Apabila timbul persoalan Hudud, barisan kepimpinan PAS tanpa
segan silu melaungkan pembohongan bahawa kepimpinan DAP telah dapat dijinakkan
dan para chauvinist DAP semakin cuba
untuk memahami dan mendekati Islam.
Ianya tidak menghairankan, kerana pembohongan tersebut sentiasa berselindung di sebalik imej kopiah dan serban. Klip video di bawah adalah bukti penipuan dan pembohongan oleh lebai-lebai
penganut Ajaran Bulan.
Pada hakikatnya, bermula daripada era Anwar ditendang keluar,
yang ditafsirkan oleh DAP sebagai peluang menarik undi golongan Melayu bersimpati, dan
seterusnya sehingga ke hari ini DAP tidak pernah berganjak daripada landasan
total secularism.
Untuk lebih mengenali DAP dan betapa bencinya Kit Siang
terhadap Melayu dan Islam, sama-sama kita imbas kembali penglibatan secara
langsung Kit Siang dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Kit Siang dan 13 Mei 1969
Kepada pentaksub PAS yang
cuba
menafi penglibatan Kit Siang dengan
13
May 1969, blogger
SatD telahpun membuat huraian secara terperinci
di
sini.
Secara rumusan, berikut adalah rentetan peristiwa
penglibatan Kit Siang dalam mencetus provokasi yang berakhir dengan perbalahan
antara kaum pada 13 Mei 1969.
Pada 27 Julai 1968, pada perhimpunan awam DAP di Tanjong
Malim, Perak, Kit Siang sengaja memutarbelitkan dasar kerajaan mengenai pendidikan
dengan menghasut orang-orang Cina bahawa dasar ini direka untuk mencapai dan
penghapusan akhirnya akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa Cina.
Pada tahun yang sama Kit Siang membangkitkan perasaan perkauman
yang kuat dengan menghasut orang-orang Cina bahawa MCA tidak berusaha
untuk pertahankan hak-hak Bahasa Cina dan Pendidikan, tetapi sebenarnya membantu kerajaan
dalam membenteras Bahasa Cina.
Untuk selanjutnya sila baca di blog
SatD.
Kekalahan Kit Siang PRU 1999
Sepandai-pandai babi mengacau, akhirnya termakan racun
tembakau.
Kit Siang yang teguh pada pendirian bahawa selagi beliau
memainkan politik perkauman dengan menakut-nakutkan bangsa Cina, beliau akan mendapat
kemenangan percuma. Akan tetapi semasa PRU 1999, bangsa Cina pentaksub DAP mula
sedar bahawa apa yang lebih penting ialah kestabilan politik dan kemakmuran
ekonomi.
Gegaran reformasi menyebabkan tanah air berdepan dengan
krisis politik, tambahan pula ekonomi negara diserang hebat oleh penyangak
matawang. Ketika itu kaum Cina percaya bahawa mandat perlu diberi kepada BN
yang mempunyai track record dalam menghadapi krisis untuk terus menerajui negara.
Akhir DAP dihukum teruk pada PRU 1999, dan segala
heavyweight DAP seperti Karpal Singh, Chen Man Hin dan Kit Siang semuanya kecundang di kerusi parlimen.
Setelah Kit Siang merasai pahitnya kekalahan dengan tutupnya tirai PRU 1999, beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada masyarakat
Cina di Parlimen Bukit Bendera. Seperti biasa, permainan politik Kit Siang
tidak boleh lari daripada unsur-unsur anti-Melayu dan anti-Islam, seperti apa
yang beliau nyatakan di bawah:
Terjemahan:
“Dengan terpinggirnya DAP dalam Parlimen dan di dalam
politik Malaysia, bolehkah Gerakan, MCA dan MIC menghalang UMNO daripada
condong ke arah dasar Keislaman dan Kemelayuan untuk bersaing dengan PAS?”
Tanpa segan dan silu, dan didorong oleh dendam kekalahan,
Kit Siang secara terang-terangan cuba
menghasut masyarakat Cina supaya menjadi cemas kepada dasar Islam dan dasar
Melayu yang akan diperjuangkan oleh BN dan PAS.
Dalam majlis yang sama di Bukit Bendera, Kit Siang
mengapi-apikan lagi kebencian kepada dasar Islam dan dasar Melayu kepada
masyarakat Cina dengan satu hujah yang cukup dangkal bagi mereka yang mempunyai
kewarasan akal.
Terjemahan:
“Peminggiran DAP di Parlimen dan kebimbangan UMNO dalam
tempoh lima tahun akan datang untuk
bertindak balas kepada cabaran politik Islam PAS dan mempertahankan dasar
Melayu juga tidak baik untuk pemulihan dan kemakmuran ekonomi Malaysia.”
Satu lagi hujah yang cukup terang mengandungi unsur-unsur Malay-phobia
dan Islamophobia. Tambahan pula, dalam satu percubaan yang cukup terdesak, Kit
Siang cuba
menakut-nakutkan pengundi Cina Bukit Bendera bahawa penguasaan BN dan PAS dalam
politik negara adalah satu ancaman ekonomi.
Dipendekkan cerita, Malaysia
mampu bangkit semula daripada kejatuhan ekonomi 1998 dengan cara tersendiri
tanpa bantuan pakej IMF. Terbukti kerisauan Kit Siang sememangnya tidak
berasas, tetapi hanyalah wayang perkauman yang antik, satu kebiasaan kepada DAP
dalam permainan politik.
Sentimen awam berkait kejayaan kerajaan BN menangani krisis
ekonomi 1998 diterjemahkan dengan kemenangan besar BN semasa PRU 11 pada tahun 2004.
Hudud, Husam dan Kit Siang
Tempoh 9 tahun pada garis masa, iaitu 1999 dan 2008 ialah
tempoh yang cukup panjang untuk DAP menilai kembali kerjasama dengan PAS, dan
cuba memahami prinsip perjuangan PAS dengan berlandaskan Negara Islam dan Hudud
sebagai pertaruhan.
|
"Husam tidak pernah kekal bertanding di tempat yang pernah dimenangi kerana ditolak oleh pengundi apabila mereka sedar Husam hanyalah kaki auta " Sheih Kickdefella |
Namun andaian tersebut hanyalah omongan kosong para
penceramah PAS untuk menipu umat-umat Islam di kawasan pedalaman bahawa DAP
telah mula memahami Islam. Pada hakikatnya, DAP berpegang teguh pada prinsip
total secularism.
Satu insiden yang berlaku pada December 2008 dalam sebuah
forum politik, apabila Husam diterjah oleh Khairy mengenai Hudud dalam Pakatan jika Anwar berjaya menguasai Parlimen pada 16 September 2008,
Islam terus menjawab “KITA AKAN BUAT”.
Husam memberi jawapan yang spontan bukan atas dasar prinsip
perjuangan, tetapi Husam takut berdepan dengan penonton yang majoritinya umat
Islam. Tambahan pula forum itu diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Itulah sifat kemunafiqan
Husam.
Kenyataan Husam dibantah keras oleh Kit Siang pada hari berikutnya
dan bantahan tersebut dilaporkan dalam Malaysiakini.
Setelah ditegur oleh Kit Siang, Husam makin mempamirkan
kemunafiqan apabila bersetuju bahawa Hudud bukannya polisi Pakatan. Husam yang
memegang jawatan tinggi dalam PAS akhirnya akur dengan kehendak Kit Siang,
bahawa peranan PAS dalam Pakatan hanyalah untuk memberi undi kepada PKR dan
DAP, namun asas perjuangan PAS perlu ditolak ke tepi.
Itulah Husam Musa, manusia yang sanggup menggadai bukan
sahaja maruah bangsa, tetapi agama dan juga prinsip parti supaya PAS boleh
terus diperkuda oleh DAP.
Hayatilah pendedahan oleh Sheih Kickdefella, Husam ditelanjang tanpa seutas benang.