Wednesday, September 7, 2011

Parpukari ... Najib dipujuk ambil KJ masuk Kabinet


Buat mereka yang percaya bahawa KJ membawa imej ‘gung ho’ dan berani yang amat berdepan dengan Mat Sabu; perlu fikir banyak kali. Ini semua strategi peribadi. Strategi nak menempatkan diri di dalam kabinet Najib Razak. Tak lebih dan tak kurang.

Untuk makluman semua, Pak Lah sudah melakukan pertemuan dengan Najib dan berbincang mengenai beberapa perkara yang paling asas. Pak Lah nak pastikan bahawa legasi beliau KONONNYA sebagai bekas Perdana Menteri dapat disambung oleh anak menantu.

Mana satu SUPOL Najib yang mahukan Khary sebagai Menteri?

Di dalam Pejabat Najib Razak, seorang SUPOL dari Kelantan dikatakan menjadi broker kuat kepada usaha membawa KJ ke dalam kabinet. SUPOL ini melakukan semua ini bukan atas dasar parti – tetapi bantuan kewangan yang diberikan KJ kepada beliau dalam melaksanakan aktiviti nun jauh di Kelantan.


Jangan terperanjat, semua pertemuan ini di dalam pengetahuan Anwar Bin Ibrahim. Sungguh. Anwar lebih tahu ‘game’ dalaman Pejabat Najib daripada orang UMNO sendiri. Perjumpaan Pak Lah dengan Najib, menurut Anwar membawa dua perkara yang Pak Lah anggap penting:-
1. Meminta Bantuan Najib untuk Membawa Masuk KJ ke dalam kabinet
2. Menentukan pengganti Pak Lah di Kepala Batas

Menurut sumber yang diperolehi Anwar; Najib bersetuju dengan perkara No 2; tetapi hanya menjanjikan ‘bahawa beliau mempunyai special plan’ buat KJ. Itu janji Najib. Setakat itu sahaja.

Lebih menguatkan lagi hujah Anwar bahawa pejabat Najib agak bersungguh nak bawa KJ ke dalam kabinet adalah pertemuan yang sama turut dihadiri oleh Omar Mustapha Ong. Menarik? Memang menarik…

Nampaknya, Pak Lah sudah banyak ‘berjaga’ daripada tidur dalam memastikan KJ akan berada dalam kabinet. SUPOL Najib, OMO semuanya MEMBISIKKAN bahawa KJ adalah pilihan terbaik dalam mewujudkan kabinet yang lebih berdarah MUDA dan wibawa.

Semua ini di dalam pengetahuan Anwar – dan pastinya PKR akan membuat kenduri besar-besaran sekiranya KJ akan diserapkan ke dalam kabinet.

Najib kena hati-hati dengan bisikan orang halus yang ada di dalam pejabatnya. Kalau Anwar dapat tahu semua gerakan Pak Lah, Najib, OMO, SUPOL – maka tak mustahil banyak strategi UMNO/BN sudah tertumpah kepada pihak lawan. Soalnya siapa di belakang ‘game’ yang tak bermaruah ini?

Kisah kononnya keberanian KJ berdepan dengan Mat Sabu ini adalah game plan Omar Mustapha Ong.

Omar menasihati KJ supaya melakukan sesuatu supaya namanya akan diletakkan di muka depan Utusan; dan kembali meletakkan nama KJ di dalam radar Najib. Semua ini berjaya. Bukti? Hari ini – muka depan Utusan Malaysia melambung KJ sampai ke langit?

Soalnya, apakah Najib akan tunduk dengan tekanan Pak Lah, OMO, SUPOL dan KJ ini? Kita tunggulah…

Anwar memang tak sabar nak tunggu KJ ada dalam kabinet…banyak isu berkaitan ‘Oil for Food’ Money yang akan Anwar dedahkan kepada umum.

* Anwar juga tahu bahawa Pak Lah sudah lobikan KEMENTERIAN khusus buat KJ …. Kementerian Dalam Negeri!!! Semua hadirin ketawa pecah perut….

Gelagat Anwar

5 comments:

Anonymous said...

Kalau KJ diterima masuk dalam kabinet, 100% undi saya tidak akan pergi ke UMNO. Beliaulah yang menyebabkan Kerajaan BN/UMNO hampir tersungkur. UMNO tidak memerlukan KJ.

Anonymous said...

~

Wake UP! said...

Salam Bro. Senang je bro. Kalau KJ masuk kabinet, kita boikot jangan undi UMNO. Undi bebas.

Captain Potato said...

Undi mana2 pun sama juga hasilnya. Balik2 cerita liwat, liwat, liwat... Kalau berhenti beli akhbar utk setahun pun cerita tak akan berubah.

Nasi saya tak baca akhbar arus perdana, saya baca The Edge je :D

Unknown said...

Bahasa yang sangat bersahaja dan kelakar.. Good job..

Salam perjuangan.. Mohon pautan blog saya disini>>> http://perakrawk.blogspot.com/

Saya telah pautkan blog anda disana.
.