Thursday, April 28, 2011

KJ dendam Taib Mahmud tidak beri syer Aluminium Smelter


Budak bodoh pun tahu bahawa masa yang paling tidak sesuai untuk menuntut seseorang pemimpin turun adalah selepas parti baru menang pilihanraya dengan cemerlang. Mandat baru baru diperolehi dan target minima dua pertiga majoriti telah dicapai semasa pilihanraya Sarawak baru-baru ini.

Entah apa ke biol si Khairy, dia suruh Taib turun sehari selepas Taib berjaya memimpin Barisan Nasional Sarawak untuk memenangi PRN ke 13. Khairy ingat dia boleh samakan bapa mertua bodohnya yang jadi penyebab 4 negeri jatuh ke pembangkanh dan BN hilang dua pertiga majoriti.

Perbuatan Khairy nampak sangat macam dia ini adalah keldai kaum Cina kerana sebahagian besar kaum Cina bandar di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu menuntut Taib turun dengan cara mengundi DAP. SUPP yang kalah teruk tidak bising tapi Khairy dan MCA dari Semenanjung pula yang memandai-mandai.