Wednesday, September 22, 2010

Pak Lah lobi KJ untuk jawatan?


KJ akan dapat "jawatan" selepas Hari Raya?

Tidak henti-henti lagi usaha Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, melobi diri “menyalak” ke sana ke sini memohon simpati untuk diberikan “jawatan Kabinet”. Dia tidak akan berhenti mendesak pucuk pimpinan, terutamanya Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk memberikannya jawatan “menteri” atau ”timbalan menteri”.

Itulah kerja Khairy Jamaluddin semenjak menang sebagai Ketua Pemuda UMNO di Pemilihan Agung UMNO yang lepas.

Tanpa segan silu, Khairi pernah meminta simpati dari Ketua-Ketua Pemuda yang pernah “termakan budi” dan “telah mengundinya” dahulu untuk turut sama mendesak agar dirinya diberikan jawatan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut menggunakan “talian hayat” Naib Presiden UMNO yang sememangnya pro-Pak Lah untuk mendapatkan jawatan.

Malangnya segala usahanya sejak bergelar Ketua Pemuda UMNO itu gagal sama sekali. Pernah dia mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk melobi jawatan, namun masih juga gagal.

Dikhabarkan oleh kawan-kawan, Khairi sangat sedih diperlakukan begitu oleh pucuk pimpinan dan mengadu diri pada “omak”nya. Entah betul, entah tidak cerita itu hanya Allah, KJ dan “omak”nya saja yang tahu…

Terbaru, penulis mendapat tahu bahawa Saudara Khairy kita ini akan diberikan “jawatan” selepas Hari Raya Aidilfiri ini.

Sebelum ini, sumber ada memberitahu penulis bahawa Khairy turut lagi mempergunakan Pak Lah untuk melobinya mendapatkan jawatan kabinet. Dikhabarkan Pak Lah juga ada menghantar seseorang bertemu Perdana Menteri meminta agar menantunya ini diberikan jawatan di dalam jema’ah kabinet…

Iyalah, siapa yang tak tersinggung melihat “lawannya yang kalah” pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO pun terpilih menganggotai kabinet. Kenapa pula dia yang “menang” dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO ini di”anak tiri”kan?

“Mengapa KJ tidak diberikan jawatan Kabinet?”.

Persoalan ini sangat mudah dijawab oleh semua rakyat, terutamanya penyokong “Pemuda Berani” dan “Pemuda Berani Berubah”. Sangat mudah!

Namun, persoalan ini juga sangat payah dijawab oleh KJ dan penyokong “Pemuda Setiakawan”nya. KJ dan Pemuda Setiakawan “gagal” mencari jawapan untuk menjawab persoalan ini.

Penulis bukanlah penyokong “Pemuda Berani”, penyokong “Pemuda Berani Berubah” mahupun penyokong “Pemuda Setiakawan”. Namun penulis menegaskan di sini bahawa penulis hanyalah penyokong UMNO.

Penulis seboleh mungkin menolak sokongan kepada individu kerana ini boleh merosakkan perjuangan asal UMNO. Namun, penulis tidak menolak untuk menyokong pemimpin yang benar-benar berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu.

Tidak kira siapa, Ibrahim Ali pun penulis sokong! Itu pun jika “Tok Him” benar-benar berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Melayu lah…

Khairy sepatutnya menilai prestasinya sebagai Ketua Pemuda Pergerakan UMNO. Apakah “jasa”nya selama bergelar Ketua Pemuda UMNO ini? Dimanakah tahap KPInya memegang jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia ini?

Apakah Pemuda UMNO dapat menggarap sebanyak mungkin pemuda-pemuda di seluruh negara untuk menyertainya?

Apakah fungsi utama Pemuda UMNO sebagai “kumpulan pendesak” berjaya dibuktikan oleh KJ dan konco-konconya? Banyak lagi persoalan yang perlu KJ tanya pada diri sendiri…

Apakah Khairy layak bergelar “Ketua Pemuda UMNO”? Apakah dia mendapatkan jawatan itu secara “bersih”? Jika benar “bersih”, mengapa ada sorakan “KJ rasuah! KJ rasuah!” ketika diumumkan sebagai pemenang jawatan itu?

Mengapa pula Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati bahawa dia bersalah dalam siasatan “peraturan kempen” ketika pemilihan? Apa “salah” yang dimaksudkan oleh Jawatankuasa itu?

Khairi perlu “flashback” kembali sejarah dirinya menceburi bidang politik. Khairi perlu imbas kembali bagaimana kerosakan dan kemusnahan yang dibawanya ke dalam UMNO ketika bapa mertuanya bergelar Perdana Menteri.

KJ perlu kenang kembali perbuatannya mengaut projek-projek, skandal ECM Libra dan penjualan MV Augusta (penulis hanya menulis 2 skandal sahaja, dikhabarkan banyak lagi skandal yang melibatkan KJ).

Khairy perlu menilai diri sendiri perbuatannya dan “geng tingkat 4) yang “menapis calon BN” pada PRU-12 yang lalu sehingga BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan 5 negeri + Wilayah Persekutuan. Banyak lagi yang perlu KJ fikirkan tentang sejarahnya…

Dengan prestasi KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ini, apakah dia fikir dia layak menjawat jawatan “kabinet”? Dengan sejarah KJ yang dipenuhi dengan kurap, panau, kudis dan sopak, apakah KJ fikir dirinya layak mengendalikan sebuah “kementerian”?

Apakah KJ fikir jawatan Ketua Pemuda itu adalah satu “tiket” untuk memegang jawatan di dalam kabinet Malaysia? Sedangkan jawatan Ketua Pemuda UMNO sendiri pun KJ tidak layak, apatah lagi jawatan di dalam kabinet!

Penulis bukanlah menghalang Perdana Menteri mahupun pucuk pimpinan lain untuk memberikan jawatan kepada saudara Khairy Jamaluddin.

Penulis cuma mahu mengingatkan semua pucuk pimpinan bahawa “melantik KJ menjawat salah satu jawatan kabinet (mahupun sebagai Timbalan Menteri), adalah perbuatan menggali kubur untuk UMNO/BN”! Lantiklah budak “Oxford” itu jika mahu “Tsunami politik Malaysia” berlaku untuk kali ke-2!

Penulis bukanlah cuba mengugut mana-mana pihak. Penulis hanya menyampaikan “kata akar umbi”. Itu saja. Terserahlah pada keputusan pucuk pimpinan.

Penulis mengingatkan bahawa tidak mungkin penulis akan menyokong Zahid Hamidi lagi kerana Naib Presiden UMNO ini pernah berkata akan melantik KJ sebagai menteri sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Penulis bukan bencikan Zahid atau KJ, namun penulis nampak sangat “bangang”nya jika melantik “orang yang tidak layak” menjadi pemimpin negara.

Kepada Dato’ Seri Najib, penulis tidak menghalang sama sekali Perdana Menteri untuk membuat keputusan memberikan jawatan kepada Khairi Jamaluddin.

Cuma, jika Dato’ Seri mahu juga memberikan “jawatan” kepada KJ, berikanlah saja jawatan “jaga tandas” kepadanya. Itupun kena juga berhati-hati, takut-takut dijual pula tandas itu kepada orang.

Haru Dato’ Seri..!!!

Apo Kono Eh Jang

Kalau dah nak sangat, kasi dia jawatan cuci jamban di JPM. Tapi untuk sampai Tingkat 2 ke bawah saja. Kih kih kih ... muahahaha ...

7 comments:

Anonymous said...

kalau kj di lantik menteri..
kita buat gelombang kedua pula..
sampai bila datuk najib nak bela
kj dan kerismudin lembik ni!!!

Anonymous said...

kalau kj di lantik menteri..
kita buat gelombang kedua pula...

Kenn said...

Persoalannya, patutkah KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan cara sebegitu, yang ramai maklum ianya amat diragui tentang "bersih"nya cara jawatan itu di perolehi?

Ramai yang maklum tentang "prestasi" KJ dlm UMNO yang nampaknya lebih merosakkan daripada memperkasakan UMNO. Kenapa nak lobi juga? Pak Lah belum habis ke lagi agenda utk merosakkan UMNO?

Kalau Najib nak melutut juga, bunuh sajalah UMNO tu ATAU Turutilah Jejak Orang Dahulu Yang Lebih Terhormat.

berita lembah pantai said...

alah macam bosa sangat si kj ni. yang poliknya hidop laie dio ni.

semuo klik menjahanam bangso. ni ha satu laie, laie bahayo, muko baik, peghangai macam loyar babi bakar orang, kianat bangso.

skaghang ni tengah poghang bosa kat lombah pantai. banyak ceghito syok!

Mungkinkah ini sebab Nurul Izzah nak mandikan Md Zaman di Lembah Pantai?

santauangin said...

Dalam hal ini tak payah lah nak layan mangkok hayun ni banyak lagi masalah yg perlu di selesaikan sebelum PRU13. Lantak lah dia nak resign dari UMNO ke, nak masuk PKR ke biak pi kat dia. Mampos pi lah. Buat PM yang penting fokus kat PRU13 dah nak samapai ni. Jgn lak kerana nak jaga budak hitam ni terlupa pasai PRU13.
Tapi kalau nak kuburkan UMNO boleh lah iaitu dgn cara melantik budak hitam ni jadi menteri. Maka pada masa itu akan ada 2 mangkok yg akan menjahamnkan UMNO dan BN dlm PRU 13 ini.

Anda tahu sapa yg aku maksudkan. Cari lahhhhhhhhhhhhh

labujani said...

anak omak cam lah bagus ,terer dan sesuci embun pagi..porah lah ..eden pun anak omak gak..KJ seorang YB rembau ..agak nya anak omak pencacai che gu bard kot..tak sonang ngan si KJ ni..untuk pengetahuan anak omak..sesapo yg bertanding pemilihan UMNO dulu semuo bagi rasuah..duit ko ,makan ko dan apo apo ko lagi totap samo..hukum haram..anak che det kat mano mano bahagian dlm n9 semuo dio bagi duit ,KP bahagian semua dapat 10K untuk melobi anak che det..baik bona lah tu..nabil anak nogori ado cakap "pikir lah sendiri"kutuklah tok mudin yasin tu cam anak omak kutuk KJ..itu pun kok ado tolo..sampai tok rustam tak leh bertanding timbalan presiden.

marilyn said...

Tak baik suh Kery keja jaga tandas. Sian kat anak omak.
kuikuikui...