.

Khairy perlu jadi Menteri untuk menahan dari keadaan dan persepsi sekarang dari berterusan. Pemuda tidak akan lihat apa-apa kelebihan pada Khairy yang tiada jawatan dalam kerajaan. Itu yang dia perlu sekat Razali dari jumpa akar umbi. Sana sini feedback akarumbi lebih menyukai Razali. Khairy dilihat gagal menyatukan Pemuda.

Ruang peluang itu dengar-dengar ada. Ura-ura mengatakan kabinet akan dirombakkan tidak lama lagi seperti yang dijanjikan Najib untuk mengkaji kedudukkan Menteri melalui prestasi KPI. Khabarnya KPI Shahrizat rendah dan beliau mungkin akan digugurkan.

Inilah peluang untuk Khairy. Tak kiralah jadi Menteri Hal Ehwal Wanita, Kelurga dan Masyarakat, asalkan dapat jadi Menteri. Lagi pun jawatan ini sesuai untuk Ketua Pergerakan 'Pemudi' UMNO!

Hanya menanti tangis kegembiraan Datin Rahimah Omakku Sayang.

No comments: