Saturday, August 21, 2010

Perkauman – KJ Bersuara Bila Melibatkan Kaum Lain Saja

Dalam minggu ini sahaja kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan perkauman, ada yang ditimbulkan oleh bintang video porno, ada yang ditimbulkan oleh Kongres Ekonomi Cina, oleh Perkasa dan ada juga oleh pengetua sekolah. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak isu ini, kita tidak faham kenapa Pengerusi Pemuda BN memilih untuk mengulas dan mengecam isu perkauman yang kononnya disebut oleh seorang pengetua sekolah ini.

Sementara pihak Kementerian Pelajaran sedang menyiasat kesahihan dakwaan itu, dilapurkan sebanyak 17 lapuran polis telah dibuat ke atas dakwaan itu, jadi apa perlu lagi KJ menghebahkannya ke seluruh Negara, adakah bagi menunjukkan ‘keprihatinan nya’ ke atas isu perkauman? Kita pelik sikit dengan over prihatin ini kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO, mana dia kecaman dan kutukan KJ semasa isu ekuiti 30% bumiputera hendak dihapuskan oleh Presiden MCA dan Kongres Ekonomi Cina? Atau semasa Tony Phua mencadangkan diskaun membeli rumah untuk bumiputera ditarik balik di Selangor?

Sepatutnya sebagai seorang Ketua Pemuda sebuah parti kaum bumiputera dan melayu, KJ sepatutnya memainkan lebih peranan di dalam memperjuangkan hak bumiputera dan orang melayu dahulu sebelum memilih untuk menentang kaum sendiri, lagipun isu itu belum sahih lagi dengan siasatan sedang dijalankan oleh pihak kementerian dan polis, kenapa KJ tak sabar-sabar ingin menonjol seolah-olah ingin menjadi jaguh kepada isu berkaitan bukan melayu. Jawatan Pengerusi Pemuda BN itu adalah lantikan automatik untuk pemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, seharusnya tanggungjawab ke atas parti dan bangsa sendiri didahulukan lebih dari yang lain. Jika tidak boleh memainkan peranan, kenapa tidak letak saja jawatan dan serahkan kepada yang lebih layak seperti dalam kes jawatan Timbalan Presiden FAM.

Ketidak adilan ini terserlah bila KJ tidak mengecam mahupun mengutuk lagu terbaru oleh rakan baiknya bernama Mee Weng Chee? Tidak itu juga jijik dan memalukan pada pandangan KJ? Kita juga tidak mendengar ulasan dari KJ berhubung tindakan Presiden MCA yang jelas bertentangan dengan prinsip BN apabila menyatakan secara terbuka tidak kisah untuk bersama DAP dalam isu berkaitan kaum cina. Kenapa tidak ambil peluang dalam perjumpaan dengan komponen lain dalam BN untuk membicarakan hal tersebut? Apakah ternampak popular di kalangan bukan melayu ini boleh melonjakkan KJ ke jawatan Menteri atau timbalan menteri?

Malah yang lebih menakutkan kita bila KJ mengambil tindakan mengecam pula orang yang menghantar peluru kepada Tony Phua berkaitan cadangan penghapusan diskaun bumiputera dalam membeli rumah seolah-olahnya Pemuda BN dan UMNO ada dikaitkan dengan insiden tersebut. Tidakkah sebagai seorang ahli politik yang ‘cukup’ berpengelaman (kononnya), KJ tidak dapat melihat terima peluru hidup ini sebagai retorik politik bagi mendapatkan simpati, ini bukan kali pertama bila ahli parlimen pembangkang membangkitkan isu perkauman, drama terima peluru ini akan ditayangkan. Tahun lepas pun Pengerusi kepada parti Tony Phua ada juga mendapat peluru berhubung kenyataan samannya ke atas Sultan Perak, sampai sekarang masih bernafas dan terus menerus menghuru harakan sistem kehakiman Malaysia dengan takrifan undang-undang ala punjabinya. Pendek kata, bukan cerita besarlah yang sampai nak bagi kecaman, orang pun tak takut.

Kita terpaksa akuilah bahawa di dalam BN sekarang golongan yang sentiasa mencari publisiti dan populariti murahan ini memang banyak, seolah tiada kesudahan. Peranan hakiki masing-masing tidak dijalankan sebaliknya peranan sekunder itulah yang diutamakan. Mana tidaknya masyarakat melayu khasnya melihat Ketua Pemuda UMNO sebagai tidak berfungsi dan hanya pandai mendesak untuk diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri. Lebih bahaya lagi di Rembau, majoriti ialah pengundi melayu dan apakah pada fikiran KJ jika ia dicalonkan semula, orang melayu Rembau akan memberi sokongan kepadanya? Implikasi ke atas tindakan KJ ini mampu menjejaskan sokongan orang melayu terhadap UMNO seterusnya BN. Masyarakat hari ini walaupun di Rembau, bukanlah sebuta itu untuk tidak melihat tindakan ahli parlimennya dari sudut keadilan terhadap bangsa melayu.

Mesyuarat Pemuda BN sepatutnya membincangkan bagaimana mendesak pucuk pimpinan masing-masing agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan antara parti komponen, itu yang lebih utama, bukan merujuk kepada kes-kes yang masih dalam siasatan kementrian mahupun pihak polis. Kita meminta Kementrian Pelajaran tidak terpengaruh dengan desakan mentah sedemikian di dalam menjalankan siasatan nanti.

Kita tidak menyokong mana-mana tindakan perkauman melampau oleh mana-mana pihak dan perlu juga dibezakan adakah tindakan itu mewakili individu, pertubuhan atau kerajaan. Jika ianya hanyalah pendapat peribadi individu tersebut, tidak perlulah sebuah organisasi pusat seperti Pemuda BN memberi terlalu banyak perhatian kepadanya sedangkan ada lebih banyak isu nasional dan perpaduan antara parti komponen yang perlu diutamakan.

Sumber: MyKMU

6 comments:

Anonymous said...

Bagaimana idolanya [B.A.B.I], begitulah juga pemujanya. Kerry Jamban sedang melakukan apa yang telah Bro Anwar Bin Ibrahim lakukan. Menyedari dia tidak mendapat sokongan ahli-ahli UMNO kecuali segelintir pemuda yang bodoh piang, sokongan siapa lagi yang akan Kerry Jamban tagih kalau bukan sokongan orang2 bukan Melayu.

Zool Zab

Anonymous said...

17 polis report? ya ka...kat PP berapa polis report ha? nampak sangat diaorg ni hentam chukup2..halo org PP apa lagi, Syarat jamaah solat jumaat mesti 40 bermakna ada 40++ saksi mendengar doa tersebut x beberapa masjid...bila LAGI HUH?

gun said...

melayu bachol, kaum lain seronok bermain dgn isu hanya kita saja yg masih menjaga hati mereka... khhhkkk
ptuihhh... sial!

Anonymous said...

Setuju dengan rencana diatas.Dimana suara Pemuda UMNO?Tidak kedengaran langsung apabila Presiden MCA membuat cadangan sedemikian.KJ dan orang2x kanannya sepatutnya meletak jawatan kerana tidak bersuara tegas di platform yg sudah didapati olehnya.Apa nak jadi?

Ibnsam said...

Kira OK lah tu.Sendiri punya kroni sedirilah mau ingat.

Kenn said...

NEM's Lethal Dose - The More Derserving Is Getting Less !

Let's support the call for a REVOLUTION by Kijang Mas - Demi Negara!