Wednesday, December 15, 2010

Kalau diri bergelumang najis, baik diam saja

Oleh Fareed Dawood

Dalam kekecohan disebabkan oleh kebocoran maklumat yang mengesahkan Anwar peliwat oleh Wikileaks, ramai yang tampil memberi komen. Ada yang mencabar Anwar menyaman, ada yang masih cuba sedaya upaya membela Anwar dan ramai yang hanya ketawa besar kerana semua ini sudah dijangkakan lebih awal lagi.

Di celah-celah itu, ada juga komen yang datangnya dari Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang pernah diboo kerana terbukti memegang jawatan itu atas dasar rasuah. Komen Khairy disiarkan antaranya di dalam Utusan Malaysia bertajuk “Bahaya Anwar Jadi PM: Rahsia Negara di Tangan Asing.”

Mungkin Khairy tidak sedar bahawa dia diboo dan dibenci oleh akar umbi UMNO dan rakyat bukan hanya kerana rasuah, tetapi juga kerana ramai meragui kesetiaannya pada negara ketika bapa mertuanya berada di puncak kuasa. Ramai yang melihatnya sebagai bahaya kepada negara.

Persahabatan Khairy dengan agen Singapura bukan rahsia sehingga tergadainya khazanah negara melalui jual-beli saham-saham GLC secara tidak telus. Malah di eranya, banyak keputusan kerajaan yang melibatkan Singapura semuanya hanya memberi kelebihan kepada Singapura dan merugikan negara.


Selain itu, Khairy juga dilihat sebagai lebih sesuai berada di pihak Anwar atau pembangkang memandangkan aspirasinya yang liberal dan tidak selari dengan perjuangan UMNO.

Kesemua faktor di atas termasuk dengan sifat bongkak serta bodoh sombong semulajadi menyebabkan Khairy terus dilihat sebagai liabiliti kepada UMNO. Di zaman bapa mertua Khairylah masyarakat Malaysia berbilang kaum mula berpecah. Tuntutan-tuntutan ekstrem, cabar-mencabar dan syak wasangka perkauman terserlah akibat dari dasar ‘keterbukaan’ yang diamalkan bapa mertuanya, kononnya.

Ramai melihat bahawa keterbukaan yang ditonjolkan hanyalah umpan bagi mencetuskan huru-hara dalam negara yang mana juga memberi keuntungan kepada Singapura. Strategi menghuru-harakan negara ini dijalankan secara tersusun melalui media-media yang didokong oleh sahabat-sahabat Khairy, iaitu agen-agen Singapura.

Akar umbi UMNO tidak mungkin mampu memaafkan dan melupakan pengkhianatan Khairy kepada negara.

Khairy seolah-oleh bercakap mengenai dirinya sendiri bila berkata yang Anwar adalah bahaya kepada negara. Kita setuju yang Anwar memang bahaya, kerana itulah Anwar tidak seharusnya dibebaskan dahulu.

Namun, siapakah yang paling gembira ketika Anwar dibebaskan jika bukan Khairy? Malah Khairy begitu teruja sehingga sanggup menjadi budak penghantar passport sejurus selepas Anwar dibebaskan.

Walaubagaimanapun, sedar atau tidak, antara Anwar dengan Khairy, Khairy adalah lebih bahaya untuk ketika ini. Ini kerana Anwar berada di luar kerajaan dan tidak punya capaian ke atas rahsia-rahsia negara, (kecuali jika Khairy yang mendedahkan kepadanya).

Sedangkan Khairy berada di dalam UMNO, iaitu parti yang mewakili kerajaan Malaysia dan berpeluang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Bayangkan, jika belum berjawatan pun Khairy sudah hampir membangkrapkan negara, bagaimana pula jika dia ‘terpegang’ jawatan nanti?

Untuk pengetahuan Khairy, rakyat Malaysia tidak sebodoh seperti yang disangkanya. Malah rakyat Malaysia tidak sebodoh dirinya. Hanya melalui tindak tanduknya, rakyat biasa yang tidak berpelajaran tinggi juga tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Khairy Jamaluddin ini.

Mungkinkah Khairy begitu bodoh dan tidak menyedari yang dia, seperti juga Anwar, hanyalah alat kepada Singapura untuk menjahanamkan Malaysia. Langkah Khairy yang begitu berahsia sehingga tidak mahu menggunakan penerbangan MAS dan hanya menggunakan penerbangan SIA untuk ke mana-mana menguatkan lagi syak wasangka terhadapnya.

Jika Khairy ditakdirkan berjaya mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia, Singapuralah yang akan ketawa besar. Segala rahsia Khairy di dalam tangan mereka dan mereka boleh menggunakan rahsia tersebut bila-bila masa bukan sahaja untuk ‘tarik-tali’ dalam soal kepentingan Malaysia-Singapura tetapi juga untuk tenggelamkan terus Malaysia.

Namun, itupun jika Wikileaks belum dedahkan lagi rahsia Khairy dalam masa terdekat ini. Oleh itu, sekadar nasihat, eloklah Khairy berdiam diri saja dari membuat komen apa-apa pun jua buat selama-lamanya.

Di zaman maklumat tiada sempadan ini, adalah lebih bijak bagi mana-mana politikus yang bergelumang najis untuk tidak berkata apa-apa atau lebih baik, letak jawatan sahaja sebelum semuanya terbarai.

Sekurang-kurangnya jika Khairy hanya menjadi rakyat biasa dan bukan Ketua Pemuda, Wikileaks juga tidak berminat untuk mendedahkan apa-apa mengenai dirinya.

Malaysia Instinct

No comments: