Tuesday, September 29, 2009

Bukit Gantang : Aww..Guys...Anak Omak Jadi Menteri Tau

Ye..ye omak kite jadi menteri..
Ye..ye omak kite jadi menteri..

Tak caye..tengok ni..

Ruang peluang itu dengar-dengar ada. Ura-ura mengatakan kabinet akan dirombakkan tidak lama lagi seperti yang dijanjikan Najib untuk mengkaji kedudukkan Menteri melalui prestasi KPI. Khabarnya KPI Shahrizat rendah dan beliau mungkin akan digugurkan.

Inilah peluang untuk Khairy. Tak kiralah jadi Menteri Hal Ehwal Wanita, Kelurga dan Masyarakat, asalkan dapat jadi Menteri. Lagi pun jawatan ini sesuai untuk Ketua Pergerakan 'Pemudi' UMNO!.


Tula da cakap tadi tak caye..

Kite jadi menteri omak
..ye..ye..
Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun ok ape..

kite kan da macam wanita da..

tak caye klik ni,ni dan ni.

Tula da cakap tadi tak caye..

Lagipun kite da jadi Ketua Pergerakan 'Pemudi' UMNO!

ye ye besnye..nak gi design baju macam kak syarizatla..vogue gitu aww..

Ye..ye omak kite jadi menteri..
Ye..ye omak kite jadi menteri..

Jangan tak caye awww.. nyot..nyot mak nak cucu..


hehehe...besnye..besnye

Monday, September 28, 2009

Bukit Gantang! Anak Omak akan jadi Menteri?

Khairy akan masuk PAS, jila tidak dapat jadi Menteri?

Tatkala Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mat Hasan mula muncul dalam Majlis bersama Tun Dr Mahathir, orang tertanya-tanya apa nak jadi sekarang?

Bukankah Mat Hasan yang menghina Mukhriz di rumah rasmi Menteri Besar secara terbuka kerana mahu bertanding untuk hanya exco Pemuda pada tahun 2004? Dia menasihati Mukhriz supaya jangan nak cepat-cepat sangat.

Peliknya Mat Hasan yang pakar mengampu dan munafik tersohor sokong Khairy anak Omak yang belum pun mencecah umur 30 tapi terburu-buru mahu semua orang yang lebih senior buka jalan untuknya sebagai Naik Ketua Pemuda dan ada rancangan untuk Ketua Pemuda?

Anak Omak yang berjaya capai cita-cita nampaknya habuk pun tak ada sebagai Ketua Pemuda. Mana dia puji-pujian dari cybertropper Setiakawan yang meletakkan Khairy di tahap demi-god? Sana sini orang dalam UMNO kata Pemuda UMNO sudah tidak boleh diharap. Baik Wanita dan Puteri lagi. Macam-macam dikatakan mengenai Pergerakan Pemuda UMNO yang sudah lemah.

Kenyataan Khairy tanpa maklumat dari dalam mula menunjukkan kepintaran sebenar Khairy yang hanya terbatas. Dia sering menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat ramai dalam UMNO dan lebih condong kepada pemikiran pembangkang.

Macam mana jadi begini? Kenapa Khairy begitu jauh dari pemikiran ramai?

Antara sebabnya adalah politik Khairy yang seperti budak-budak berebut permainan dan tak henti takut orang lain cuit permainannya. Ini membuat Khairy kehilangan sokongan dan timbal balas dari bawah. Khairy menghabiskan masa politicking dari working.

Masa bawah Hishamuddin, dia diberi peluang berperanan. Kini dia dalam ketakutan pada Naibnya Dato Razali Ibrahim. Razali tidak dibenarkan bertemu pemuda di akar umbi. Semua jawatan dia atur orangnya saja. Ini kepimpinan seorang yang dalam paranoia.

Satu lagi seperti yang orang asyik perkatakan ialah Khairy hanya pandai buku teks. Dia tidak ada ide nak lakukan apa-apa aktiviti. Tanpa sokongan media seperti dulu, aktiviti Khairy tidak dapat perhatian media.

Dengan Mat Hasan cuba bercemolot dengan Mahathir, Khairy mula rasa bertambah keseorangan. Pejabat peribadinya yang dahulu begitu ramai staf pun dah tinggal tak sampai lapan. Yang pasti di simpan adalah akuantan Benggali perempuan pasal dia lawa.

Walaupun dia dapat mengukuhkan diri dalam Pemuda, itu hanya sementara. Dia kini dipencilkan pucuk kepimpinan parti.

Semalam Khairy muncul di rumah terbuka Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Md Isa. Khairy kelihatan kurus betul. Tidak tahulah kalau dia sudah puasa enam. Tidak hairan Khairy tengah susah hati dengan kedudukkannya yang dipencilkan.

Tidak tercapai cita-cita mahu jadi Menteri segera. Macam mana mahu dapat jadi PM sebelum 40, jika pada umur 32 dia masih belum dapat jadi Timbalan pun. Omak sudah tidak boleh tolong talipon serta jerit pada orang-orang yang menentang dan menahan Khairy lagi. Ada kena jerit balik.

Zahid Hamidi yang menjanjikan akan lobi Khairy naik Menteri sedang bermasaalah. November 10hb lepas kes Anwar mula, kes saman sivil terhadapnya bermula.

Terdedah kini cerita Zahid bersekongkol dengan Anwar dan PKR di PRU12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Orang dalam PKR kata Zahid membina jambatan dengan PKR untuk lari ke sana jika UMNO kalah pada PRU13. Dia pun sudah sah merupakan salah seorang yang mahu lompat pada Sepetember 16 tahun lepas.

Peluang itu ada jika Khairy berupaya tunjukkan kebolehan memperkuatkan Pemuda UMNO. Sudah enam bulan, kepimpinan Khairy pun sudah dipersoalkan. Pemuda nampaknya bertambah lemah dan dipanggil bacul. Hanya dipenuhi dengan kaki ampu yang bermimpi Khairy akan dapat naik.

Khairy hanya boleh berharap untuk kekal dengan pihak MT tukar umur untuk Ketua Pemuda dihadkan pada 45. Dia pastikan akan kekang orang lain dari cuba masuk jadi ketua Pemuda. Itu pun tidak mudah dengan mereka yang layak mengundi diperbesarkan jumlah.

Khairy perlu jadi Menteri untuk menahan dari keadaan dan persepsi sekarang dari berterusan. Pemuda tidak akan lihat apa-apa kelebihan pada Khairy yang tiada jawatan dalam kerajaan. Itu yang dia perlu sekat Razali dari jumpa akar umbi. Sana sini feedback akarumbi lebih menyukai Razali. Khairy dilihat gagal menyatukan Pemuda.

Ruang peluang itu dengar-dengar ada. Ura-ura mengatakan kabinet akan dirombakkan tidak lama lagi seperti yang dijanjikan Najib untuk mengkaji kedudukkan Menteri melalui prestasi KPI. Khabarnya KPI Shahrizat rendah dan beliau mungkin akan digugurkan.

Inilah peluang untuk Khairy. Tak kiralah jadi Menteri Hal Ehwal Wanita, Kelurga dan Masyarakat, asalkan dapat jadi Menteri. Lagi pun jawatan ini sesuai untuk Ketua Pergerakan 'Pemudi' UMNO!

Hanya menanti tangis kegembiraan Datin Rahimah Omakku Sayang.

Friday, September 25, 2009

BUKIT GANTANG! Anak Omak usah terlalu ghairah untuk Bagan Pinang

Jangan diulang aksi begini di Bagan Pinang

Bagan Pinang berada di negeri angkat Anak Omak. Ikut adat Pepatih, Khairy tidak layak tanding di Rembau. Omaknya, Datin Rahimah orang Kedah. Patut tanding di Sg Petani.

Khairy pun bukan membesar di Malaysia. Dia lahir di Kuwait dan banyak membesar di luar negara. Negara yang dia lebih selesa adalah England. Mana tidak, asyik diulang-ulang nama Universiti Oxford. Seolah-olah dia seorang yang belajar situ.

Sepanjang PRK-PRK, Khairy ada diminta supaya tidak menghadirkan diri untuk berkempen. Ada tempat telah beri amaran supaya Khairy tidak perlu datang berkempen. Kalau datang, pengundi sudah beri amaran akan undi pada Pakatan Rakyat.

Sebabbya, Khairy ada lakukan beberapa kesalahan yang menyebabkan kekalahan BN. Pemilihan sahabat dan kroni politik Khairy, Dato Wan Farid oleh Pak Lah menjadi penyebab utama BN terlepas kerusi yang dipegangnya di Kuala Terengganu. Rata-rata orang Kuala Terengganu kalau tidak seluruh terengganu menyampah dengan Wan Farid dan abangnya Wan Hisham.

Keadaan menjadi buruk apabila Khairy buat konsert pada malam terakhir kempen. Orang PAS berkempen, Pemuda UMNO dah bersukaria. Konsert satu cara baru yang tidak sesuai untuk kawasan itu langsung.

Tidak ada sebab Khairy tidak memainkan peranan di Bagan Pinang. Sebagai negeri kepada Ketua Pemuda Malaysia, Khairy perlu berperanan. Malulah nak biarkan kepada Dato Razali Ibrahim. Dia pun tersilap berikan pada Razali. Kini orang sudah anggap Razali sebagai merangkap Ketua Pemuda.

Cuma persoalannya adalah peranan apakah Khairy di pilihanraya Bagan Pinang nanti?

Kalau Isa Samad yang bertanding, Khairy tidak ada peranan utama dalam kempen. Orang situ tahu percaya Isa sudah diatur dikenakan kesalahan politik wang oleh kuasa-kuasa ghaib pada tahun 2005. Satu konspirasi yang melibatkan Pak Lah dan orang dalaman termasuk Khairy, Nori dan pelbagai lagi terlibat.

Isa akan bertanding atas kekuatan personaliti Isa di situ dan bukan sangat kekuatan BN atau UMNO. Khairy akan hanya terhegeh-hegeh senyum dan salam sana sini. Jauh sekali, Khairy yang kini diikat tangan dan tidak ada peranan langsung.

Dia sedar perkara ini. Itu yang Khairy berhati-hati tidak ada sebut apa-apa untuk memihak kepada sesiapa calun untuk Bagan Pinang. Dia takut disalah anggap bermain politik dan akan menambahkan lagi musuh. Khairy hanya kata pilihlah yang terbaik. Kemudian dia ada kata segerakan keputusan calun supaya jentera kempen boleh bermula.

Kalau Isa dipilih, ada menganggap kerjaya politik Mat Hasan yang rapat dengan Khairy akan berakhir. Hanya Isa saja yang berpengaruh dan dihormati untuk merapatkan dan mengembali kekuatan BN Negeri Sembilan.

Mat Hasan gagal sebagai MB dan tidak hairan, BN boleh kecundang di Negeri Sembilan, jika dia terus kekal. Orang UMNO sendiri akan undi pembangkang.

Kalau bukan Isa, Khairy ada peranan lebih besar di Bagan Pinang. Di situ dia boleh mendapat lebih banyak publisiti. Kemenangan BN sungguh bermakna di situ. Ini peluang mendapat perhatian media.

Bagai diharapkan, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh menyuarakan secara terbuka agar tidak pilih Isa sebagai calun. Pandangan mereka ini pasti akan diambilkira. Mat Hasan begitu suka sampai jemput Tun ke rumah terbuka Hari Raya di Rantau.

Dalam Khairy berkhayal-khayal untuk menjulang trofi pada malam Oktober 11, terfikirkah dia samada UMNO boleh menang dengan calun yang lain dari Isa? Sediakah Bahagian Telok Kemang beri kerjasama dan sokongan setelah mereka sekata sepakat mahukan Isa?

Kemana undi pengundi UMNO, parti komponen BN, Pakatan Rakyat, askar, kaum Cina, kaum India, dan atas pagar akan pergi? Jadi, jangan raikan dahulu. Kerja dahulu Anak Omak. PRK ini tidak semudah yang dijangka.

Thursday, September 17, 2009

Bukit Gantang: Anak Omak atur Dr Mahathir dihina di Perhimpunan MIC

Kalau tak buek kojo-kojo busuk, bukan namonya Khairy

Siapa yang terserempak dengan Anak Omak akhir-akhir ini, tak cayo lihat dio begitu rendah diri dia sekarang.

Khairy sudah boleh dilihat minum-minum di kedai mamak biasa saja. Bukan lagi pub dan nite club seperti Heritage Club. Murah skit bang, katanya.

Orang yang memusuhinya pun dia sedia jumpa untuk mendengar dan menerangkan cerita sebelah dia. Kononnya dia tidaklah seperti yang digambarkan seperti dalam blog-blog dan buku-buku politik. Semua yang dikatakan mengenainya adalah lebih mitos dan fitnah.

Dia tidaklah sombong dan angkuh seperti digambarkan. Khairy bukanlah seperti dongeng dalam Khairy Chronicles yang begitu itu semua hanya dongeng belaka.

Ini semua taktik Khairy mahu mengubah imejnya. Dalam dia berusaha membetulkan pandangan orang mengenainya, Khairy tidak boleh kelentong orang lama-lama. Khairy tahu rangkaian maklumat dia orang begitu ekstensif. Baik diusah cuba bohong.

"Ada bang, tapi taklah sebanyak yang orang kata. Yang dok kumpul projek, si Kamal. Saya cuma menantu. Kalau saya tak ambil peluang sekarang, bila Pak Lah tak ada, saya susah nanti."

Cair orang yang mendengar. Percaya belum lagi.

Buat masa ini Khairy berdiam saja. Anak manjo merajuk tak dapek jadi Montori. Seluruh jentera Pemuda UMNO pun turut di slowkan. Sepanjang berapa Pilihanraya Kecil, boleh diharap bergerak cuma sayap Wanita dan Puteri. Orang tidak lagi panggil Pemuda tapi Pemudi. Inilah cara Khairy nak balas pada UMNO. Dia tahu Presiden UMNO pencilkannya. Khairy pun biarkan seluruh jentera Pergerakan Pemuda ikut sama terpencil dan berdiam.

Selalunya orang diam ini paling bahaya. Orang ingat Khairy adalah orang lain sekarang. Masa Khairy berdiam sekaranglah, dia paling bahaya. Dia buat kerja dalam diam-diam.

Kalung Selipar

Reaksi Samy Velu kepada teguran Dr Mahathir sebenarnya sudah melampau. Selalu orang lain tidak masuk campur pertukaran lidah antara pemimpin-pemimpin lama. Budak-budak baik duduk tepi diam-diam. Rupanya sudah melalut hingga ada perwakilan bangun untuk memberi Dr Mahathir kalung selipar.

Perwakilan yang mula bercakap membodek Samy mulanya adalah Dato Muniandy yang duduk di Bukit Antarabangsa Ampang. Dia tidak sebut bahasa kasar terhadap Dr Mahathir. Yang sebut adalah orang Kuantan, M Sukumaran yang merupakan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Payang Besar.

Mula-mula orang ingat mereka orang-orang Samy Velu. Paham-paham sajalah MIC yang didominasi oleh Samy Velu. Rupa-rupanya tidak.

Syak kami bermula apabila Khairy turut ikut Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato Razali Ibrahim untuk membidas Samy Velu dan MIC. Ini yang un-sangka-able bagi Khairy membela Dr Mahathir.

Siapa nak percaya budak hingus yang dulu masa belajar di London suruh Dr Mahathir berundur. Dunia mesti nak kiamat kalau si Khairy yang pertahan Dr Mahathir. Tikam belakang dan mengatur untuk hina Dr Mahathir boleh percaya, tapi pertahankan Dr Mahathir, dah satu ajaib ni.

Ado bondo tak kono eh tapi tak tau mano.

Sukumaran telah didisiplinkan segera oleh Samy Velu dan dia pun turut meminta maaf. Tanpa disangka, Ketua Pemuda MIC, T Mohan tiba-tiba membuat kenyataan hari ini menuntut UMNO mendisiplinkan Dr Mahathir.

Pocah rahsio!

Siapa yang tidak tahu persahabatan baik antara Khairy dengan T Mohan? Pemberi maklumat kami dalam MIC beritahu Khairy yang mengatur dan memberi arahan kepada T Mohan sebelum Perhimpunan MIC. Inilah peluang untuknya malukan Dr Mahathir.

Sambil itu, ianya bertujuan untuk menambahkan ketegangan antara kaum India dan Melayu untuk memastikan Isa Samad tidak menang di Bagan Pinang. Kalau MIC berkelahi dengan UMNO, tak mahu dek eh koling estet di sano nak ngundi UMNO. Orang utama yang mengonokan Isa Samad masa pilihan tahun 2004 adalah Pak Lah dan Khairy.

Tuesday, September 15, 2009

Bukit Gantang: Omak! Kenapo orang tak mahu jumpo Keri.


Ahad lopeh, anak Omak pooi ke Sabah. Lamo tak ke sanun. Cadang nak adokan buko puaso nak jumpo Pemuda-Pemuda UMNO Sabah.

Tahun-tahun sebelum pemilihan dan semasa kempen untuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy memang selalu ke Sabah. Dah jadi macam negeri kedua, selain negeri angkatnya Negeri Sembilan. Negeri sebenar Khairy adalah England.

Sabah adalah negeri yang paling banyak perwakilan Pemuda. Perlu nak dijaga dan disemai.

Khairy ini memang jauh pandangan ke hadapan dalam politik dan permainan kuasa. Bab kojo buat setakat nam bulan ini ha, cakap tak serupo bikin. Cuma hebat berceramah dan berdebat. Semua cakap saja.

Pada pemilihan akan datang, game dah berubah. Nak main jaga orang bukan sikit lagi tapi pulohan dan mungkin ratusan ribu. Taktiknya adalah untuk menawan hati besar-besaran. Kepala dijaga juga tapi lebih penting, perlu mendapat keyakinan dan kepercayaan ramai.

Anak Omak cadang nak lawati Kota Belud dan adakan buko puasa. Dia jumpa dulu kepala-kepala Pemuda Bahagian Kota Belud. Budak-budak ini bertanya tujuan Khairy nak adakan Majlis Berbuka Puasa di Kota Belud.

Khairy beritahulah nak bertemu mesra dengan Pemuda-Pemuda sana dan mendengar masaalah mereka. Sebenarnya dia cadangkan nak menghitamkan kembali Kota Belud. Kena faham bila istilah menghitamkan adalah khusus untuk Khairy yang bermaksud ditukar jadi base yang menyokongannya.

Selama ini Khairy ingat Kota Belud adalah kubu kuatnya. Rupa-rupanya dia tidak dapat pencalunan masa pemilihan. Kota Belud dijaga oleh ajennya di Sabah, Abdul Rahman Dahalan. Rahman adalah wakil rakyat situ, dan semasa itu Setiausaha Agong dan Ketua Pemuda Sabah. Baru Khairy sedar, orang tak suka Rahman. Dia sendiri kecundang dalam pemilihan peringkat Bahagian. Nyawa Rahman sebagai ahli Parlimen kini sudah di hujung tanduk.

Budak-budak Kota Belud menjawab dengan baik, masaalah Kota Belud biar kami selesaikan sendiri. Dalam ertikata lain, Khairy akan merosakkan lagi keadaan dengan cuba nak masuk campur. Juga boleh dimaksudkan kami tak mahu kamu datang jumpa ahli-ahli Pemuda.

Mereka cadangkan lebih baik Khairy melawat pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Diberi contact mereka di situ dan Khairy hubungi VC Univerisiti.

Ahad itu diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar-pelajar situ. Trick nak kumpul student senang saja. Adakan jamuan makan, penuhlah. Makanan yang dihidangkan untuk pelajar pun lazat-lazat. Maklumlah pengangur terkaya di Malaysia.

Sodihnyo Mak Ai. Dalam satu kampus yang penduduk pelajarnya berjumlah 5,000 orang. Yang datang hanya 30 orang. Tiga puloh ... three ... zero ... saja yang datang. Kalau tak suka pun Majlis, selalunya student datang makan dan belah. Jolokkan makanan percuma dari Ketua Pemuda tidak dapat menjadi tarikan. Tidak mahu langsung budak-budak. Apo yang tak borsih sampai tak mau dek eh.

Peristiwa ini hanya satu dari banyak lagi peristiwa yang menunjukkan kebencian orang muda kepada Khairy. Pergi kedai kopi dan cuba-cuba tanya persepsi orang-orang muda sekarang mengenai Pemuda UMNO. Tanya apa sebab mereka tak minat dengan UMNO. Jawapan yang paling kerap didengar adalah Khairy dan disebut sekali Khairy rasuah.

Bagaimana Khairy hendak merealisasikan saranan Perdana Menteri agar tidak hanya popular kepada ahli tetapi kepada semua rakyat? Khairy hanya popular kepada 304 orang perwakilan saja. Ahli-ahli Pemuda UMNO pun dia tidak dapat diyakini. Inikan pula orang ramai.

Imej kamu tidak akan pulih dengan sekejap masa. Pencetus yang menjadi impetus yang meruntuhkan UMNO tidak boleh diharap untuk memulihkan kembali. Undur dan hilangkan diri Khairy. Kamu liabiliti buat UMNO. Selagi kamu ada UMNO akan terus dibenci orang ramai.

Sunday, September 13, 2009

Bukit Gantang : Hikayat Anak Omak KJ 1

Wartawan politik Yahaya Ismail pernah menulis sebuah buku yang terbaru berjudul 'Khairy Jamaluddin – Bakal PM?' Buku itu mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan masa depan Khairy, tetapi judulnya ternyata satu kesilapan juga. Khairy Jamaludin bukannya seorang bakal Perdana Menteri. Sebenarnya dia sudah menjadi seorang Perdana Menteri bersifat de facto (sebenar).

Secara hakikatnya Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, apabila naik memegang mercu kepimpinan negara pada November 2003. Namun, sebelum memulakan tugas baru itu, Abdullah Badawi bukannya bersendirian – kerana segala bentuk pemikiran, tindakan dan baik budinya banyak dipengaruhi, kalau bukan pun diarah oleh anak menantunya yang baru berusia 28 tahun yang bernama Khairy Jamaluddin, dan beberapa orang kawan-kawannya. Ada sesetengah pihak yang menyebut akronim Tiga ‘K’ sebagai kuasa di sebalik Paklah – Khairy, Kalimullah (Ketua Pengarang kumpulan The New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri). Memang tidak syak lagi K yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau yang melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak perempuan ‘K’ yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau.

Ramai yang berkata bahawa keadaan sedemikian bukannya perkara luar biasa. Satu ketika dahulu Presiden Nixon memiliki pembantunya bernama Kissinger dan Maharaja (Tsar) Russia memiliki Rasputin. Terdapat beberapa persamaan antara tokoh-tokoh ini dengan Khairy. Yang pertama, nampak sangat semuanya berlagak laksana dalang mainan patung, main tarik-tali akan benang-benang yang mengikat watak-watak kayu patung mereka yang merupakan pemimpin negara. Mereka semuanya muncul daripada latar belakang yang tidak menentu dan menjelma secara mendadak dan naik mencanak. Malahan mereka semuanya mempunyai kelemahan tidak sedar diri kerana taksub dengan kebanggaan yang mereka terlalu perkasa, tahu akan segala-galanya dan seolah-olah bersifat halimunan, kononnya. Akhirnya mereka semua menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa. Apakah perkara semacam ini akan berlaku kepada Khairy juga?

Memang semakin jelas wujudnya rasa tidak puas hati. Orang yang mungkin paling tidak seronok dengan Khairy ialah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Walaupun pada mulanya Mahathir memang ghairah menerima kehadiran Khairy dan kawan-kawannya, sehingga sanggup melantik kawan baik Khairy daripada Oxford, Dr. Vincent Lim Kian Teck sebagai Setiausaha Politik Cina yang kedua, lambat laun Mahathir mendapati bahawa kewujudan Khairy sudah semakin membayangi Abdullah Ahmad Badawi. Nasi sudah menjadi bubur ketika Mahathir sedar akan fenomena itu. Mahathir sudah pun mengumumkan persaraannya dan Abdullah sudah dianggap pewaris yang menggantikan tempatnya. Apa juga bahana yang telah dilakukan oleh Mahathir, dia sedar bahawa dia tidak lagi mampu merobah pemikirannya terhadap si pewaris yang menggantikan tempatnya itu selepas kehampaan beliau dalam menyingkirkan Anwar Ibrahim.

Khairy terus dikekalkan di jabatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun Mahathir sudah tidak berapa selesa dengan kehadirannya. Pernah berlaku satu peristiwa dalam majlis anjuran Pemuda UMNO bila mana Mahathir menjadi merah-muka semasa Khairy Jamaluddin bertanya apakah beliau serius mahu meletakkan jawatannya. Mahathir menganggap tindakan dan cadangan Khairy sebagai tidak kena pada tempatnya semasa beliau meminta Mahathir menghantar Abdullah keluar negara untuk berjumpa Presiden Amerika Syarikat. Mahathir menganggap idea itu sebagai kurang matang dan tidak perlu. Mahathir juga naik angin apabila Mathias Chang (Setiausaha Politik bahagian Cina - penterjemah) melaporkan perihal kata-kata Khairy di depan pelajar Malaysia yang berkumpul secara tidak formal di London. Mathias mengadu betapa Khairy ada menyebut bahawa Mahathir dan Daim sepatutnya disumbat dalam penjara sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa.

Akan tetapi, TKT Mahathir adalah serupa dengan semua musuh Khairy. Beliau telah tersilap tafsir ‘budak mentah' itu. TKT Mahathir beranggapan bahawa sebagai pemimpin unggulan negara selama 22 tahun, dan merupakan orang yang paling perkasa di negara itu, dia mudah menolak ke tepi Khairy bila-bila masa dia suka walaupun ketika dia tidak berkuasa lagi. Mahathir sudah menjadi terlalu yakin bahawa kuasa kuku besi yang mencengkam UMNO selama ini dapat digunakan sekali lagi dari sebalik tabir untuk melentukkan Khairy mengikut kehendak nafsu-nafsinya. Tetapi, tidak semudah itu, rupanya. Anak lelaki beliau sendiri, Mukhriz telah menanggung malu apabila beliau cuba mencabar Khairy bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Di sebalik sokongan wang Mahathir yang banyak, serta beberapa majlis kumpulan yang melibatkan ANSARA (persatuan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang diketuai dan dibiayai oleh Mukhriz). Mukhriz dapati betapa anak menantu Perdana Menteri yang baru ternyata lebih berpengaruh berbanding anak seorang bekas Perdana Menteri. Mukhriz telah diaibkan di kawasan Parlimen bapanya sendiri apabila tewas jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dapat hanya segelintir sokongan dalam usaha merangkul jawatan di peringkat pusat.

Pada November 2003, ketika Mahathir turun takhta barulah beliau sedar betapa jawatan orang yang paling berpengaruh dan perkasa di negara ini yang dimilikinya selama itu dapat diwarisi dan diambil-alih oleh seorang anak muda yang baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang terdekat, Khairy ternyata merupakan orang yang paling perkasa di negara ini. Malahan lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy.

Beginilah caranya beliau mempengaruhi keadaan yang turut menghenyak kita semua.

Pertama, Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah Badawi. Setiap surat, faks, dokumen, rayuan, komunikasi, surat-menyurat ataupun apa juga bentuk hidangan yang sampai ke meja Abdullah, mestilah ditapis terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk Wan Farid dan Zaki Zahid. Wan Farid dan Zaki Zahid adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan yang mereka terima perlu dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua salinan ini dianggap perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya bertugas di pejabat Paklah. Namun demikian beliau masih menjadi tukang jaga pintu dan perlu sentiasa diberitahu apa juga yang keluar masuk pejabat itu.

Wan Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Paklah. Walaupun wujud jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato Thajuddeen Abd Wahab (sahabat lama Paklah dan pegawai kerajaan), segala pemilihan yang dibuat oleh pejabat Dato Thajuddeen perlu disalinkan kepada Khairy untuk mendapat persetujuannya. Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun Dato Thajudeen terasa ralat dengan aturcara kerja yang sungguh pelik begini, disebabkan persahabatan beliau yang begitu lama dan akrab dengan Paklah, Thajudeen sudah tidak punya kuasa dan ambil kisah sangat untuk menafikan karenah anak menantu ketuanya.

Bukannya mudah dan murah untuk mendapat peluang bertemu dengan Paklah. Tukang jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Inilah yang membuatkan UMNO begitu kelam-kabut mencongak harga tol yang dikenakan. Ada pihak menyebut harganya sehingga mencecah RM50,000 yang diminta oleh orang-orang Paklah hanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Cukai pintu semacam ini memang sudah lama wujud sepanjang pemerintahan lima orang Perdana Menteri di Malaysia, tetapi harga dan kaedahnya tidaklah begitu tinggi seperti sekarang ini. Soalnya sekarang, bayaran RM50,000 bukan lagi mencukupi untuk mendapatkan peluang memenuhi temu janji. Masih ada syarat lain yang melibatkan syarikat milik Khairy seandainya projek yang mahu dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa fenomena begini muncul di sebalik imej Paklah sebagai Mr. Clean? Tetapi imej itu hanya satu persepsi semata-mata. Kalau dibanding dengan Menteri-menteri yang lain, Abdullah bolehlah dianggap sebagai bersih, tetapi ini bukanlah kerana memang itu sifatnya. Abdullah telah diberi tugas mengendalikan kementerian yang tidak banyak ‘habuan’ untuk mengutip ‘ufti’ seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Negara. Lagi pun beliau tidak menduduki kerusi kerajaan untuk satu tempoh yang lama. Kedudukan politik beliau sebagai penyokong Tengku Razaleigh-Musa Hitam memang sentiasa mengancam dan Abdullah Badawi sememangnya terlalu pengecut untuk menogok minuman yang dicampuri racun berbisa rasuah itu.

Keadaan sudah berubah sekarang ini. Abdullah Badawi memang ternyata lemah selaku seorang Perdana Menteri yang perkasa dan terpaksa menyandarkan harapan ke atas Khairy untuk memperkasakan kedudukannya. Khairy Jamaluddin pula sedar betapa masanya akan sampai apabila Paklah akan dicabar oleh Najib ataupun sesiapa sahaja yang disokong oleh TKT Mahathir. Kerana itu dia mesti membalun harta karun selagi ada masa keemasannya.

Kaedah kedua bagaimana Abdullah dikuasai oleh Khairy ialah melalui pelantikan jawatan penting daripada calon-calon pilihan Khairy, baik di pejabat Perdana Menteri mahupun di beberapa kementerian utama yang lain-lain. Tidak kurang daripada sepuluh sahabat Khairy yang sama menuntut dengan beliau dahulu dan berusia dalam lingkungan dua puluhan ataupun awal tiga puluhan, kini memegang jawatan penting seperti Ketua Eksekutif di beberapa kementerian (kita akan ceritakan perkara ini dalam laporan lain). Abdullah Badawi tidak boleh bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak berfungsi. Dengan lain perkataan beliau ternyata terlalu bergantung kepada mereka semua untuk bertindak.

Sebagai contohnya, eloklah kita ambil kisah pemergian Abdullah ke Venezuela untuk satu misi perdagangan. Orang yang menyediakan jadual lawatan (itinerary) ialah orang pilihan Khairy (sama-sama belajar dengannya di UK dahulu). Beliau menyerahkan cadangannya kepada Pengarah Pelaburan Khazanah (orang pilihan Khairy juga) untuk dibincangkan. Jadual itu dibincangkan dengan orang-orang Ethos Consulting (syarikat milik Khairy). Barulah kertas itu diluluskan oleh satu mesyuarat yang melibatkan pegawai Kementerian Luar Negara. Selalunya mesyuarat itu dihadiri juga oleh Khairy walaupun dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebaik sahaja Abdullah pulang daripada Venezuela, butiran perbincangan beliau dengan Presiden Hugo Chaves dibincangkan dengan pejabat peribadi Perdana Menteri (yang diketuai dan dianggotai oleh orang pilihan Khairy). Segala keputusan akan dibuat oleh Abdullah selepas berbincang secara intim dengan anak menantunya di rumah kediaman mereka. Apakah yang hendak dihairankan kalau Khairy memang dapat menguasai pergerakan Abdullah – dan inilah caranya yang sebenar bagaimana lawatan Abdullah Badawi ke Venezuela dijalin dan mencetuskan kesannya.

Yang ketiga, Khairy Jamaludin mempengaruhi Abdullah Badawi dengan cara menekankan peranannya secara tidak rasmi sebagai penasihat Perdana Menteri yang paling akrab. Pernah berlaku satu peristiwa yang menjelaskan fenomena ini. Ia terjadi apabila Menteri Luar, Syed Hamid Albar meminta diadakan satu mesyuarat tertutup yang dianggap khusus untuk orang atasan sebagai majlis memberi penerangan kepada Perdana Menteri. Yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-timbalannya – dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu tidak memegang sebarang jawatan dalam Jabatan Perdana Menteri ataupun apa juga bentuk jawatan kerajaan. Syed Hamid mahu pertemuan itu tidak dihadiri oleh Khairy. Abdullah menjadi gelabah kerana memikirkan kalau Khairy tidak hadir beliau mungkin ketandusan nasihat. Jadi, Khairy pun tumpang sekaki. Keadaan begini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Khairy,
tetapi inilah bukti betapa lemahnya Abdullah dalam menjalankan tugasnya.

Di sinilah letaknya bahaya si Khairy Jamaluddin. Dia bukannya seorang pegawai kerajaan yang dilantik. Namun, pengaruhnya lebih mengatasi pengaruh keseluruhan kabinet, termasuk juga pengaruh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Selagi Abdullah mencengkam kuasa dan Khairy masih beristerikan anak perempuannya (Nori), Khairy Jamaluddin akan terus menjadi pemerintah nombor satu negara ini. Sama ada disedari ataupun tidak, di Malaysia ini, demokrasi sudah mengecut beberapa takuk sejak munculnya Khairy Jamaluddin sehinggakan tidak lagi wujud sistem periksa dan imbang di kalangan kerajaan.

Sudah tentu rakyat Malaysia semakin sedar akan kewujudan pengaruh Khairy Jamaluddin kerana cara hidup mereka banyak bergantung kepada insan ini. ‘Malaysia Today’ akan menerbitkan kemunculan Khairy dan bagaimana dia mempengaruhi UMNO dan kerajaan, sambil menyebut nama sekutu dan musuhnya dan bagaimana beliau berinteraksi dengan mereka. Yang lebih penting, Malaysia Today akan cuba mendedahkan misteri yang menyelimuti Khairy dan bagaimana dia gunakan pengaruhnya untuk menjangkau kuasa yang luas.

Friday, September 11, 2009

Bukit Gantang : KJ Separuh UMNO, Separuh PKR?

Kemenangan Khairy Anak Omak dalam pertandingan untuk Ketua Pemuda tidak menguatkan UMNO. Dia tidak ada langsung berusaha untuk menyatupadukan Pergerakan Pemuda UMNO, seperti yang dijanjikan. Anak Omak hanya menguatkan dirinya untuk menjadi kuasa mutlak dalam Pemuda.

Cara Khairy mengkonsolidasi kuasa sedemikian rupa menimbulkan persoalan kepada ramai. Apa sebenarnya motifnya untuk menguatkan diri tatakala Pemuda UMNO perlu disatupadukan kembali melalui cara kerjasama?

Jawapan ini boleh diperolehi dari pandangan ramai yang rata-rata yakin Khairy mempunyai sebelah kaki dalam PKR dan sebelah kaki dalam UMNO. Peranan Khairy dalam UMNO dipercayai hanya untuk merosakkan dari dalam. Ini tidak langsung menghairankan kerana Khairy ramai rakan-rakan sebaya dalam PKR. Dia juga yang menghantar paspot Anwar Ibrahim untuk dia menjalani pembedahan di Munich.

Sebahagian besar peranan Khairy merosakkan UMNO telah dimainkan semasa pentadbniran Abdullah Badawi. Anak Omak berleluasa melakukan kucar kacir dalam pentadbiran kerajaan dan parti. Dia berjaya sekali membangkitkan kebencian orang ramai terhadap kepimpinan UMNO. Tanpa Bapa Mertua sebagai Perdana Menteri, misi Khairy telah berubah tetapi apa pula modus operandi kini?

Satu peristiwa pada hujung minggu baru-baru ini semasa kegiatan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang Johor memberi sedikit bayangan kepada persoalan ini.

Ketua Pemuda UMNO Sekijang bernama Annuar Abdul Manaf dan diketahui ramai sebagai budak KJ. Malah semua orang UMNO Sekijang tahu Annuar adalah sebahagian dari kumpulan 304 ia-itu mereka-mereka yang telah memberi undi kepada Khairy di Perhimpunan Agung baru-baru ini.

Pada hujung minggu baru-baru ini, Pemuda UMNO Sekijang telah mengadakan program berbuka puasa dan penyerahan wang zakat di Masjid Jamek Kampung Jawa. Macam disusun, PKR pun sedang mengadakan program perasmian cabang PKR Sekijang yang dihadiri Anwar Ibrahim di sebuah dewan berhampiran.

Habis saja program PKR, Anwar datang untuk sembahyang Terawih di Masjid. Selepas saja sembahyang, budak-budak pemuda UMNO kelihatan berpusu-pusu seronok untuk bersalaman dengan Anwar. Beberapa pemimpin sayap Pemuda UMNO Sekijang turut dilihat bersalaman dengan Anwar.

Gelagat mereka ini tidak disedari akan memalukan UMNO Sekijang. Anwar segera menggunakan peluang ini. Dia memberi kata manis, “Ingat lagi orang UMNO kepada saya."

Peristiwa ini sungguh memeranjatkan dan menimbulkan syak di kalangan orang-orang lama UMNO di Sekijang. Ianya seolah-olah Pemuda UMNO Sekijang mengatur Majlis serentak dengan PKR untuk memberi peluang anggota Pemuda UMNO bertemu mesra dengan Anwar.

Selalunya UMNO tidak akan mengadakan Majlis berdekatan dengan acara parti pembangkang untuk mengelakkan pertembungan. Majlis itu tidak sepatutnya diadakan disitu, terutama sekali apabila mereka mengetahui kehadiran Anwar ke situ. Perkara ini bukan tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin UMNO Sekijang tetap Annuar si Budak KJ tetap berdegil untuk meneruskan juga. Nampak sangat Pemuda UMNO Sekijang yang diterajui budak Khairy sengaja nak membuat majlis itu. Ianya bukan kebetulan.

Bila ditanya, Annuar si Budak KJ memberi alasan rancangan ini telah lama dirancang. Annuar si Budak KJ cuba untuk memberi alasan bahawa Anwar datang hanya untuk sembahyang tarawih dan duduk di saf belakang manakala pemuda Umno kebanyakannya berada di saf depan. Annuar cuba mengatakan dia tidak nampak tetapi anggota Pemuda Umno begitu mesra dengan Anwar dan jelas dilihat orang ramai

Kejadian ini mungkin permulaan satu rancangan senyap-senyap Khairy Anak Omak untuk mem-PKR-kan Pergerakan Pemuda UMNO diperingkat akar umbi.

Khairy pun kelihatan tidak mempunyai sebarang program berkesan untuk UMNO sepanjang hampir enam bulan beliau menerajui Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda kelihatan tidak bertenaga dan begitu lembab dan malap dalam menghadapi asakan tidak henti-henti dari pelbagai sudut dari Pakatan Rakyat.

Besar sekali kemungkinan peristiwa ini adalah usaha secara senyap Khairy untuk majukan setapak lagi rancangan melemahkan UMNO dengan membiarkan jentera sayap Pemuda UMNO menjadi lembab, takut dan lemah terus. “Anak Omak Dalam Belukar” mungkin bertujuan untuk membiasakan Pemuda UMNO dengan PKR bagi memudahkan pengikut-pengikut masuh PKR kelak.

Jika kepimpinan masih tidak mencelekkan mata dan terus bersikap apologetik terhadap Khairy, hala tuju UMNO pasti menuju kehancuran.