Thursday, May 2, 2013

Rebahnya Husam Di Celah Kangkang Kit Siang



Apabila timbul persoalan Hudud, barisan kepimpinan PAS tanpa segan silu melaungkan pembohongan bahawa kepimpinan DAP telah dapat dijinakkan dan para chauvinist DAP semakin cuba untuk memahami dan mendekati Islam.

Ianya tidak menghairankan, kerana pembohongan tersebut sentiasa berselindung di sebalik imej kopiah dan serban. Klip video di bawah adalah bukti penipuan dan pembohongan oleh lebai-lebai penganut Ajaran Bulan.


Pada hakikatnya, bermula daripada era Anwar ditendang keluar, yang ditafsirkan oleh DAP sebagai peluang menarik undi golongan Melayu bersimpati, dan seterusnya sehingga ke hari ini DAP tidak pernah berganjak daripada landasan total secularism.

Untuk lebih mengenali DAP dan betapa bencinya Kit Siang terhadap Melayu dan Islam, sama-sama kita imbas kembali penglibatan secara langsung Kit Siang dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969.


Kit Siang dan 13 Mei 1969

Kepada pentaksub PAS yang cuba menafi penglibatan Kit Siang dengan 13 May 1969, blogger SatD telahpun membuat huraian secara terperinci di sini.

Secara rumusan, berikut adalah rentetan peristiwa penglibatan Kit Siang dalam mencetus provokasi yang berakhir dengan perbalahan antara kaum pada 13 Mei 1969.


Pada 27 Julai 1968, pada perhimpunan awam DAP di Tanjong Malim, Perak, Kit Siang sengaja memutarbelitkan dasar kerajaan mengenai pendidikan dengan menghasut orang-orang Cina bahawa dasar ini direka untuk mencapai dan penghapusan akhirnya akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa Cina.

Pada tahun yang sama Kit Siang membangkitkan perasaan perkauman yang kuat dengan menghasut orang-orang Cina bahawa MCA tidak berusaha untuk pertahankan hak-hak Bahasa Cina dan Pendidikan, tetapi sebenarnya membantu kerajaan dalam membenteras Bahasa Cina.

Untuk selanjutnya sila baca di blog SatD.


Kekalahan Kit Siang PRU 1999

Sepandai-pandai babi mengacau, akhirnya termakan racun tembakau.


Kit Siang yang teguh pada pendirian bahawa selagi beliau memainkan politik perkauman dengan menakut-nakutkan bangsa Cina, beliau akan mendapat kemenangan percuma. Akan tetapi semasa PRU 1999, bangsa Cina pentaksub DAP mula sedar bahawa apa yang lebih penting ialah kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.


Gegaran reformasi menyebabkan tanah air berdepan dengan krisis politik, tambahan pula ekonomi negara diserang hebat oleh penyangak matawang. Ketika itu kaum Cina percaya bahawa mandat perlu diberi kepada BN yang mempunyai track record dalam menghadapi krisis untuk terus menerajui negara.

Akhir DAP dihukum teruk pada PRU 1999, dan segala heavyweight DAP seperti Karpal Singh, Chen Man Hin dan Kit Siang semuanya kecundang di kerusi parlimen.

Setelah Kit Siang merasai pahitnya kekalahan dengan tutupnya tirai PRU 1999, beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat Cina di Parlimen Bukit Bendera. Seperti biasa, permainan politik Kit Siang tidak boleh lari daripada unsur-unsur anti-Melayu dan anti-Islam, seperti apa yang beliau nyatakan di bawah:


Terjemahan:

“Dengan terpinggirnya DAP dalam Parlimen dan di dalam politik Malaysia, bolehkah Gerakan, MCA dan MIC menghalang UMNO daripada condong ke arah dasar Keislaman dan Kemelayuan untuk bersaing dengan PAS?”

Tanpa segan dan silu, dan didorong oleh dendam kekalahan, Kit Siang secara terang-terangan cuba menghasut masyarakat Cina supaya menjadi cemas kepada dasar Islam dan dasar Melayu yang akan diperjuangkan oleh BN dan PAS.

Dalam majlis yang sama di Bukit Bendera, Kit Siang mengapi-apikan lagi kebencian kepada dasar Islam dan dasar Melayu kepada masyarakat Cina dengan satu hujah yang cukup dangkal bagi mereka yang mempunyai kewarasan akal.


Terjemahan:

“Peminggiran DAP di Parlimen dan kebimbangan UMNO dalam tempoh lima tahun akan datang untuk bertindak balas kepada cabaran politik Islam PAS dan mempertahankan dasar Melayu juga tidak baik untuk pemulihan dan kemakmuran ekonomi Malaysia.”

Satu lagi hujah yang cukup terang mengandungi unsur-unsur Malay-phobia dan Islamophobia. Tambahan pula, dalam satu percubaan yang cukup terdesak, Kit Siang cuba menakut-nakutkan pengundi Cina Bukit Bendera bahawa penguasaan BN dan PAS dalam politik negara adalah satu ancaman ekonomi.

Dipendekkan cerita, Malaysia mampu bangkit semula daripada kejatuhan ekonomi 1998 dengan cara tersendiri tanpa bantuan pakej IMF. Terbukti kerisauan Kit Siang sememangnya tidak berasas, tetapi hanyalah wayang perkauman yang antik, satu kebiasaan kepada DAP dalam permainan politik.

Sentimen awam berkait kejayaan kerajaan BN menangani krisis ekonomi 1998 diterjemahkan dengan kemenangan besar BN semasa PRU 11 pada tahun 2004.


Hudud, Husam dan Kit Siang

Tempoh 9 tahun pada garis masa, iaitu 1999 dan 2008 ialah tempoh yang cukup panjang untuk DAP menilai kembali kerjasama dengan PAS, dan cuba memahami prinsip perjuangan PAS dengan berlandaskan Negara Islam dan Hudud sebagai pertaruhan.

"Husam tidak pernah kekal bertanding di tempat yang pernah dimenangi kerana ditolak oleh pengundi apabila mereka sedar Husam hanyalah kaki auta "
Sheih Kickdefella
Namun andaian tersebut hanyalah omongan kosong para penceramah PAS untuk menipu umat-umat Islam di kawasan pedalaman bahawa DAP telah mula memahami Islam. Pada hakikatnya, DAP berpegang teguh pada prinsip total secularism.

Satu insiden yang berlaku pada December 2008 dalam sebuah forum politik, apabila Husam diterjah oleh Khairy mengenai Hudud dalam Pakatan jika Anwar berjaya menguasai Parlimen pada 16 September 2008, Islam terus menjawab “KITA AKAN BUAT”.

Husam memberi jawapan yang spontan bukan atas dasar prinsip perjuangan, tetapi Husam takut berdepan dengan penonton yang majoritinya umat Islam. Tambahan pula forum itu diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Itulah sifat kemunafiqan Husam.

Kenyataan Husam dibantah keras oleh Kit Siang pada hari berikutnya dan bantahan tersebut dilaporkan dalam Malaysiakini.


Setelah ditegur oleh Kit Siang, Husam makin mempamirkan kemunafiqan apabila bersetuju bahawa Hudud bukannya polisi Pakatan. Husam yang memegang jawatan tinggi dalam PAS akhirnya akur dengan kehendak Kit Siang, bahawa peranan PAS dalam Pakatan hanyalah untuk memberi undi kepada PKR dan DAP, namun asas perjuangan PAS perlu ditolak ke tepi.


Itulah Husam Musa, manusia yang sanggup menggadai bukan sahaja maruah bangsa, tetapi agama dan juga prinsip parti supaya PAS boleh terus diperkuda oleh DAP.



Hayatilah pendedahan oleh Sheih Kickdefella, Husam ditelanjang tanpa seutas benang.