Thursday, September 3, 2009

APA CERITA NI, ENCIK KHAIRY?

"While we're on the green dam, do you think Rais knows what email is? Forget FB (facebook), Twit (twitter), etc. Is he even 1.0? I think he kolot."

("Ketika kita semua berada di zaman empangan hijau, awak fikir Rais tahu ke apa itu email? Lupakan Facebook, twitter, dll. Adakah dia 1.0? Saya fikir dia kolot").

Siapakah yang membuat kenyataan di atas. Dia tidak lain dan tidak bukan dari Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar melalui twitter yang dihantarnya kepada seorang wartawan.

Mesej melalui Twitter ini dihantar Khairy pada jam 11.43 pagi 14 Ogos lepas kepada wartawan itu. Sesiapa yang mengikuti (following) kedua-dua pihak ini (Khairy dan wartawan berkenaan) melalui Twitter akan menerima mesej Khairy ini.

Yang di atas tu adalah sebahagian daripada apa yang tersiar di harakahdaily. Kandungannya boleh di baca di sini.

Kita tunggu tengok apa reaksi Rais selepas mengetahui perkara ini.

Kita juga nak tengok apa reaksi seterusnya daripada Khairy. Jangan dia salahkan Twitter macam sesetengah orang dok asyik tuduh wartawan salah tulis dan salah lapor sudah la

No comments: