Seronok bebenor den dok perhati para blogger kasi lanyak sama Khairy yang kononnya nak jadi timbalan menteri. Bermula dengan Tuan Kamaruddin Kamdias dan dikuti oleh Parpu Kari melemparkan serangan bertubi-tubi.
Serangan tanpa henti oleh Parpu Kari disambut pula oleh Tuan Singh dengan luahan hati yang ditujukan khas kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Masih tidak cukup lagi walaupun Khairy telahpun dilanyak teruk sekali, Mr Big Dog meneruskan asakan dengan tikaman bertubi-tubi di sini dan sini.
Serangan masih lagi diteruskan oleh Tuan Shamsul My Anger. Itulah padahnya bila dah jadi pengkhianat bangsa, kesilapan lepas akan menghantui si anak omak pada setiap masa dan ketika. Yang pasti, dari serangan yang dilakukan baru-baru ni, KJ telahpun ketahui bahawa setiap langkahnya akan diperhati.
Kekawan den ada tanya kenapa blog Anak Omak tak terlibat sama membelasah the son-in-law? Bila den tengok yang dok menyerang KJ tu nama-nama besar dalam alam siber, den pun ambil keputusan untuk jadi tukang sorak sahaja.
Den sebenarnya kesian dengan si KJ, takde langsung blog yang berupaya nak pertahankan Khairy dari serangan bertubi-tubi. Walaupun Raksasa BN dan Hang Tegar mencuba, tapi setakat mampu menyalak bukit sahaja.
Bila para pencacai dah tahu memang tak berupaya nak pertahankan Khairy, maka si pencacai KJ melalui kumpulan BPN (kononnya Blogger Pembela Negara) membuat resolusi supaya mana-mana blogger pro Kerajaan tidak boleh langsung menyerang mana-mana pemimpin, dan saya petik:
BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.
Den dok baca perenggan kat atas tu dua tiga kali kat blog Panglima Perang Cyber, YDP kepada BPN. Tergaru-garu kepala hampir nak gugur rambut dibuatnya, betul ke BPN ni Blogger Pembela Negara, atau hanya sekadar Blogger Pembela Son-in-law.
Pertarungan kini bukan lagi mengenai Khir, Mukhriz atau Khairy, pertarungan kini adalah mengenai masa depan parti. Mana-mana blogger pro UMNO tidak boleh nafi bahawa hilangnya sokongan kepada UMNO berpunca dari Khairy, yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti.
Namun BPN terlepas pandang akan hakikat ini, oleh itu den nak tanya adakah BPN telahpun dibeli oleh anak omak Khairy?
Den dapat tahu terdapat nama-nama yang tersenarai di atas telahpun keluar dari Ahli Majlis tertinggi, seperti Parpu Kari. Den juga dikhabarkan bahawa makin ramai blogger yang membuang logo BPN dari blog mereka seperti Saudara Jeff Damien, Saudara Desperado dan Tuan MIK.
Kenapa BPN makin dipinggirkan oleh para blogger? Bermula dengan ahli melebihi 100 orang kini hanya berada dalam lingkungan lapan puluhan. Mungkin ramai blogger yang sedar bahawa kewujudan BPN bukannya untuk membela negara, tetapi membela son-in-law, yang telahpun dinobatkan sebagai pengkhianat bangsa oleh ramai blogger senior.
Oleh itu den mencadang bahawa BPN sepatutnya ditukarkan kepada BPM, Blogger Pembela Menantu supaya orang ramai takkan keliru.
Ditulis Oleh: Shah Jiwang