Saturday, July 31, 2010

Jho Loh tu ada juga jasa, Khairy mengecewakan

Kita semua dah baca interview The Star dengan Taek Jho Low. Atau nama sebenarnya Low Taek Jho.

Saya tahulah ramai marah (atau jealous), atau paling tidak, Kurang Selesa, dengan budak 28 tahun ini sebab beliau dikatakan rapat dengan First Family. PM Najib dan keluarga.

Yang buat orang tak selesa ialah beliau selalu nampak sedang pegang botol besar champagne. Lagi joget dengan Paris Hilton. Terima Kasih blog Melayu Bersatu.

Sedang berpesta dengan mamat Arab - yang katanya rakan karib dari Abu Dhabi, Kuwait dan Saudi Arabia (Cerita Arab anak royalty minum arak, berpesta dengan pompuan setengah bogel tu cerita lain, beb).

Dan ramai mungkin rasa tak selesa sebab Jho ni katanya ada buat business deals untuk kerajaan Malaysian dan Dato' Sri Najib.

Tapi saya lihat dari perspektif lain.

1) Jho Low anak orang kaya dari Penang. Bapanya dulu boss syarikat engineering MWE. Tentu perangainya tak macam perangai orang miskin atau lower middle class - macam saya!

Beliau bukan Muslim, jadi takkan beliau nak bergambar duduk dalam masjid sedang berzikir?

Jika beliau bergambar dalam gereja pula, nanti lagi problem untuk sesetengah orang.
Dan beliau budak muda, belajar di universiti anak orang kaya di Amerika Darul Kapir, tentu perangainya pun lain.
Jadi perlu ke kita tak selesa dengan perangai beliau ni?

Memang pada saya "excessive lifestyle" mereka ini. Mereka bukan saja minum arak, tapi main simbah-simbah buih arak tu. Membazir besar.

Tapi kan saya dah kata, ini bukan perangai orang biasa seperti saya yang nak makan luar pun kena fikir sama ada baget bulanan tak balance.

Beliau kata kena buat gitu kerana nak layan clientnya - mamat Arab dogol mabuk.


2) Beliau buat deal dengan Najib sebab rapat dengan "First Lady" Rosmah. Itupun jadi problem.
Tapi bukan Jho saja yang rapat dengan First Family. Salah ke jika beliau jadi crony Rosmah pun? Kan PM-PM lama semua ada list 'crony' masing-masing?

Dan mengikut pendedahan blogs, bukankah DAP baik PAS atau Anwar pun ada 'crony' masing-masing? Pasir di Selangor, balak di Kelantan, masa Anwar jadi DPM dulu. Kan semua projek diberi pada geng rapat masing-masing?

Jho ni pula, menurutnya, membawa masuk pelaburan Arab ke Malaysia!

Katanya pelaburan US$100 juta masuk ke Iskandar Malaysia daripada syarikat Kuwait dan Abu Dhabi.
Bank komersil Abu Dhabi membeli saham RHB Bank, bank 'Melayu', kerana Jho kata slow talk dengan bekas pengerusi bank Abu Dhabi itu bahawa Malaysia bagus.

Qatar Investment Authority nak melabur tolong majukan airbase Sungai Besi, KL.

Beliau juga dulunya membentuk dana saham Terengganu Investment Authority (TIA) dengan bantuan Sultan Terengganu/Agung. TIA itu kini diambil alih kerajaan Malaysia dan namanya ditukar kepada 1Malaysia Development Bhd, atau 1MDB, sovereign wealth fund pertama negara ini. Iaitu dana kekayaan negara - pakai duit rakyat - untuk pelaburan di luar negara.

Dan kini, Jho nak bawa Jamie Foxx dan Leonardo diCaprio berlakon dalam movie yang difilemkan di Malaysia.

JIKA ini semua benar, maknanya mamat 28 tahun ini berjasa besar kepada negara! Bawa pelaburan besar masuk ke sini! Dan tubuhkan dana pelaburan besar! Nak bawa masuk pelakon top, suburkan nama negara!

(Jho kata tak betul bahawa beliau dapat kontrak RM500 juta pembangunan semula airbase Sungai Besi. Yang dapat kontrak itu, katanya, ialah 1MDB).

Tentunya ada deal lain sedang dirancang. Jika benar, kan rakyat Malaysia semua patut sokong kerja beliau?
Untung Malaysia dapat dealmaker seperti ini!!!

Apasal kamu jealous tak kena tempat!

Cuma, teringat saya akan budak 28 tahun dulu yang disebut sebagai 'the most powerful 28-year old in Malaysia'.

He turns out to be a disappointment, ada orang kata. Namanya Khairy Jamaluddin.

Dari Op-Ed

1 comment:

Anonymous said...

ada baik an ada buruknya...
buatlah penilaian masing masing..dari sudut pandangan ISLAM... banyak salahnya... walaupun banyak untungnya.. tapi pada hanya segelintir.. pasal Khairy.. tak yah cakap.. hampeh...