Sunday, March 6, 2011

Ceramah Ummi vs Ceramah Khairy

Jangan silap faham ini ceramah Ummi, memang ramai. Tapi ceramah Khairy bacalah dibawah..
Tahniah kami ucapkan kepada BN kerana memenangi di Kerdau dan Merlimau. Dalam kemenangan berganda ini kami ingin berkongsi dengan pembaca Anak Omak tentang satu insiden yang berlaku di Rum pun Makmur semalam.

Semalam Rahimi dan Rashid sepatutnya menyampaikan ceramah di Rumpun Makmur. Mengetahui tentang ceramah ini, Khairy terus menghubungi Penerangan untuk menyampaikan ceramah bersama-sama mereka. Pihak Penerangan pun bersetuju dengan permintaan Khairy.

Tiba masa berceramah, Rashid berucap komdian Rahimi berucap, ramai yang mendengar dan teruja dengan pendedahan yang dilakukan oleh 2 bekas pekerja Anwar ni. Orang kampung tidak berganjak sedikit pun. Khairy macam biasa, supertsar perasan mintak sebagai penceramah terakhir.

Tiba masa Khairy berucap, dia bermula dengan penuh semangat tapi sayang isinya langsung tiada, semuanya retorik sahaja, ini jelas boleh dilihat bilamana sedikit demi sedikit orang kampung beredar dari situ. Akhirnya Khairy berucap dihadapan beberapa kerat sahaja. Ini adalah petanda jelas bahawa orang sudah semakin meluat dengan dia.

1 comment:

Wali Selipo said...

Ko tak tgk ka semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78 kat Dataran Merdeka. Muka KJ ada sama. KJ dah masuk jarumnya dlm ATM. Hati2 kot2 dia dok rancang nak rampas kuasa... :D