Tuesday, July 27, 2010

Anwar, Kalimullah, Khairy dan Malaysian Insider

Semua orang tahu bahawa bekas Penasihat New Straits Times Kalimullah Hassan adalah di belakang kelahiran portal berita Malaysian Insider sewaktu Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Kelahirannya adalah merupakan pakatan Ketua Pemuda UMNO Khairy, Zaki (pendek), Kamal dan beberapa orang lagi di tingkat empat dengan Kalimullah sebagai perancang utamanya.

Mereka ini adalah merupakan golongan yang cuba memperbaiki hubungan antara UMNO dengan Anwar Ibrahim selepas di bebaskan dari penjara kerana rasuah dan liwat di samping berusaha untuk meruntuhkan imej Tun Dr.Mahathir.

Sebaik sahaja Anwar di bebaskan Kalimulllah telah menulis sebuah rencana di dalam NST dengan terjemahannya dalam Berita Harian meminta semua pihak melupakan semua cerita lalu untuk memulakan hubungan baru dengan Anwar Ibrahim.

Ini diikuti dengan tindakan Khairy menghantar pasport antarabangsa kepada Anwar untuk berubat keluar negara yang dibiayai oleh proksinya Nazri Abdullah bekas Ketua Pengarang Berita Harian (sebenarnya Nazri adalah banker Anwar).

Nazri Abdullah sering bertemu dengan Kalimullah di London bagi merancang pemulihan politik dan imej Anwar. Kali juga berjaya mendapat kerjasama Datuk Wong Chun Wai Ketua Pengarang The Star yang sering memberikan interviu kepada Anwar dan memberikan banyak publisiti yang bertujuan mengingatkan orang ramai terhadap kehadiran Anwar dalam arena politik tanah air. Kalimullah sering menggunakan nama Abdullah Badawi dalam arahannya kepada Datuk Wong.

Dengan bantuan Kalimullah jugalah maka AirAsia mendapat ruang bergerak yang begitu luas sehingga tidak perlu membayar hutang kepada Malaysian Airport Berhad malah hampir berjaya memujuk Abdullah untuk pembangunan lapangan terbang tambang murah di kawasan Khairy Jelebu.

Oleh kerana baru-baru ini ada pihak yang mendedahkan hubungan politiknya dengan Anwar dan blogger Raja Petra, Kalimullah telah menampakkan ketakutannya dan membuat penafian bahawa beliau berada di belakang Raja itu dan juga Nazri Abdullah dalam usaha untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun Kalimullah terus baling batu sembunyi tangan. Malaysian Insider terus menjalankan kerja-kerja jahat untuk menjatuhkan imej UMNO yang dipimpin oleh Najib.Ada sahaja peluang yang akan menampakkan orang Melayu sebagai rasis, jahat dan ekstremis maka ia mempromosikannya.

Sekarang Malaysian Insider mendapat dorongan dan biayaan dari syarikat-syarikat Milik Kerajaan(GLC) dalam usahanya memburukkan UMNO. Syarikat-syarikat itu ialah CIMB, MAS, Celcom, Proton di samping Nokia, Maxis, DIGI, Nokia, Singapura Toursim Board, Tiger Airways dan AirAsia dan beberapa lagi . Mereka inilah yang memberikan wang iklan untuk membiayai portal berita Kalimullah ini.

Bagaimanapun syarikat -syarikat Milik kerajaan ini tidak pula membantu Utusan Malaysia dan juga Berita Harian yang berhempas pulas membantu kerajaan khususnya pimpinan Datuk Seri Najib.

Apakah untuk mencegah CIMB supaya tidak terlibat menyokong Malaysian Insider pun tidak boleh di lakukan oleh Najib? Apakah Najib tidak mempunyai kuasa untuk mencegah syarikat- syarikat GLC menjadi alat tanpa sedar kepada seorang yang mengkhianati kepentingan dan perjuangan UMNO ketika diberikan tanggungjawab penting di NST?.

Malaysia Aktif

No comments: