Saturday, August 21, 2010

Perkauman – KJ Bersuara Bila Melibatkan Kaum Lain Saja

Dalam minggu ini sahaja kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan perkauman, ada yang ditimbulkan oleh bintang video porno, ada yang ditimbulkan oleh Kongres Ekonomi Cina, oleh Perkasa dan ada juga oleh pengetua sekolah. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak isu ini, kita tidak faham kenapa Pengerusi Pemuda BN memilih untuk mengulas dan mengecam isu perkauman yang kononnya disebut oleh seorang pengetua sekolah ini.

Sementara pihak Kementerian Pelajaran sedang menyiasat kesahihan dakwaan itu, dilapurkan sebanyak 17 lapuran polis telah dibuat ke atas dakwaan itu, jadi apa perlu lagi KJ menghebahkannya ke seluruh Negara, adakah bagi menunjukkan ‘keprihatinan nya’ ke atas isu perkauman? Kita pelik sikit dengan over prihatin ini kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO, mana dia kecaman dan kutukan KJ semasa isu ekuiti 30% bumiputera hendak dihapuskan oleh Presiden MCA dan Kongres Ekonomi Cina? Atau semasa Tony Phua mencadangkan diskaun membeli rumah untuk bumiputera ditarik balik di Selangor?

Sepatutnya sebagai seorang Ketua Pemuda sebuah parti kaum bumiputera dan melayu, KJ sepatutnya memainkan lebih peranan di dalam memperjuangkan hak bumiputera dan orang melayu dahulu sebelum memilih untuk menentang kaum sendiri, lagipun isu itu belum sahih lagi dengan siasatan sedang dijalankan oleh pihak kementerian dan polis, kenapa KJ tak sabar-sabar ingin menonjol seolah-olah ingin menjadi jaguh kepada isu berkaitan bukan melayu. Jawatan Pengerusi Pemuda BN itu adalah lantikan automatik untuk pemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, seharusnya tanggungjawab ke atas parti dan bangsa sendiri didahulukan lebih dari yang lain. Jika tidak boleh memainkan peranan, kenapa tidak letak saja jawatan dan serahkan kepada yang lebih layak seperti dalam kes jawatan Timbalan Presiden FAM.

Ketidak adilan ini terserlah bila KJ tidak mengecam mahupun mengutuk lagu terbaru oleh rakan baiknya bernama Mee Weng Chee? Tidak itu juga jijik dan memalukan pada pandangan KJ? Kita juga tidak mendengar ulasan dari KJ berhubung tindakan Presiden MCA yang jelas bertentangan dengan prinsip BN apabila menyatakan secara terbuka tidak kisah untuk bersama DAP dalam isu berkaitan kaum cina. Kenapa tidak ambil peluang dalam perjumpaan dengan komponen lain dalam BN untuk membicarakan hal tersebut? Apakah ternampak popular di kalangan bukan melayu ini boleh melonjakkan KJ ke jawatan Menteri atau timbalan menteri?

Malah yang lebih menakutkan kita bila KJ mengambil tindakan mengecam pula orang yang menghantar peluru kepada Tony Phua berkaitan cadangan penghapusan diskaun bumiputera dalam membeli rumah seolah-olahnya Pemuda BN dan UMNO ada dikaitkan dengan insiden tersebut. Tidakkah sebagai seorang ahli politik yang ‘cukup’ berpengelaman (kononnya), KJ tidak dapat melihat terima peluru hidup ini sebagai retorik politik bagi mendapatkan simpati, ini bukan kali pertama bila ahli parlimen pembangkang membangkitkan isu perkauman, drama terima peluru ini akan ditayangkan. Tahun lepas pun Pengerusi kepada parti Tony Phua ada juga mendapat peluru berhubung kenyataan samannya ke atas Sultan Perak, sampai sekarang masih bernafas dan terus menerus menghuru harakan sistem kehakiman Malaysia dengan takrifan undang-undang ala punjabinya. Pendek kata, bukan cerita besarlah yang sampai nak bagi kecaman, orang pun tak takut.

Kita terpaksa akuilah bahawa di dalam BN sekarang golongan yang sentiasa mencari publisiti dan populariti murahan ini memang banyak, seolah tiada kesudahan. Peranan hakiki masing-masing tidak dijalankan sebaliknya peranan sekunder itulah yang diutamakan. Mana tidaknya masyarakat melayu khasnya melihat Ketua Pemuda UMNO sebagai tidak berfungsi dan hanya pandai mendesak untuk diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri. Lebih bahaya lagi di Rembau, majoriti ialah pengundi melayu dan apakah pada fikiran KJ jika ia dicalonkan semula, orang melayu Rembau akan memberi sokongan kepadanya? Implikasi ke atas tindakan KJ ini mampu menjejaskan sokongan orang melayu terhadap UMNO seterusnya BN. Masyarakat hari ini walaupun di Rembau, bukanlah sebuta itu untuk tidak melihat tindakan ahli parlimennya dari sudut keadilan terhadap bangsa melayu.

Mesyuarat Pemuda BN sepatutnya membincangkan bagaimana mendesak pucuk pimpinan masing-masing agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan antara parti komponen, itu yang lebih utama, bukan merujuk kepada kes-kes yang masih dalam siasatan kementrian mahupun pihak polis. Kita meminta Kementrian Pelajaran tidak terpengaruh dengan desakan mentah sedemikian di dalam menjalankan siasatan nanti.

Kita tidak menyokong mana-mana tindakan perkauman melampau oleh mana-mana pihak dan perlu juga dibezakan adakah tindakan itu mewakili individu, pertubuhan atau kerajaan. Jika ianya hanyalah pendapat peribadi individu tersebut, tidak perlulah sebuah organisasi pusat seperti Pemuda BN memberi terlalu banyak perhatian kepadanya sedangkan ada lebih banyak isu nasional dan perpaduan antara parti komponen yang perlu diutamakan.

Sumber: MyKMU

Monday, August 16, 2010

Khairy Kitol Bukan Seorang Melayu!

Melayu 1: Bukan Melayu 40. Inilah nisbah yang mendaftar sebagai pemilih pilihan raya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam. Nisbah ini boleh juga ditulis begini UMNO 1: DAP 40.

Laporan ini amat membimbangkan, apatah lagi bila melihat UMNO, khasnya Ketua Pemuda yang masih lagi leka mencari publisiti. Terkini, dia cuba mencari gaduh dengan Perkasa yang membela Melayu, satu peranan yang sepatutnya dipikul oleh Pemuda UMNO.

Mungkin Ketua Pemuda ini terlalu dungu untuk menyedari bahawa Perkasa tidak akan wujud jika tidak kerana dia yang merosakkan UMNO sehingga dilihat sebagai tidak dapat lagi memperjuangkan bangsa Melayu.

Terbuktilah lagi buat kesekian kalinya bahawa tindakan Presiden UMNO untuk tidak melantik sang Ketua Pemuda ke sebarang jawatan kabinet adalah amat tepat sekali. Ternyata Ketua Pemuda UMNO sememangnya tidak punya kredibiliti sebagai ketua, jauh sekali sebagai pemimpin berjawatan menteri.

Ketua Pemuda ini langsung tidak punya sebarang strategi untuk menarik ahli baru ke dalam UMNO mahupun menggerakkan kempen daftar pemilih pilihanraya. Ketua Pemuda gagal memberi penerangan dalam isu-isu berbangkit. Selain dari mencari publisiti murah untuk diri sendiri dengan membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal seperti menjadi model majalah, Ketua Pemuda ini benar-benar tidak berfungsi serta mengesahkan yang dirinya adalah liabiliti kepada kepada parti.

Sudahlah tiada kredibiliti, Ketua Pemuda ini sekali lagi membuktikan yang sememangnya dia berjiwa pengkhianat tegar. Dari tindak tanduknya kebelakangan ini, adalah dikhuatiri yang dia kini sedang mengsabotaj UMNO dengan merosakkan imej UMNO sebagai pembela Melayu dengan bergaduh dengan Perkasa.

Inilah padahnya bila seorang pengkhianat disimpan di dalam Parti. Ketua Pemuda yang didapati bersalah dalam politik wang pasti mendapati sukar baginya untuk turun ke akar umbi kerana sedar yang dia dibenci oleh banyak pihak. Apabila Ketua Pemuda tidak dapat turun padang kerana malu, atau mungkin bimbang kejadian ‘boo’ akan berulang maka secara automatik Pemuda Bahagian juga kehilangan semangat juang. Pastinya sukar untuk membina semangat jika berketuakan seorang yang dianggap sampah oleh masyarakat.

Mungkin sudah sampai masanya Presiden UMNO menimbangkan semula masalah Ketua Pemuda ini dan mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengannya serta mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan tegas terhadap mereka-mereka yang bersalah pasti memulihkan imej UMNO dan sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Tindakan tegas juga harus diambil ke atas Ketua-ketua Bahagian yang tidak berfungsi dan mengsabotaj parti. Persetankan para pengkhianat ini, dan tarik sahaja kembali segala kemudahan yang diperolehi mereka melalui UMNO. Persetankan jika mereka ingin menambah sabotaj terhadap UMNO dengan tidak berkempen dan tidak bekerja. Akar umbi tahu siapa mereka dan rakyat kawasan mereka juga tahu siapa mereka. Lambat laun, mereka akan menunjukkan belang dengan menyertai pembangkang bila tidak lagi mendapat projek melalui UMNO. Bertindak segera dan bentangkan kesalahan mereka untuk dinilai rakyat.

Tindakan awal ke atas mereka-mereka ini pasti memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Presiden dan jika mereka memilih untuk berpaling tadah, kemasukan mereka ke dalam pembangkang hanya akan membantu memburukkan imej pembangkang.

Di masa yang sama, segera wujudkan kumpulan petugas baru yang ikhlas di peringkat cawangan untuk memikul tanggungjawab mendaftar pengundi baru di seluruh pelusuk negara. Pertingkatkan jentera penerangan untuk menerangkan kepada akar umbi mengenai perkembangan terbaru di dalam UMNO ini.

Ingatlah, keputusan Pilihanraya adalah bergantung kepada rakyat keseluruhan termasuk akar umbi UMNO yang tidak berjawatan, bukannya bergantung kepada segelintir pencacai Ketua Pemuda, Ketua-ketua Bahagian atau beberapa kerat Melayu liberal. Tunjukkan kepada rakyat yang UMNO serius dalam usaha untuk membersihkan parti ini dari anasir-anasir seperti mereka.

Oleh itu, orang-orang Melayu harus membantu kepimpinan UMNO untuk merealisasikan perkara ini dengan tetap memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada UMNO.

Orang-orang Melayu harus membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat kita agar mendaftar sebagai pemilih dengan seberapa segera. Kembalikan semangat juang penubuhan UMNO, bantulah Presiden untuk membersihkan UMNO. Hanya UMNO yang dapat memastikan kedudukan kita selamat di tanah air sendiri. Hanya Barisan Nasional yang dapat memastikan keamanan dan keadilan sebenar di dalam negara, dan bukannya kesamarataan buta tuli tanpa keadilan yang nyata.

Sedarlah bahawa DAP adalah parti rasis yang hanya ingin menghancurkan Melayu, manakala PAS adalah orang suruhan DAP dan PKR (Anwar) pula tak lebih hanya sekadar maskot Pakatan Rakyat.

Dipetik dari Malaysia Instinct

Monday, August 9, 2010

RM400 juta baru di London, Goahead gostan lagi

r

Oleh Satu Hala

Sekarang ni, kalau dalam Pergerakan Pemuda UMNO ada satu ayat popular yang duk keluar dari mulut ketuanya, Khairy Jamaludin @ KJ @ Kitol....'takda projek'.

Takda projek pasal kononnya KJ tak jadi menteri....(Lagi-lagi isu tak jadi menteri).

Ini menyebabkan ada di kalangan ahli-ahli Pemuda yang marah kepada kepimpinan tertinggi parti pasal tak lantik 'ketua kesayangan' mereka menjadi Menteri walaupun mereka sendiri tahu KJ adalah liabiliti terbesar kepada Barisan Nasional (BN)....untuk anak-anak haram Pemuda jenis ni...diaorang bukan pikir parti pun sangat tapi pikir poket sendiri aje....

Kitol atau KJ menjaja merata dia tak boleh membantu ahli-ahli Pemuda dari segi kewangan kerana dia tidak ada duit sebab dia bukan menteri.

Lagi sial....KJ ini sekarang apa-apa sahaja dia suruh bebudak dia mintak dekat Naib Ketua Pemuda yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Satu...itu cara KJ nak lepaskan tengkuk bila ditanya bertalu-talu pasal kontrak atau habuan wang daripada beberapa kerat machainya.

Kedua...itu cara dia bagi Razali pening kepala dan balas dendam.......kih kih kih...tertekan betul Kitol nampaknya sampai kena buat camtu.

Namun, di sebalik semua itu....sebenarnya tak wujud istilah Kitol takda duit pun.

Jumlah yang dia bolot atau curi masa bapak mertua dia jadi Perdana Menteri dulu pun tujuh keturunan anak-baranak dia tak abis makan la.

Yang berlaku sekarang ini....ahli-ahli Pemuda UMNO kena tipu dengan KJ aje sebenarnya.....sian kauorang semua yea....penat-penat aje undi kitol dulu tapi sekarang kena tipu idup-idup pulak.

Ada seorang rakan penulis memberitahu bahawa takda maknanya Kitol takda duit.

Semua itu adalah penipuan sahaja.

Menurut rakan penulis....harta KJ di UK sahaja terutama di Kota London mencecah ratusan juta ringgit....dianggarkan sekitar RM400 juta lebih.

Itu belum termasuk harta di tempat lain-lain lagi...

Walaupun Satu Hala sendiri pun takda bukti nak sahkan dakwaan seperti itu....tetapi mengenali rakan penulis itu yang merupakan seorang yang tidak suka berbohong dan agak berkuasa orangnya....penulis terimalah cakap dia.

Lagipun....KJ memang keturunan kuat mencuri....so kalau dia ada RM400 juta di UK sahaja pun bukanlah benda besar sangat.....tak perlu bukti pun ramai boleh percaya.

Malaysia Instinct

Belum lagi harta yang di Kazakhstan, Uzbelistan, Congostan, Goahead Gostan ... Sayang sekali peguam KJ bukan peguam yang amanah macam Sulaiman Akhlaqan. KJ pun tak amanah.

Dengar-dengarnya dia masih mengatur rompakan dan nak jual aset kerajaan keapda Singapura bersama Kalimullah. Sebut posto posto ... cabutlah dia lari.