Wednesday, September 7, 2011

Parpukari ... Najib dipujuk ambil KJ masuk Kabinet


Buat mereka yang percaya bahawa KJ membawa imej ‘gung ho’ dan berani yang amat berdepan dengan Mat Sabu; perlu fikir banyak kali. Ini semua strategi peribadi. Strategi nak menempatkan diri di dalam kabinet Najib Razak. Tak lebih dan tak kurang.

Untuk makluman semua, Pak Lah sudah melakukan pertemuan dengan Najib dan berbincang mengenai beberapa perkara yang paling asas. Pak Lah nak pastikan bahawa legasi beliau KONONNYA sebagai bekas Perdana Menteri dapat disambung oleh anak menantu.

Mana satu SUPOL Najib yang mahukan Khary sebagai Menteri?

Di dalam Pejabat Najib Razak, seorang SUPOL dari Kelantan dikatakan menjadi broker kuat kepada usaha membawa KJ ke dalam kabinet. SUPOL ini melakukan semua ini bukan atas dasar parti – tetapi bantuan kewangan yang diberikan KJ kepada beliau dalam melaksanakan aktiviti nun jauh di Kelantan.